Isnin, 29 Mac 2010

XTVT ZIARAH BEKAS GURU SMA REPAH

Program Menziarahi bekas guru Sek Men Agama Repah Tampin. 28 March 2010. Jam 2 petang berkumpul di Taman Reakriasi Tampin. Pada Awalnya ramai yang ingin turut serta tapi akhirnya hanya ini sahaja yg dapat menghadirkan diri. Biasalah kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya.
Didalam Gambar ini,Ustazah Khadijah,Isteri Anuar.Anuar, Salleh (Skrg duduk di Langkawi), Az Zainuddin dan yang pakai kopiah tu Khairul Azua. (ustaz Azua)
Rumah yang pertama kami tujui ialah rumah Bekas guru besar kami Ustaz Hj Mohamed b Harun. Kami disambut dengan baik. Al-Hamdulillah Mudir ada dirumah. Pada mula mudir tidak mengenali kami tetapi setelah kami memperkenalkan diri masing masing barulah ingatan itu kembali semula. Jauhari menantu mudir juga kebetulan ada. Jauhari ini juga adalah bekas pelajar SMA Repah juga. Classmate aku. Berkawin dengan anak Mudir Fahimah Mohamed.Sekarang ini dia berkerja di Singapura. Kami semua dijamu dengan Nasi. Biarpun masing masing sudah kekenyangan tapi REZEKI JANGAN DI TOLAK...!!!
Ini pula adalah WAN. Tukang masak Asrama dulu. Wan ni masih ada lagi, Kini berusia dalam 88 tahun. Dari mata kasar nampak wan ini sihat tetapi wan kata nampak aje sihat namun kudrat tu tak berapa sangat.
Selepas makan,kami bersantai diluar rumah mudir pula.Ustazah Khadijah mendukung anak Azua. Dulu ustazah ini mengajar sekarang Azua juga mengajar. Guru dari dua genarasi...
Sebelum bertolak balik kami semua meminta untuk bergambar kenangan dengan mudir dan juga wan. Iyalah sudah 20 tahun lebih tak bersua. Perjumpaan ini menimbulkan pelbagai perasaan. dan mengembalikan nostalgia
Dari depan sebelah kiri, Aku, Wan,Mudir,Isteri Mudir (Makcik Wok), My Wife (Mendukung Airil).
belakang sebelah kiri: Isteri Nuar,Ustazah Khadijah,Fahimah, Jauhari (abot), Az Zainudin,Anuar,
dan Khairul Azua.
Inilah aku bersama Wan. Dulu aku memang pernah menumpang manja dengan wan. Maklumlah duduk asrama, jauh dari keluarga jadi wan inilah tempat aku bermanja.
Kemanjaan aku ngan Wan memang ketara sehingga sampai sekarang anak anak Mudir mengingati aku kerana dulu aku aku sentiasa berkepit aje ngan Wan ini.. Terus terang aku katakan memang aku merindui Wan. Aku membuat program ini pun salah satu sebabnya untuk bersua muka ngan wan. Memang perasaan terharu sangat bila setelah 20 tahun lebih tak bersua akhirnya dapat juga bersua kembali.
Selepas 2 jam lebih dirumah Mudir, Kami pun meminta diri untuk ke Kg Sri Repah Pula. Kali ini rumah yg ingin dikunjungi ialah rumah Ustaz Yahya.Jadi kami pun berkonvoi kesana.
Inilah aku bersama Ustaz Yahya. Sesampai dirumah ustaz Yahya. Perasaan sedih dan sayu menyelubungi kami semua. Apabila melihat Keadaan ustaz yahya yang Uzur kerana di serang Angin Akhmar.
Kami semua memperkenalkan diri, Namun ada sesetengah aje yang mampu ustaz yahya ingati. Tapi itu tak jadi masalah pada kami, yang penting kami ingin bersua semula dengan guru yang pernah memdidik kami satu ketika dahulu. Kedatangan kami memang sangat dihargai oleh ustaz yahya kerana dapat menghilangkan kesunyian dia. Dia juga berpesan dengan harapan ada juga lagilah bekas anak didiknya datang bertandang kerumahnya kerana dia benar benar kesunyian.
Kepada bekas anak didik Ustaz Yahya, sekiranya anda mempunyai masa yang terluang sudilah kiranya menziarahi ustaz kita yang sedang uzur ini, sesungguhnya dengan kedatangan kita ini dapat menghilangkan rasa kesunyian dia.
Tepat pukul 6 petang kami pun berangkat meninggalkan perkarangan rumah ustaz yahya. dan masing masing pulang ke distinasi sendiri.
Sesungguhnya satu kepuasan dapat dirasai dengan program ini. TERIMA KASIH kawan kawan semua yang sudi meluangkan masa menjayakan Program ini.
Insyaallah..sekiranya ada rezeki kita akan adakan semula program ini.

PICNIC DI KALUMPANG




















































































































































Ahad, 14 Mac 2010

TRIP KE CAMARON HIGHLAND 1

Selepas check-out Hotel Park land kami meneruskan perjalanan ke Ladang TEH Boh. Tapi sayang Ladang ini tutup setiap hari Isnin tapi tak mengapa kami bergambar sahaja dari luar Ladang... Dari ladang teh kami ke Taman Rama Rama pula. Disini terdapat banyak jenis rama rama yang cantik- cantik. Selain Rama rama terdapat juga reptelia lain seperti Ular dan Kura Kura.
Bergambar dihadapan Pintu Masuk Taman Rama RAma.
Seronok bermain dengan rama rama.
Ada dan Aidid leka bermain dan menangkap rama rama
My Prince and My Princess. Kemesraan yang tak boleh disangkal lagi....
My Hero with the Butterfly.
Aksi aksi dari My Prince yang tak takut langsung dengan Rama rama.
Shoping sebentar membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas shoping kami meneruskan perjalanan pulang.





Sempat bergambar di sempadan atau pintu masuk ke Cemaron Highlands Sebelum meneruskan perjalanan balik.

TRIP KE CAMARON HIGHLAND 2

14 March 2010 Sehari selepas Birthday My wife aku membawa famili pergi bercuti ke Cemaron Highland. Kami memulakan perjalanan jam 10.30 pagi. Dan kami sampai disana jam 100 ptg, Perut pun sudah mula kelaparan. Jadi kami singgah makan di gerai biasa sahaja.

Disepanjang perjalan kami melaui perkampungan orang asli. kami melalui jalan TAPAH ke Genting. Perkampungan orang asli yang bersih juga.