Rabu, 18 Ogos 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 8.

18 Ogos 2002 Sabtu, Jam 4.45pm, Bertempat di Masjid Kampung Raja, Sungai Petani Kedah
Selepas Solat A'sar aku dinikahkan dengan pasangan aku Azlina Abdul Aziz dengan dua kali lafaz.
Dengan MAS KAWIN sebanyak RM2,222.22... Dengan Lafaz Ijab & Qabul yang telah disahkan, maka berakhirlah ZAMAN BUJANG Kami.. Maka bermulalah PELAYARAN BAHTERA RUMAHTANGGA kami....
Dan Hari ini 18 Ogos 2010 maka genap sudah USIA PERKAHWINAN kami yang ke 8. Pelbagai Pahit manis, onak duri yang kami tempuhi, Disepanjang perkahwinan kami, syukur kami tidak pernah diancam dan diuji dengan hebat..Segala permasalahan kami selesaikan secara berbincang dan bertolak ansur...
Gaduh...??? ""~~Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..~~" Bait bait lagu dari filem 3 Abdul nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Saloma itu adalah benar dan tak perlu disangkal.. Begitu jugalah kami, namun semuanya kami atasi dengan cara yang terbaik,
Al-Hamdulillah...berkat kasih sayang yang suci serta anugerah 3 cahayamata menguatkan lagi perhubungan kami...
isteriku Azlina...Percayalah bahawasanya kasih sayang abang terhadap ayang tidak pernah pudar, cinta abang masih mekar seperti dahulu. Perhatian abang tak pernah beranjak walaupun seinci.. Kerana dirimu begitu ISTIMEWA bagiku.
Terima kasih kerana menjaga makan dan pakai abang.. mengingatkan abang seandainya terlalai,
Menjadi pendengar yang setia permasalahan abang, menjadi penghibur kepada abang, dan yang paling penting menjadi pendorong dan tulang belakang abang selama ini....

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KERANA SUDI MENJADI ISTERI DAN MUMMY YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK ABANG..
Rasa bertuah diri ini kerana berjaya menambat serta menakluki hati mu....

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANGKU..............!!!!
Semoga Kebahagian yang kita kecapi sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirat...Insyaallah..~~AMIN~~

Rabu, 11 Ogos 2010

SAYANG MAK WAN dan ATUK

Sempat bergambar dengan Mak & Abah tersayang di hadapan rumah...
Mak & Abah yang tercinta...
Inilah bapa kesayangan aku...
Mak yang sangat aku kasihi.
Ciuman dari seorang atuk untuk Cucu yang menjadi pewaris satu hari nanti...
Princess E'sya memberi ciuman untuk atuk kesayangan..
Prince Aidid menerima ciuman dari Mak wan.




Entah kenapa aku suka sangat tengok gambar gambar ini.. Kasih sayang dari atuk & Mak Wan kepada cucu.......!!

RAMADHAN AL - MUBARAK

Hari ini 11 Ogos 2010 bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat manusia yang menganut agama islam.
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menjaga diri dari melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa.
Bulan Ramadhan ini juga menguji kesabaran serta kejujuran setiap Individu. Iyalah..mungkin antara sesama manusia mereka boleh berbohong tetapi ALLAH mengetahui...!!!
Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan yang penuh keberkatan.. Bulan yang mempunyai keistimewaan berbanding bulan bulan yang lain.
dibulan Ramadhan ini juga diturunkan Al-QURAN. dan dalam sebulan ini akan ada satu malam yang penuh KEAJAIBAN iaitu "MALAM LAILATUL QADAR".
Apapun Islam bukanlah agama yang menyusahkan, Seandainya individu itu tidak terdaya @ mempunyai alasan yang kukuh seandainya dia meneruskan puasanya maka akan mendatangkan KEMUDARATAN maka ia harus membuka puasanya..Namun ianya harus diganti kelak...!!!
Apapun saya sekeluarga mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" kepada pembaca Blog MENITI TITIAN HASRAT ini.
Semoga Amal Ibadah yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Dan keredhaan dari Allah...Insyaallah...Amin...

Isnin, 9 Ogos 2010

PERPISAHAN..........!!!!

Hujung bulan Julai tempohari aku kerumah Kak ya di serting Hilir untuk bertemu buat kali terakhir bersama pembantu rumah aku sebelum dia berangkat pulang sebelum ramadhan ini...Inilah Pembantu rumah aku yang lama...!!! Kami semua memanggilnya bibik... Tapi sekarang bibik akan pulang ke kampung Halamanya Indonesia.Malam itu dirumah kak ya kami makan malam bersama. Bibik datang bersama suaminya "AMAT"... hampir 2 bulan anak anak tidak bersua dengan bibik... Bila jumpa E'sya dan Airil tak lepas peluang melepas rindu pada Bibik...!!!
Bulan Ogos ini Ulangtahun E'sya yang ke 4 tahun. Jadi aku pun membeli KEK untuk dia meraikan birthdaynya bersama Bibik kerana Bibik akan pulang ke Indonesia.
Tengok sahajalah Betapa manjanya E'sya dengan Bibik.. Iyalah hampir setengah tahun menumpang kasih pada bibik. makan, pakai semua bibik yang jaga....!!!

Dari tidur sampailah jaga, E'sya tak lepas berkepit dengan BIBIK... Airil juga memang manja dengan Bibik...Bibik juga suka sama Airil... Aku & My Wife memang terkilan kerana Bibik tidak boleh meneruskan perkerjaan dengan kami kerana sebab sebab tertentu yang tidak boleh dielakan... BAGUS dan PENYAYANG bibik terhadap kerja dan anak anak aku...!!!!
Pagi itu sebelum kami berangkat balik sempat lagi bergambar kenangan bersama Bibik..
Diwaktu ini suasana sudah diselubungi sedih..Bila E'sya bertanya "Bibik...Bibik ikut kakak balik KL tak..??? Bibik jawab "Bibik enggak ikut kakak balik KL.." " Nanti sapa nak jaga kakak dan Abg bila Mummy dan Daddy pergi work, sapa nak mandikan kakak dan beri makan kakak..??" Balas E'sya... Bibik hanya diam dan menitiskan airmata saja...!!!
Lambaian terakhir dari bibik... Aku pasti sewaktu coretan ini dibuat BIBIK KARTINI sudah berada di kampung halaman indonesia. Walaupun kini aku ada pembantu rumah baru namun jasa bibik tidak akan kami sekeluarga lupakan...!!!!

PENYEPIAN SEMENTARA.......!!!

Lama juga aku tak entry story dalam blog ni... Bukan tak ada cerita yg ingin dikongsikan tapi idea untuk berbicara tu yang tak sampai...!!!! Hari ini 09 Ogos 2010 (ISNIN) cuma tinggal 1 hari lagi iaitu 11 OGOS 2010 (RABU) seluruh umat islam akan menahan lapar dan dahaga serta tidak membuat perkara perkara yang membatalkan puasa... RAMADHAN AL- MUBARAK akan tiba...!!!! Syukur Al-Hamdulillah aku masih berkesempatan untuk menyempurnakan rukun islam yang ke 3 ini....Tapi tidak pasti adakah akan sampai ke penghujungnya @ tidak... Iyalah...Rezeki, Jodoh dan Ajal adalah ketentuan Ilahi.. Dan mengingati Mati adalah sunat...!!!! Ramadhan adalah bulan yang penuh BARAKAH.. kerana dibulan Ramadhan ini jugalah diturunkan Al-QURAN sebagai pedoman untuk seluruh umat islam. Ramadhan bukanlah bulan untuk bermalas-malasan. Kelaparan pula Bukan menjadi alasan untuk memperbanyak tidur dan berdiam diri. Sebaliknya, ramadhan adalah bulan dimana seorang hamba semestinyalah berlumba-lumba memperbanyak amal ibadah. Karena setiap kebaikan yang kita lakukan di bulan penuh maghfiroh ini, kita akan memperolehi pahala yang berlipat ganda. Kerana Ramadhan adalah bulan yang begitu istimewa, selain kerana keberkatan, kerahmatan dan pengampunan Allah begitu deras mengalir untuk para hambanya di bulan Ramadhan,

Sahabat, Sempena Ramadhan yang bakal tiba nanti ayuhlah kita isi dengan memperbanyak amal sholeh. Mari kita berusaha semaksima mungkin serta memanfaatkan setiap waktu yang Allah amanahkan untuk beribadah kepadaNya. Kerana belum tentu Ramadhan tahun depan akan menyapa kita lagi. Ramadhan yang bakal dihadapi nanti ini adalah kesempatan baik untuk berlama-lama dengan Robbul ‘Izzati. Janganlah kita sia-siakan. Insyaallah rahmat Allah senantiasa mengalir kepada mereka yang mengisi waktunya untuk beribadah semata-mata mengharap keredhan Allah s.w.t...