Selasa, 30 Disember 2008

Foto shooting untuk majalah..........



Inilah seisi penggambaran untuk MAJALAH ANAKKU di Studio Karang kraf Kuala Lumpur..

Memang agak lama menanti selesainya penggambaran untuk mengambil gambar anakku ini..

Biasa lah budak2 ini memang susah sikit untuk diajar cara memberi pose di hadapan kamera..Memang perlu kesabaran yg tinggi untuk menunggu dan menanti aksi2 yang spontan dari E'sya ini...

tapi apabila sudah siap hasilnya amat menggembirakan dan tak sangka juga puteriku ini pandai bergaya di hadapan lensa kamera..Kalau dah besar nanti nak jadi MODEL ke...???? aku tak kisah janji pandai jaga diri dan pandai menjaga nama baik keluarga.....

Sewaktu Percutian....


Inilah Gambar terbaru kami sekeluarga sewaktu pergi bercuti dahulu..

Lokasi dimana adalah RAHSIA..Bukan tak mahu diberitahu tapi biarlah ianya menjadi tanya tanya kepada anda...

Apa yang penting Putera dan Puteri saya termasuk isteri tersayang saya merasa berpuas hati.

Tiada apa yang menbahagiakan selain kegembiraan keluarga tercinta...

AL - FATIHAH..............


Assalamualaikum...

Agak lama juga sy tidak mencoret di blog ni...

Sekarang ni masih cuti sekolah lagi dan ada yang mengambil cuti panjang di Akhir tahun 2008 ni..

Pada tanggal 27 Disember seluruh rakyat jelata di Negeri Sembilan terkejut dengan KEMANGKATAN YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN. Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
Upucara pemakaman telah selamat dijalankan pada 29 Disember 2008 di Makam diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.

Sabtu, 20 Disember 2008

Syukur........


Al-Hamdulillah......
pada tanggal 18hb Disember 2008 yang lepas Kedua dua mertua saya telah selamat sampai Ke Tanahair Dari Tanah suci Mekah kerana menunaikan rukun islam yang ke 5..
Kapal terbang yang di jangka tiba dari Jeddah pada jam 6.30 pagi telah delay selama 5 jam..Akhirnya kapal terbang yang di tunggu oleh adik beradik semua telah selamat mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang jam 11 pagi..
apa pun yang penting mereka telah selamat sampai ke tanah air.
Terpancar cahaya di wajah kedua dua mertua saya.. Iyalahkan org menjadi tetamu Allah..Dan telah berada di Tanah Suci selama 45 hari pasti akan ada perubahan...
Antara ramai ramai adik beradik yang menunggu Akulah orang pertama di terpa oleh Mertua ku..Sayu dan terharu serta sebak dirasai dan suasana diselubungi tangisan kegembiraan...

Jumaat, 19 Disember 2008

BERSUA KEMBALI....

Assalamualaikum....
Salam sejahtera kepada semua pengikut blog saya...
Al-hamdulillah....
Dapat juga kita bersua lagi setelah sekian lama sy tidak mencoret di BLOG ini
atas sebab kesibukan masa...
KEMANA SAYA MENGHILANG....????
saya masih ada cuma sibuk dengan Keluarga tercinta,Biasalah melayan kerenah puteri dan putera pengikat kasih sayang saya dengan isteri tersayang...Bila dah berkeluarga ni, apatah lagi time cuti sekolah dan akhir tahun ini bawa Famili bercuti...
KE MANA....????
Itu adalah Rahsia...Sbb tak mahu org kata nanti meninggi diri pula...Apa yang penting Isteri dan anak2 ceria dan gembira...dan percutian ini menjadi sejarah keluarga kami...
Oklah..nanti klu ada masa sy akan mencoret lagi disini...
Banyak juga cerita2 lain yang ingin di kongsikan bersama....
Tunggu sahajalah coretan yang akan datang.....