Selasa, 28 September 2010

PAGI SYAHWAL.

Sememangnya setiap tahun aku akan bergilir gilir menyambut raya. Tahun lepas aku beraya dirumah mertua di Sg Petani kedah. Tahun ini aku beraya di Kg di Negeri Sembilan.Selepas sarapan pagi dan seisi bersalam salaman bersama keluarga kami akan Bergambar kenangan bersama keluarga tersayang.Famili ayung (Kakak Sulong) aku bergambar kenangan bersama Mak dan Abah. Tahun ini mereka memilih warna merah sebagai tema keluarganya.Famili angah bergambar kenangan bersama mak dan abah.Famili angah memilih warna hijau sebagai warna tema bagi keluarganya.Fami aku juga mengabadikan kenangan bersama Mak dan Abah. Warna hijau kulit kayu kami kenakan dipagi raya sebagai tema keluarga kami.
Adik aku Atam (Nani) beraya dirumah mertuanya di Taiping Perak. Memang kami jarang bersua dengan keluarga atam.. Maklum ajelah duduk berjauhan dan masing masing sudah ada keluarga sendiri.
Biarpun kami berjauhan antara satu sama lain namun kemesraan tetap terjalin dan tidak pernah luntur...

SYAHWAL 2010.


Kita masih lagi di Bulan Syahwal, rasanya tidak terlewat lagi aku memasukan pic ini.
Kami sekeluarga memilih warna Hijau... Ala ala macam kulit kayu sikit.. ini adalah pilihan dari Princess E'sya.
Macam pengantin pula aku tengok gambar ni... Ha..ha..ha....!!!


Jumaat, 3 September 2010

BERSAWANG BLOG AKU........!!!!


Lama aku tak masuk MENITI TITIAN HASRAT ini, Maklumlah BZ sikit, Bulan Ramadhan ni banyak XTVT tambahan.... Masa pun macam tak mengizinkan aje..Klu diberi satu hari ada 30 jam, aku rasa pun tak cukup...
Masa memang cepat berlari sekarang ini, klu kita tak mengejarnya alamat jauhlah kita ketinggalan...
Lihat sahajalah...Diam tak Diam dah tinggal beberapa hari sahaja lagi nak menyambut AidilFitri.
Rasanya baru sahaja memulakan Ibadah Puasa...
Berbalik pada cerita blog yg dah bersawang ni, aku bukan tak ada cerita menarik yg nak dikongsi. Banyak cerita dan kejadian dibulan Ogos lepas..Cuma kesempatan untuk berbicara bisu disini yang tak sempat...
MAAFlah bebanyak...!!! Insyaallah aku akan cuba masukkan cerita kat sini...