Jumaat, 19 November 2010

FIRST TIME RAYA @ KL.

Buat pertama kalinya aku dan famili sambut raya Aidil Adha di Kuala Lumpur.
Sedih pun ada juga terasa tapi sedikit terubat
coz isteri tercinta dan anak anak ada bersama.
Pagi tu untuk nak merasai suasana hari raya, aku pun pergi ke rumah Pak Anjang di Jln Ipoh, Kuala Lumpur.
Ketupat Palas, Rendang Daging, Sup Tulang dan Nasi Himpit Kuah Kacang serta Soto.... Fuuhhh......!!!!
Sedap dan Keinginan nak makan Ketupat Palas terubat juga...
My Wife & my Kids sedang menjamu selera...
Ini pula Princess E'sya beraksi bersama Causinnya.

Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDIL ADHA..

Aku sekeluarga mengucapakan:
SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA.
KEPADA MEREKA YANG MELALUKAN IBADAH KORBAN, SEMOGA AMALAN KORBAN ANDA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.
DAN BERNIATLAH DENGAN IKHLAS.
ADA YANG MELALUKAN IBADAH KORBAN KERANA MENGIKUT IKUT ORANG.

Isnin, 15 November 2010

SUPRISE @ MY BIRTHDAY PART 01

12.November.2010 Jumaat.
balik awal dari Opis coz ada "DATE" dengan My wife...
Sampai Rumah, Sudah tersedia Kek dan Pizza terhidang untuk calebrate my Birthday.
Tersentuh rasa hati, bila buka pintu,
Isteri &Anak anak menyanyikan lagu Happy birthday daddy.
Makanan yang terhidang..
Kek yang tercatit:
KAMI SAYANG DADDY.
Memang terharu dan sebak rasa di hati ini.
Kami sekeluarga sahaja menyambut.
Biarpun tak ramai namun cukup membahagiakan aku.
Time potong @ sembelih kek...!!!!

Isteri tercinta menyuapkan kek pada saya,
My Princess aida juga begitu jua My prince Aidid.
TQ semua...
Daddy sayang semua...!!!
Kebetulan my maid juga birthdaynya pada 02 November..
So sambut sekali.
Menanggis Bibik Tuty coz seumur hidupnya tidak pernah menyambut Birthday..
inilah First time katanya...!!!
Tak apalah Bibik Tuty,
Biarpun awak pembantu rumah kami, tapi kami tetap meraikan Birthday awak.
terima kasih kepada awak kerana menjaga dan menyayangi anak anak saya.

SUPRISE @ MY BIRTHDAY - PART 2

Inilah hadiah yang saya terima.T'shirt belang pilihan dari my Princess E'sya.
sebab tu Kotaknya warna "PINK".
Warna kegemaran dia...
TQ kakak... Daddy suka....!!!!
ini pula adalah Hadiah dari my Beloved Wife.
Kemeja jalur... Nice...!!!
TERIMA KASIH sayang...!!!
Ini pula card ucapan dari My Wife.
Ringkas tetapi bermakna pada diri saya...!!!!!
Ini pula adalah Card dari Princess E'sya...
Menitis Air Mata bila menatap kad ini..
Terharu,sebak dan pilu...
Inilah kad pertama yang diterima hasil tulisan tangan E'sya....
Inilah Hadiah yang paling aku sayang..Biarpun hanya sekeping card tapi sungguh bermakna...
Ada RUMAH, ada KHEMAH,ada KERETA, ada BUNGA dan ada BULAN,BINTANG dan MATAHARI...Sungguh cantik...!!!!
TERIMA KASIH KAKAK...
Daddy betul betul terharu....!!!!!
Daddy....Ini kad untuk daddy...
Nanti Daddy bawa kad ini kat Work Daddy.
tunjuk dekat kawan kawan Daddy....
Daddy letak dekat tempat duduk Daddy...Itu pesan E'sya pada saya..
"Baiklah sayang...Nanti Daddy letak dekat tempat duduk Daddy....!!! Balas aku..!!!

Rasanya begitu bermakna sekali dan lain dari yang lain Birthday aku tahun ni...
ada kelainan....


SUPRISE @ MY BIRTHDAY PART 03.

Malam 12 November 2010 (Jumaat) selepas Majlis potong Kek..
Aku terfikir untuk bawa isteri dan anak anak bercuti...
Terbayang dikepala PORT DICKSON. Aku capai Phone, terus Call My friend..
Suruh dia carikan Bilik untuk aku malam tu...
Al-Hamdulillah ada Apartment di TIARA BEACH...
Yesss...!!!! malam tu dalam pukul 10 malam kami bertolak kesana...!!! sampai jam 11.30...!!! terus ke rumah Mokhzani Aris untuk ambil kunci..
TQ Mokh sudi melayan kerenah aku...
Biasalah aku memang klu nak berjalan tak suka Plan...Main redah aje...!!!!
Block F Bilik no: 1-24
Sampai aje Bilik...terus siap untuk tidur coz esok pagi pagi nak berendam kolam..
My Princess & My Prince dah Excited sesangat...
Jam 7.00am, semua dah bangun...!!!
E'sya dan Aidid pun tak susah nak dikejutkan..
My Wife dan Ayah Chik (adik Ipar) tengah melayan E'sya & Aidid.
Aksi aksi Esya dan Aidid.
melayan kerenah anak anak.
candid
Berendam dari jam 7.30am sehingga jam 3.00pm...
sesekali melepaskan geram...Anak anak pun sama juga...
Petang tu juga kami meninggalkan Tiara.
apa pun aku puas coz dapat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta lagi disayangi...

Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT HARI JADI SHAHADAN BAHARUDIN....

"HAPPY BIRTHDAY", "SELAMAT HARI JADI", "SELAMAT HARI LAHIR"
Ucapan ini "KHAS" buat diri ku sendiri...!!!

Hari ini 12.November Genap usia aku 36 tahun...
Tua sudah...!!!
Sudah 36 tahun aku bernafas dan menikmati keindahan Alam yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku. Syukur...Al-Hamdulillah....!!!!

Terima kasih Allah
memberi aku menikmati dan merasai segala galanya...!!!

Terima Kasih Mak,
mengendongkan saya didalam rahim mu dan merasai kesakitan, menyabung nyawa untuk melahirkan aku ke dunia ini 36 tahun yang lalu...

Terima kasih Abah & Mak..
bersusah payah membela serta mencurah sepenuh kasih sayang didalam membesarkan aku, memberi ilmu dan pendidikan dunia dan akhirat untuk aku...
Sesungguhnya tidak terbalas akan jasa jasa mu..

Terima Kasih ISTERI ku...
Yang sudi berkongsi hidup denganku.. berkongsi pahit manis melayari alam rumahtangga.... menjaga makan,minum dan pakai aku... menjadi Tulang Belakang didalam aku menjalani kehidupan...
I LOVE YOU SO MUCH....

Terima kasih ANAK - ANAK KU.
Menceria dan mewarnai kehidupan rumahtangga Daddy & Mummy...Kehadiran kalian semua menjadi penguat dan nadi kepada Daddy.

36 tahun sudah usia ku kini
Al-hamdulillah..
banyak yang tercapai didalam impian yg ditanam selama ini.
sekali lagi:
HAPPY BIRTHDAY SHAHADAN BAHARUDIN.

12 NOVEMBER = MY BIRTHDAY....!!!!

Hari ini 12.November (JUMAAT) my Birthday.....
Tepat jam 12.00am...
Ucapan pertama dan Doa di terima dari Isteri tercinta dan anak anak...
Princess Esya & Prince Aidid menyanyikan lagu
"HAPPY BIRTHDAY"...
Sebak rasanya diri ini...!!!
Terima kasih my Wife & anak anak....!!!
Patutlah semua Tidur lewat....!!!!
Pagi jam 7.00am,
Dapat call dari Mak dan Abah dari Kampung....!!! Mak dan abah juga mengucapakan
"SELAMAT HARI JADI"
Mak dan Abah doakan semoga saya sentiasa Bahagia dan dimurahkan rezeki..
terharu, sedih dan pilu... itulah hadiah yang paling BERHARGA, Doa dari Mak & Abah..!!!! Terima kasih mak & Abah... Abang sayang Mak & Abah...!!!!
Terima juga Call dari Adik aku, Nanie...
Selain itu In-Box hand phone aku juga penuh dengan pelbagai Ucapan dari Causin dan
Rakan rakan sekolah dahulu dan kawan kawan sepejabat....!!!!
Begitu juga aku juga dihujani ucapan dari rakan rakan "FACEBOOK" aku....
TERIMA KASIH SEMUA.
SEMOGA ANDA SEMUA DAN PEMBACA BLOG KU INI JUGA
SENTIASA DIRAHMATI DAN DILINDUNGI SERTA DIREDHAI
OLEH ALLAH..INSYAALLAH
AMIN.

DAH KENA BOOKING....!!!!!

Petang semalam aku terima satu SMS dari isteri tercinta...
Ajak aku keluar "DATING"
Senyum aje membaca SMS tu......
Bila fikir balik kenapa dia ajak keluar...!!!! Rupa rupanya esok adalah
MY BIRTHDAY.
Baiklah sayang.. Demi untuk ayang abang akan USAHAKAN....Tapi nak ke mana kita...????
inilah jawapan dari isteri ku.

Senyum sendirian aje aku bila membaca SMS dari isteri ku ini.
Bermacam macam tergambar tempat yang akan dia bawa aku...!!


Isnin, 8 November 2010

SEGALANYA BAGI DIRIKU......

E'sya, Aidid dan Qaireen
Mereka antara yang bertahta dihati aku.
Mereka menjadi "PENYERI" keluarga aku.
Merekalah segala galanya bagi diriku.
Duhai anak anak ku...,
Kalian adalah amanah Allah yang dikurniakan kepada Daddy dan Mummy.
Daddy dan Mummy tak akan sesekali mempersiakan kasian.
Kalian adalah putera dan Puteri puteri Daddy & Mummy.
Kalianlah pengikat kasih sayang Daddy & Mummy.
Tiada kata kata yang dapat digambarkan
betapa sayangnya Daddy & Mummy
kepada kalian semua.
Anak anak ku...
Daddy & Mummy akan cuba penuhi apa sahaja yang kalian inginkan.
Daddy & Mummy
akan memberi sepenuh kasih sayang kepada kalian.
3 PERMATA HATI.
PRINCE AIDID & PRINCESS ILLIESYA.
PRINCESS ILLIESYA & PRINCESS QAIREEN
PRINCE AIDID & PRINCESS QAIREEN
2 PUTERI KESAYANGAN DADDY & MUMMY
KAKAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.
Setiap kali Qaireen mengangis dialah yang akan kelam kabut.
Semoga sifat tanggungjawabnya ini akan kekal sehingga dewasa.
Inilah insan insan yang aku sayangi.
TERIMA KASIH My Wife kerana menjadi seorang Isteri yang bertanggungjawab
dan menjadi MUMMY yang begitu prihatin terhadap anak anak abang.



WEDDING MY CAUSIN

06 November 2010 (Sabtu)
Majlis kenduri kawin my Causin.
Di wangsamaju Kuala Lumpur.
Yang perempuan tu Causin Aku, Namanya Nuraini tapi panggil "Ain"
Purple adalah Warna "TEMA" pilihannya.
Famili bergambar kenangan dengan Pengatin.

Causin Aku, tapi tak berapa nak Rapat,
berbanding dengan causin yang lain-lain.
Bukan apa, Kenal tapi tak berapa nak Mesra..

BILA BERGAYA..............!!!!!!!!!!

Lihat aksi - aksi dari my heroin dan hero ni...
Waktu ni nak pi kenduri kawin di Wangsamaju.
My Princess E'sya sekarang ni semakin pandai memberi pose depan lensa.
Nak jadi model lagi ke....????
Gaya dari bekas model kanak kanak.
HERO & HEROIN AKU....
PRINCE AIDID AIRIEL BERGAYA SAKAN..
ENSEMNYA ANAK TERUNA DADDY NI...!!!!
Masih "SINGLE" lagi ni....
Happy dan Bahagia bila melihat telatah kedua dua anak aku ni....
Tiada kata kata yg dapat diungkapkan untuk mengambarkan betapa happy nya hati ni....

INSYAALLAH.......

Insyaallah....
Suatu hari nanti kedua dua anak daddy akan menyarung juga jubah sendiri.
Ibu dan Bapa mana yang tidak mahu anaknya berjaya..???

Semoga apa yang diimpikan akan menjadi satu kenyataan.

Bergayanya anak daddy ni.

Aidid pun tak kurang juga bergaya
Senyuman khas untuk pembaca Blog ini.

Prince Aidid juga punyai impian yang tinggi.

CERIA

Semoga apa yang diimpikan oleh daddy & mummy akan terlaksana nanti.
Insyaallah