Khamis, 29 Julai 2010

AIDID DEMAM.

Pagi tadi selepas aku bersahur, My wife kata my Prince DEMAM. So my wife pun ambik bacaan suhu badannya. 40'dc.. aku pun beri dia makan ubat dan letakkan tuala basah di badannya. Kesianlah pula aku tengok dia demam ni..

Cepat makan ubat ya sayang, biar cepat sembuh...

Bila dia demam ni sure dia akan senyap aje, maksud aku dia takkan meragam coz dia senyap buat hal dia sendiri, tak merenggek macam sesetengah budak.....

Nasib baik dirumah memang ada stok ubat demam so kalau kecemasan macam ni taklah kelam kabut sangat..

PUASA.

Semakin hari semakin hampir sudah bulan Ramadhan. Sikit hari lagi seluruh umat islam didunia akan berpuasa sebagaimana tuntutan didalam rukun islam yang ke 3.
Aku sudah start berpuasa pada 26 Julai lepas (Isnin). Aku membuat puasa sunat dan puasa ganti biarpun aku tak pernah tinggal puasa sewaktu bulan Ramadhan. tetapi bak kata orang " Manalah tau kot2 sewaktu puasa dibulan Ramadhan tu ada cacat celanya...


Selain dari itu aku juga berniat dan berazam untuk berhenti merokok. Sememangnya memang sudah lama aku ingin berhenti merokok cuma SEMANGAT aje tak kuat. Namun kali ini aku tanamkan NEKAD untuk merealisasikan AZAM dan NIAT aku untuk berhenti merokok. Memandangkan harga rokok juga sudah semakin tinggi.. Bayangkan perbelanjaan rokok aku sebulan sahaja hampir RM300. Jika sehari sekotak rokok berharga RM9.30 X 30hari = RM276. Boleh beli susu anak lagi....!!!
Disamping itu juga MEROKOK tidak baik untuk kesihatan diri sendiri dan juga kesihatan kepada orang yang berada disekeliling perokok..
Apapun kepada sahabat DOAKAN KEJAYAAN aku didalam USAHA ku ini.. Dan aku pasti ada yang akan menganggap aku akan gagal dalam usaha ku ini, namun aku akan cuba sedaya usaha untuk berhenti merokok...
KATAKAN TAKNAK......!!!!!


Rabu, 28 Julai 2010

WAJAH TERBARU AIDA ERYNA QAIREEN

Wajah Qaireen... setelah hampir 2 bulan.
Pipinya tang montel buat aku geram aje....!!!!
So sweet dan cute....
Pengerat kasih sayang Daddy & Mummy....
Bilalah rambut dia ni nak panjang........

TIDAK KESORANGAN LAGI.....

Sudah 2 minggu My wife dan anak -anak balik Sg Buloh... Rumah semakin ceria dengan tangisan Qaireen.. Kelakuan E'sya dan Aidid pun boleh tahan juga...
Tidur malam juga sudah mula terganggu dengan tanggisan Qaireen kerana nak menyusu serta tidak selesa bila pampersnya sudah basah... Tapi tak mengapa, sebab kerenah itu akan semakin kurang bila semakin membesar...!!!
Qaireen juga semakin berisi sekarang ni, pipi dah macam kena "BOTOX"... Berat pun sudah menjangkau 4 kilo lebih.... Apa tidaknya asyik bergantung aje ngan susu....!!!
Nantilah aku akan masukkan gambar terbaru Qaireen....!!!!

Jumaat, 23 Julai 2010

MAJLIS PERKAHWINAN GEE...

Lama sudah aku tak Entry blog aku ni...biasalah lately BZ ngan memberi sokongan MORAL pada Team Sukan MATRADE dalam Sukan Agensi MITI. BZ dengan hal famili juga. So rasanya aku mulakan semula dengan Cerita Majlis perkawinan opismate aku Gee. Majlis perkawinan ini berlansung pada 18 Julai 2010 (Ahad) di kuantan. Aku tak berkesempatan untuk menghadiri majlis ini kerana balik ke Kedah. Warna Tema PURPLE..

Senyuman Manis dari Pengantin.. Ceria sesangat... COMEL & CUTE aje Gee dalam busana pengantin warna Purple.
Mempelai sedang bersanding di Pelamin.
Sewaktu majlis makan Beradab.. Gee sopan sikit tau...!!!!
Majlis memotong kek.. Kek 3 tingkat juga berwarna Purple...Kelazzz........!!!!
Pasangan yang Romantis....
Alahhhh....!!!!! Manjanya Gee.... suap - suap kek lagi....!!!!!
SHARIJAH (X MATRADE) baju meroon... pun turut Hadir memeriahkan majlis Gee... Lama sudah tak jumpa Shahrijah ni...!!
Antara Warga MATRADE yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Gee..

Khamis, 15 Julai 2010

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Minggu lepas aku dapat Undangan majlis perkahwinan member satu Opis... Undangan dari Noorfadzilah binti Shaikh Abdul Majid atau nama manjanya Gee...
Majlis perkahwinan gee ini berlangsung pada Ahad 18 Julai 2010. Di Kuantan Pahang.. Aku memang teringin sangat pergi memeriahkan majlis ini. Tapi pada waktu itu nanti aku akan balik ke Kedah menjemput My Wife dan anak anak untuk balik balik ke KL.
Al-Hamdulillah...Akhirnya sahabat aku ini bertemu juga jodoh dengan Jejaka idamannya. Gee ini memang sempoi.. Dia juga baik dan rapat dengan My Wife..
Suatu ketika dulu aku memang rapat dengan dia.. Banyak kenangan dengan Gee ini.. Pergi kursus bersama di Kuantan.. Aku pernah bergandingan menjadi Pengacara majlis dengannya menjayakan satu program Hari Keluarga MATRADE di Desa Water Park pada tahun 2005.. Dia memang selamba dan Sporting...!!!
Dengar ceritanya lepas mendirikan rumahtangga nanti Gee akan berpindah ke MATRADE Johor. Maklumlah suaminya orang sana.. Pasti aku akan kehilangan kawan di MATRADE.
Apapun Gee... SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga menjadi isteri yang BAIK dan SOLEHAH... AMIN

Selasa, 13 Julai 2010

CANTIK TAK RAMBUT BARU SYADIENA......

Aku bawa dia pergi tengok wayang cite Zoo.. Sementara menunggu masa tu ramailah orang berkumpul kat luar bawa anak anak.. Tetiba e'sya kata dengan aku.. "Daddy cantik tak rambut kawan kakak tu...???" sambil tunjuk pada seorang anak cina yg mempunyai potongan rambut macam dia cuma dia highlight rambutnya.. "Kakak nak rambut macam tulah...!!!! " sambung dia lagi.. "Ok nanti Daddy buat pada rambut kakak.."Balas aku...

Lepas tengok wayang aku pun bawa dia pergi Salon untuk highlight rambut dia... Sukalah sangat dia.....Biasalah kalau dah perempuan ni tentu taksub ngan kecantikan...


E'sya sekarang ni semakin bijak bercakap... pandai memujuk membuatkan aku selalu kalah dengan pujukannya...

GELAGAT DUA BERADIK........


Daddy ambik gambar kakak tengah buat Cicak man ni....!!!! Layanzzz......!!!!!!
Daddy abang buat gaya ULTRAMAN pula..........!!!! Pun Layanzzz juga....!!!!!
Abg kita rehat sekejap.....kata kakak......!!!!
Abang tengok kakak lukis gambar abang...!!!!
Masa ini aku tengah layan facebook... Bebudak ni dok tunggu sebab nak tido ngan daddy dia..!!!

SUPER HERO...APA NI...........?????



Inilah My Hero... Ni sebelum dia nak mandi.. Memang susah nak suruh dia mandi.. Sure ada aje benda yang dia nak buat.... Gelagat dia ni kadang kadang membuatkan aku nak ketawa pun ada...


Nak kata SUPERMAN tu rasanya sama tang SELUAR DALAM tu aje... Nak kata ULTRAMAN pun tak sama... BAD MAN pun tak layak...!!!
Satria Baja hitam tapi naik Basikal aje pula...!!! POWER RANGER pun tak sesuai...!!!!SPIDER MAN atau kalau melayu CICAK MAN la gamaknya....!!!!!!

Si Aidid ini memang banyak lakunya...!!! Celik mata Melasak aje... Penat melasak MAKAN tapi badan tak juga mcm daddy dia...!!! Apa pun dia inilah nanti yang akan jadi peneman aku ke Masjid @ Surau bila dah besar nanti.. Satu satunya anak lelaki aku...!!
Aku memang geram aje memandang dia, suka tengok telatah dia tu....

KLINIK IBU DAN ANAK

Genap usia Eryna satu bulan so aku pun bawalah dia ke KLINIK IBU DAN ANAK di Sungai Petani. Eryna kena cucuk satu Das di peha sebelah kiri.. Aku pun lupa cucuk apa....!!My wife pula kena TEST Urine.. Lepas tu chek Darah pula.. Berat badan My wife pun dah turun 2 kilo selepas bersalin ni... Tak kisahlah sayang, kalau berisi pun abang tetap sayang juga pada ayang...!!!E'sya dan Airiel pun sibuk juga nak ikut ke Klinik.. Aku pun bawalah juga sbb kesian pula dia klu tinggal kat umah.. Tengok muka Airiel tu.. Baru bangun tido tapi sibuk juga nak ikut...!!!

Al-Hamdulillah baby Eryna tak ada apa apa masalah... Syukur....!!!!

Selasa, 6 Julai 2010

03 JULAI (SABTU) GENAP QAIREEN SATU BULAN.

Gambar terbaru AIDA ERYNA QAIREEN. Genap usianya 1 bulan. Berat sewaktu lahir tempohari 2.69kg. Kini beratnya sudah mencapai 4 kilo...
Kepala pun sudah dicukurkan.. Kalau tidak rambutnya lebat dan hitam...
XTVT dia tidur sahaja.. Bila lapar dan pampers dah basah akan meragam. Jam 4.00 pagi sure nak menyusu. Susu badan tak cukup terpaksa beri susu Formula...!! Susu sekarang ialah S26 Gold...
Geram pula aku tengok dia montel ini...

Khamis, 1 Julai 2010

CORETAN DIAWAL PAGI................

Inilah first time aku mencoret bingkisan kerana Tidak pernah sebelum ini aku menitip bicara bisu didalam blog "MENITI TITIAN HASRAT" seawal pagi begini....!!!!
Sedari dari lena diulit mimpi kedengaran sayup berkumandang lontaran suara garau Mu'azin melaungkan azan dari masjid yang berhampiran rumahku..
Sedang azan berkumandang aku masih terbaring diatas katil beralaskan tilam yang empuk, di litupi selimut dan angin yang dingin dari kipas...Membuatkan aku begitu sayang untuk meninggalkan tempat beradu ku....!!!! Namun aku masih menghayati laungan azan itu....
Tatkala azan sampai dibahagian "Assolah tu hairum minan naem..." (sembahyang itu lebih baik dari tidur) Tiba tiba datang perasaan sayu dan pilu menerpa dijiwa ku...
Fikiran terus terkenangkan zaman kanak kanak, zaman remaja, zaman persekolahan rendah dan menenggah terus bermain di benak fikiran ku... Terbayang wajah tua kedua orang tuaku, wajah adik beradik ku, wajah isteriku, wajah anak anak kesayangan ku, wajah sahabat sekerja yang baik dengan ku...dan setiap bayangan wajah yang yang timbul di fikiran ku pasti ada kenangan yang pahit dan manis tergambar...!!!!
Tahun ini aku sudah berumur 36 tahun... Berapa banyakkah amalan dan pahala yang telah aku himpun, berapa banyak pula kesalahan dan dosa yg terpaksa aku tanggung...???? Terasa diri ini begitu daif dan kerdil dibumi yang telah dipinjamkan oleh Allah...!!!
Ya Allah...apakah ini.... Hati ini semakin sayu, Airmata ku menitis laju....!!! Pelbagai persoalan bermain dibenak ku...!!!!
Aku bangun menyucikan diri, mengambil wuduk, menghampar sejadah dan aku mendirikan solat... Namun entah mengapa sepanjang aku mendirikan solat sehingga ke akhir airmata aku semakin jatuh bercucuran..!!!
Aku berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa ku, keluarga ku, anak anak ku, rakan rakan ku dan seluruh umat islam didunia ini... Tiba tiba aku terasa rindu kepada Arwah datuk ku.. Datuk yg amat menyayangi ku satu ketika dulu..!!! Dengan getaran suara tanggisan kecilku, Ku sedekahkan Al-Fatihah buatnya...!!!
Selesai solat, hatiku masih sayu lagi... Sambil diiringi airmata ku gagahi jari jemari menaip bingkisan dan ada ketikanya mata ini menjadi kabur kerana dihalangi airmata namun kutabahkan hati untuk menyiapkan bingkisan ini kerana aku ingin berkongsi apa yang aku rasai dipagi ini bersama pembaca pembaca blog MENITI TITIAN HASRAT...!!!!