Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TINGGAL 2010.
Sesungguhnya tahun 2010 banyak kenangan manis dan pahit di harungi...
Banyak kenangan manis yang dijadikan memeri indah untuk di kenang.
banyak kenangan pahit yang perlu dijadikan pengajaran dan tauladan dalam menempuh hari hari yang bakal dilalui...
2010 akan meninggalkan kita dan 2011 akan mengambil alih.tinggal beberapa minit sahaja lagi kita akan meraikan kedatangan TAHUN BARU.
Dikesempatan ini aku & seisi keluarga ingin mengucapakan " SELAMAT TAHUN BARU 2011 "

BLOG BARU AKU.

kepada semua pembaca MENITI TITIAN HASRAT. Disini aku nak menyatakan bahawa aku sudah mempunyai satu lagi Blog yang akan di lancarkan sempena tahun baru 2011.
Blog MENITI TITIAN HASRAT ini sudah berusia 2 tahun ini.Namun aku tidaklah berniat untuk menutup entry di Meniti titian hasrat ini. Aku akan terus memasukan cerita disini.

Tujuan aku buat blog kedua kerana semakin up date blog blog sekarang ini yang mempunyai wall yang pelbagai corak...Tapi aku tak mahu menggubah rekabentuk blog aku ini. biarlah ia sama seperti asal dahulu...!!!!

Blog kedua aku lebih open minded..Dan aku tidak memaksa anda semua menjadi "FOLLOWER"
kepada blog kedua aku tu..Tapi kalau anda berminat untuk menjadi "FOLLOWER" di alu alukan..!!Sama seperti Blog MENITI TITIAN HASRAT ini juga...

Anda boleh membuka blog baru aku : http://adando.blogspot.com.



Khamis, 30 Disember 2010

UNIFORM.

28 Disember, aku with my beloved wife ke TADIKA Q-dess untuk membayar yuran pendaftaran dan mengambil uniform sekolah Princess E'sya.
Inilah LOGO TADIKA Q-Dess.
Princess E'sya dalam 2 uniform sekolah..
Yang satu tu Uniform "SPORT".
Comelnya anak Daddy menyarung Uniform sekolahnya.
Start sekolah pada 05 Januari 2011 (Rabu).
Orentasi 05 & 06 Januari 2011.
Semangat nak ke sekolah telah berkobar kobar.
Inilah pakaian Uniform sport...

Rabu, 29 Disember 2010

SYABAS HARIMAU MALAYA.......

TANIAH....!!!!!
SYABAS....!!!!!
APABILA HARIMAU MENGGAUM SANG GARUDA JATUH TERSUNGGKUR.
Skuad bola sepak Malaysia (HARIMAU MALAYA)
Yang berjaya membawa pulang PIALA AFF SUZUKI...!!!
Skuad Harimau Melaya berjaya membaham GARUDA dalam pertandingan final AFF SUZUKI Cup..
Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Jurulatih T.Rajagopal..Biarpun tadi Jaringan Gol 2 Indonesia 1 Malaysia. Namun pasukan kita menang dengan agreget 4 (Malaysia) 2 Indonesia.

PIALA AFF (MALAYSIA vs INDONESIA)

Selamat berjuang wahai SKUAD HARIMAU MALAYA yang akan berentap di final piala AFF SUZUKI di Indonesia pada malam ini...Seluruh rakyat Malaysia terutama peminat FANATIK Malaysia MENDOAKAN kejayaan milik MALAYSIA malam ini....
SKUAD HARIMAU MALAYA YANG AKAN MENGANAS MALAM INI MEMBAHAM INDONESIA....!!!!
Jika sebelum ini perlawan yang berlangsung di MALAYSIA , Skuad HARIMAU MALAYA telah menumpaskan indonesia dengan jaringan 3 -0...SYABAS MALAYSIA....!!!!!!
Biarpun perlawan ada sedikit gangguan "LASER" dari penyokong namun Skuad Malaysia tetap MANTAP...!!!!!
Malam ini...Biar apapun CABARAN yang akan ditempuh...PASTIKAN KEJAYAAN MILIK KITA...!!!!
Go...Go....HARIMAU MALAYA............!!!!!!!

DIAMBANG 2011

Masa akan terus berlalu dan manusia akan sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta terus berdakwah meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Sebelum 2010 tinggalkan kita, cuba lihat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2010...
Berapa banyakkah kerja amal jariah dan kebaikan yang telah kita lakukan..??
Manakala apakah perkara yang paling teruk yang telah kita lakukan..??
Apakah kejayaan yang dapat kita banggakan..??
Manakala apakah kegagalan yang masih menghantui kita..???
Namun Al-Hamdulillah...apa yang penting kita masih lagi bernafas dan bernyawa serta berkudrat untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita.....

Selasa, 28 Disember 2010

28 DISEMBER 2010 (SELASA)

Hari ini dah start kerja semula setelah menghabiskan cuti selama 4 hari di Sungai Petani, Kedah.Semalam bertolak balik dari Sg Petani jam 5.00pm..dan tiba di Sg Buloh jam 12.30am...


Aku X drive laju sebab nak rilex sambil menikmati keindahan kampung diwaktu malam. Kali ini aku Tak Ikut Highway kerana nak merasai jalan lama..Aku rasa seronok lagi ikut jalan lama dengan melalui kampung kampung berbanding ikut highway yang hanya ada pokok pokok sahaja.

Apapun Al-hamdulillah...aku dan famili telah selamat sampai dirumah dan hari ini dah start kerja semula...!!!!

PICNIC

26 Disember 2010, Ahad... Kami ke PANTAI MERDEKA Berkelah disana.Bukan untuk mandi manda tapi sekadar berehat menenangkan fikiran dan bersembang sembang antara kami.Makanan yang dibawa pun sekadar Kuih muih dan buah buahan sahaja..Memang sengaja tidak membawa makan yang heavy. Memang seronok sesekali begini.Apatahlagi famili aku memang jarang berkesempatan untuk pulang selalu ke Kedah.Ngah (adik Ipar) & Famili juga ada..
MY FAMILI

BERTEMU AFIF AIMAN


Jumaat, 24 Disember 2010.
Aku with my Famili bersama Mak mertua (Mak Ani) ke Kemunting Taiping untuk melawat dan bertemu anak sedara yang telah lahir pada 01 November 2010.
Anak adik iparku (Rokhairi + Nurul Huda).
AFIF AIMAN nama yang telah diberi oleh ayah & Ibunya.
Comel sesangat....!!!
Sorry Daddy & Mummy lambat jumpa Aiman sebab kami sibuk dan tak ada peluang nak jumpa Aiman.
Sekarang ni baru ada kesempatan jumpa Aiman.
Sewaktu sampai di Kemunting ,
Secomel berkulit putih ni,
tengah tidur..
Baru lepas menyusu dan mandi...
Princess Esya bertemu causin terbarunya...
Kakak punya causin semuanya lelaki aje...!!!
Prince Aidid sukalah coz bertambah lagi GANG...
Sekarang ini dah ada 3 org HERO...
Mummy pun geram tengok Aiman ni...
Mak Tok (My Mother in law) dok mengadap Cucu barunya...!!!!Seronoklah mak bilangan Cucu dah bertambah..Mak dah ada 6 0rang cucu..4 lelaki dan 2 perempuan...!!!Yang perempuan tu dah tentunya anak aku...Princess E'sya & Princess Qaireen...Ini sapa pula ni..???? Ha..ha...ha...Inilah princess Qaireen yang dah mula mengangkat punggung untuk merangkak...!!!!

Sabtu, 25 Disember 2010

NATAL @ X'MAS DAY....!!!!!

25 Disember 2010 Sabtu...
Merry X'mas day....!!!!
Kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Ada ke SANTA CLAUS datang Rumah anda beri HADIAH..???
Ada plan ke nak kemana mana sempena X'mas day ni..???
Ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri Kawin @ apa sahaja majlis sempena cuti ni...!!!
Apapun yang anda lakukan hari ini harap semuanya mengembirakan dan menyeronokan...!!!!

Khamis, 23 Disember 2010

BALIK UTARA....

Hari ini 23 Disember...Aku akan balik KEDAH bersama famili tercinta. Agak lama juga aku tak balik Kedah ni. Last aku balik kedah ialah pada awal Ramadhan dahulu.kira kira bulan OGOS.
Princess E'sya dah banyak kali ajak balik Kedah,jumpa MAK TOK & TOK YAN...Biarpun mertua aku selalu datang tapi sebenarnya dia nak jumpa CAUSIN dia (DIK WAN & RAFIQ) yang stay di Penang...!!!
Anak ayahlang (Adik ipar) yang dah 2 bulan tu pun aku tak tengok lagi...!!! Namanya AFIF AIMAN.Samada sekarang ini berada di Taiping Atau Perlis pun aku tak pasti.Apapun balik kali ini memang kena juga ziarah..
Aku ambik cuti esok 24 Disember (Jumaat) hingga 27 Disember (Isnin).Lepas Magrib ni nati kami akan bertolak ke Utara.
Semoga perjalanan kami ini selamat dan diberkati oleh Allah S.W.T...Insyaallah...AMIN.

@ TITIWANGSA

Tarikh story ini kau tak ingat, tapi yang pasti malam itu aku bawa famili semua ke Taman Tasik Titiwangsa hanya sekadar melunaskan janji pada Princess Esya untuk bawa di jalan jalan kalau dia berjaya mendapat 5 star dekat sekolah KUMON dia. Princess E'sya pun bersungguh sungguh mendapatkan 5 star masa tu, Bila dia keluar aje dari KUMON muka dah tersenggeh aje..."Daddy..kena bawa kakak pusing KL malam ni sebab kakak dapat 5 star.. Teacher beri kakak 5 star sebab kakak jawab betul semua...!!!" Esya bersuara.
Memamng aku dah janji nak bawa dia pusing KL kalau dia dapat 5 star sewaktu dia nak masuk kelas..So bila dia dah dapatkannya bermakna aku terpaksa menunaikan janji...!!!!
Aku bawa dia & famili pusing KL, Biarpun hari weekday..jam baru 9.00pm..so aku bawalah pusing pusing KL walaupun pada hakikatnya aku & my wife penat bila dah seharian berkerja..namun untuk anak aku berkorban juga...Lagipun aku tak mahu dikata PENIPU oleh kakak...!!!!
Aku singgah di Tasik titiwangsa, cadangnya nak makan aje di RESTORAN NELAYAN tapi memikirkan BIBIK dah masak dirumah so kami singgah sebentar di LITAR KERETA CONTROL.
Riang sungguh E'sya, Si Prince AIDID lagilah...memang minat dia tu.....

malam tu pukul 11.30 baru kami bertolk balik ke Sungai Buloh...Apapun Princess E'sya next time Daddy janji bawa jalan jalan lagi kalau kakak dapat 5 star..kalau 3 star dah tak heran sangat sebab dah setiap kali dapat 3 star ni....

MALAWATI EPISOD 1

Diawal bulan Disember,Walaupun agak lama Cerita ini tapi aku tetap nak kongsikan juga bersama anda.Aku & Famili pergi ke Kuala Selangor. Pergi kerumah kenduri kawin disana.kebetulan sudah berada disana akupun menghabiskan masa bersama famili menikmati tempat tempat menarik di Kuala selangor.


Anda pernah ke Pulau Helang di Langkawi..??? Kali ini anda tidak perlu lagi kesana semata mata hanya untuk melihat burung helang kerana hanya pergi ke Kg Penambang Pasir, Kula Selangor anda boleh menyaksikan Burung Helang...Satu kepala untuk menaiki boat hanya RM 25.00 sahaja, Selama 45 minit.anda akan akan dibawa menyusuri Muara sungai.
Keindahan panorama dipersisiran muara memang cantik.
Petang itu kami sekeluarga menikmati dan menyaksikan keindahan alam.
Hampir 80 ekor Burung Helang dari 3 spesis boleh anda lihat disini, Jurumudi akan membawa lemak & Perut ayam untuk memanggil Helang agar turun makan...Seronok dan gembira sangat melihat betapa Cekapnya Burung Helang ini menyambar makanan yang diberikan.

MALAWATI EPISOD 2

Selepas menaiki boat melihat helang, Kami teruskan perjalanan menaiki train ke BUKIT MELAWATI pula.Sempat berposing di kaki bukit Malawati sebelum menaiki train untuk keatas bukit...!!!!
Kalau diatas bukit Malawati ini,
anda akan disambut Riang oleh monkey monkey yang banyak.
Apatahlagi seandainya anda membawa makanan untuk mereka.Aida & Aidid keriangan dan keseronokan
melihat aksi aksi Monkey yang agak jinak ini.

Mengabadikan kenangan berlatar belakangkan

panorama yang cantik dari atas Bukit Melawati.Meriam yang terdapat di atas bukit Malawati.

Sebelum balik sempat lagi berposing diatas train..Minum susu dulu menghilangkan lapar & Dahaga....

SHOPING @ TESCO

Selepas balik dari pusat sains negara, Kami terus ke TESCO KOTA DAMANSARA. Apalagi Shoping time..Beli barang barang keperluan dapur.Princess E'sya dan Prince Aidid pun ambik Troli sorang satu....!!!Princess E'sya sibuk membeli barang untuk sekolah nanti. Prince Aidid pula biasalah barang permaianan...Yang sakitnya DADDY....!!!!
Apapun tak kisahlah untuk famili sendiri............!

PUSAT SAINS NEGARA.

19 Disember Ahad,
Minggu ini bawa famili ke
PUSAT SAINS NEGARA DI Damansara.
Tengok Pamiran Dinosour disana.
Dewasa Rm10.00 dan kanak kanak atas 4 tahun Rm5.00.
Sebelum masuk kedalam pameran sempat dulu bermain dipersekitaran Pusat sains tu.
Aida & Aidid mula mulanya takut tapi
bila dah lama barulah berani sikit...!!!!!
Menjerit jerit dua beradik ini tengok Dinosour
macam cerita JURASSIC PARK pula....

memberi Post di MURAL yang terdapat di Puasat sains.


Bermain dibilik yang disediakan.

Tengok ajelah nak nak bergambar ni...

Princess Qaireen pun sibuk juga...!!!!

Berbaloi rasanya bawa nak anak kat pusat sains ini. sekurang kurangnya tambah juga pengatahuan tentang sains.

RIADAH BERSAMA

Ptg hari cuti tak tahu nak bawa anak anak kemana...
Terlintas di fikiran,
"TAMAN TASIK METROPILITAN,KEPONG"

Sebelum berangkat pergi,

sempat lagi memberi pose untuk pembaca semua.


Berbasikal sekitar tasik Metropolitan.
Ice Cream time...
~~ Kakak satu ~~ abang satu ~~
Seronok tengok gelagat dua beradik ni.
Tiga bersaudara ni...
Tunggu Princess Eryna besar sikit hari nanti...!!!
Pose sebelum balik.....
Dah penat bermain basikal...!!!!!!!!

Selasa, 21 Disember 2010

AIDA ERYNA QAIREEN

Diam tak diam,Sudah 6 bulan rupanya princess eryna sekarang ini.Sudah semakim Lasak semenjak dah meniarap ni..Sudah mengenal orang..Agak susah sikit bila dia sudah mengenal orang ini.
Badan pun berisi tetapi tetap agresif..Dah makan Bubur,kalau lapar lagi agresif dan melalak dengan kuat bila lambat diberi makan.
Pukul 7.00pagi sure dah bangun..So 30minit sebelum mandi untuk pergi kerja aku akan bermain & menggomol siembam ni..Penat bermain ngan aku,dia akan menanggis nak susu.Itulah kebiasaan setiap hari..
Princess Eryna ni memang tak banyak Ragam..
Senang sangat nak jaga dia
.
Akan menanggis bila lapar dan Pampersnya sudah penuh..
maybe dia tak selesa..


Dia ni agak rapat dengan Mummy berbanding dengan aku..Kalau dengan BIBIK lagilah dia suka coz masanya banyak bersama dengan BIBIK bila aku & my Wife pergi bekerja..Semenjak kehadiranya keluarga kami menjadi semakin Ceria.