Khamis, 25 Februari 2010

LAGI CERITA TENTANG SMAR REPAH...

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada laman web FACEBOOK. Biarpun ada yang mengatakan Facebook adalah Haram dan dikelolakan oleh YAHUDI. Tapi kalau tujuan kita baik rasanya tak salah..
Hari ini aku berjaya lagi menjejaki seorang lagi sahabat baik aku. NAEMAH MOHAMED (Anak Mudir). Walaupun dia adalah senior aku tetapi aku sangat rapat dengan dia, Ibarat seperti kakak dan Adik. Perwatakan Naemah pada ketika itu memang agak kasar. Tapi hati dia baik (Luaran tidak mencerminkan dalaman.. ) Tetapi sekarang aku tak pasti perwatakannya sebab sudah 20 tahun lebih tak jumpa.Terlalu banyak kenangan dengan dia sewaktu di sekolah SMAR Repah.
Sempat juga aku berchatting dengan Naemah di Facebook tadi. Sempat bertukar tukar no phone. Naemah sekarang berkerja sendiri di MUTIARA DAMANSARA dan tinggal di WANGSAMAJU. kesempatan berchatting dengannya aku bertanya juga akan kabar AYAHANDAnya. Ustaz Mohamed (Mudir). Al- Hamdulillah Mudir masih sihat lagi.
Aku juga bertanya tentang adiknya Fahimah (sebaya Aku). Dia tinggal bersama mudir di Tampin.
Kakanya Anisah juga tinggal di Tampin. Maaflah adik - adiknya yang dibawahnya kerana aku kurang rapat sangat dengan yang lain.
Dalam keseronokan berchatting, Tetiba hati aku TERHARU dan SAYU apabila Naemah mengatakan WAN masih ada lagi sihat dan tinggal bersama Mudir di Tampin. Tetiba sahaja WAJAH TUA WAN terimbas di fikiran ku. Usia Wan kini mencecah 88 tahun. Tetiba sahaja aku terasa amat RINDU dekat WAN.
Wan juga adalah orang yang terlalu rapat juga dengan aku diwaktu itu. Pada wan juga tempat aku bermanja dulu..Sakit, pening aku pada wan juga aku mengadu. Besar juga pengorbanan Wan itu, Bangun lewat pagi, Tatkala penghuni asrama masih enak dibuai mimpi, wan sudah memasak untuk sarapan bagi penghuni Hostel, selepas itu menyediakan makan tengahari pula, minum petang dan makan malam.. Ketika itu usianya dalam lingkungan 60tahun. Bayangkan ketika usia sudah senja Wan masih gagah untuk berkerja.
Tetapi mungkin ketika itu, pemikiran kita tidak berapa matang jadi kita kurang menghargainya.. tapi sekarang,Bila sudah dewasa ini barulah kita dapat rasakan akan pengorbanannya. TERIMA KASIH WAN..
Terdetik dihati aku, dalam waktu yang terdekat ini, diketika usia wan masih ada, aku ingin menjenggoknya di Rumah Mudir. Aku juga ingin bersua dengan Mudir, Insan yang pernah mendidik aku dan banyak mengajar aku tentang Agama dan Bahasa Arab.
Aku juga ada berangan angan untuk menziarahi ustaz Yahya, yang khabarnya sekarang ini telah uzur. Ustaz Yahya tinggal di Kg Sri Repah..
Aku pasti akan pergi mendapatkan semua.. kerana semua itu adalah insan insan yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada aku.
JASA MU TETAP DI KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

Isnin, 22 Februari 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANUAR BIN ALIAS.

Semalam 21 febuari 2010 aku mengahadiri majlis perkahwinan sahabat aku di Kg Dato Mansor, Rasah Seremban. Kami sama sama belajar di Sek Men Ren Agama Repah Tampin, N.sembilan. Tahun 1987 kira kira 20 tahun yg lepas. Aku dan Famili bertolak jam 12.30 tengahari dari Sg Buloh. My cousin Ruzita dan Rusnita menanti kami di Plaza TOL Port Dickson. Kami Tiba jam 1.45 ptg.Ramai sahabat sahabat aku bekas pelajar SMAR Repah Ada. Antaranya Kamal, Sherwani, Azly, Sani, Zaki, Rizal, Zamrul Farid, Azlan, Adi Arif, Mokhzani, Nora, Nurhaliza, Ida Mufida, Norfadillah. Dan paling seronoknya Ustaz Mansor dan Cikgu Khadijah pun ada sekali.
Bergambar kenangan dengan Ustaz Mansor yg tetap segak bergaya.
Bersama pasangan mempelai yg mengenakan busana warna biru.
Bekas pelajar SMAR Repah.. Yg tudung warna Oren itu, Intan Wife ustaz Mansor. Semuanya masih tetap mantain anggun.
Mengabadikan kenangan bersama pasangan pengantin.
Setelah lebih 20 tahun tak bersua, akhirnya dapat juga bersua kembali. Semoga UKHWATUL ISLAMIAH yg pernah tercipta dan terjalin dahulu akan terus berkekalan..
Perasaan kegembiran tidak dapat nak di gambarkan dengan kata kata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu isi hati masing masing..
Masing masing sibuk bertukar tukar no Phone untuk saling berhubung bagi mengeratkan kembali tali persahabatan.

CIKGU KHADIJAH BINTI HJ LAWANG

Insan yang bernama KHADIJAH BINTI HJ LAWANG juga merupakan seorang pendidik. Pernah juga mengajar aku ketika di Sek Men Ren Agama Repah Tampin N.Sembilan pada tahun 1987 - 1989.

Mengajar aku subjek SAINS (seingat aku...). Salah seorang guru yang bergaya juga ketika itu. Seorang yang sangat baik dan jarang marah. Suka juga berjenaka ketika mengajar.

Kali terakhir aku jumpa dia pada tahun 1989. Selepas itu aku tak pernah jumpa malah tak pernah berhubung dengan beliau. Walaupun begitu aku tetap tidak pernah melupai beliau.Ketika kenduri kawin sahabat aku di Seremban kami bertemu kembali.

Cikgu Khadijah terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada saya. Halalkan segala ilmu yg pernah diberi. Sesungguhnya kenangan ketika bersama di SMAR Repah tetap segar diingatan saya.

Terima kasih Cikgu...

USTAZ MANSOR BIN ABU BAKAR

Ustaz Mansor bin Abu Bakar mengajar aku dari tahun 1987 - 1989 di Sek Men Rendah Agama Repah, Tampin. Dan 1990 - 1991 di Sek men Agama Hj Mohd Yatim Ulu Gadong, Rembau N.sembilan. Beliau bukan sahaja mengajar tetapi juga WARDEN ASRAMA aku ketika itu. Semenjak dari 1991 aku tak pernah bersua dengan beliau lagi dan semalam kami bertemu kembali di kenduri kawin sahabat aku di Seremban.

Seorang Guru yang Didikasi dan very friendly. Tidak GARANG tetapi TEGAS didalam mendidik pelajarnya. Suka juga berjenaka bersama kami ketika di Asrama. Satu perkara yang tidak mungkin aku lupakan,


Beliaulah yang telah mencungkil Bakat aku dalam bidang PIDATO dan BAHAS, Kumpulan bahas aku ketika itu berjaya antara kelas kelas, antara Daerah sehinggalah ke peringkat Negeri N.Sembilan (Disek Men Tengku Durah, Seremban anjuran GPMS.)



Terlalu banyak kenangan dan juga nasihat yang diberi untuk dijadikan pegangan dalam meniti kehidupan.
Aku masih ingat lagi kata katanya dahulu "Apabila kamu semua telah meninggalkan alam persekolah, Nescaya kamu akan rindu akan zaman persekolahan..."
Memang benar kata kata Ustaz dan sekarang terbukti akan kata katanya itu.....


Ustaz TERIMA KASIH yang tak terhingga saya ucapkan kerana pernah mendidik saya satu ketika dahulu. HALALkan segala ILMU yang pernah dicurahkan.
Pernah memukul saya untuk menyedarkan saya dari kesilapan..Percayalah saya tidak pernah BERDENDAM walaupun sebesar Zarah.



Ustazlah antara pendidik saya yang paling dekat dihati saya.

TERIMA KASIH USTAZ...TERIMA KASIH ATAS SEGALA GALANYA. Dan DOA saya semoga USTAZ akan terus Suksess dan BAHAGIA bersama keluarga.

Ahad, 21 Februari 2010

PULANG KE PASIR BESAR.

15 Febuari 2010 Isnin, Jam 12 t/hari Ady dan Isteri serta Mak mertua aku balik ke Sg Petani. Memandangkan cuti sehingga hari Rabu, Dalam pukul 4 ptg aku pula balik ke Kampung di N.Sembilan. Perjalanan agak Lancar coz masih ramai lagi masih bercuti.
Sampai di Kg dalam pukul 7 malam, Kami lewat sampai kerana singgah di Ulu Bendul. My princess sibuk nak mandi.
2 hari di kampung aku rasa sekejap sangat, Pergi ke Rumah ayung (kakak Sulong aku) di Londah. lunch dan dinner disana.
Hari Rabu, tengahari pergi rumah mak sedara (Busu) aku di palong satu. Aku memang dah lama suruh dia buat kuih special untuk aku. apalagi kuih WADEH...Ha...ha...ha....
Balik dari rumah busu dlm pukul 4 petang..Aku pun bersiap siap untuk balik ke Sg Buloh.

Sebelum balik sempat lagi aku menziarahi MY CAUSIN aku yg terlantar sakit di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.
Namanya Ardzemi Atan, Tapi kitaorang panggil B.mie aje. Dia dah lama sakit..Dah 2 minggu B.mie ni terlantar di Hospital KP ini..
Doktor kata ada jangkitan kuman di Buah pinggangnya. Tapi aku rasa macam pelik aje kerana dia asyik TIDUR aje.. Macam ada sakit MISTERI yang lain... Entahlah...Walwahualam....

Jumaat, 19 Februari 2010

TRIP KE MELAKA 1

Sabtu 13 Febuari 2010 Jam 2 ptg,Selepas Lunch di rumah, Aku dan famili bersama Mak Mertua serta Ady dengan Wifenya Tiela bertolak ke Melaka. Jalan Raya agak Sibuk sedikit sebab ramai yang ambil kesempatan pulang ke Kampung bercuti panjang bersempena Tahun Baru Cina. perjalanan biasa hanya mengambil masa 2 jam setengah tapi melangkaui 4 jam. Destinasi pertama kami ialah ZOO MELAKA yg terletak di Ayer Keroh. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam lebih di Zoo Melaka.

My Princess & My Prince seronok sesangat dapat melihat binatang secara live. Biasa tengok di TV sahaja.

Aksi aksi dari my prince dan Princess di Zoo Melaka.
Kesempatan diambil menunggang kuda. First Time my Princess dan Prince menunggang kuda.
Agak penat juga berjalan didalam Zoo ni. Tapi seronok melihat anak anak excited melihat binatang.
Berehat sebentar menghilangkan lengguh kaki.
Setelah habis berjalan di dalam Zoo. Jam 6.30ptg, Kami bertolak ke Banda Hilir pula. Sebelum sampai Banda Hilir di Semabok kami check-in Hotel LOTUS INN. Hotel ini biasa aje..Hotel2 yg lain sudah penuh..So ini aje hotel yang ada.
Selepas check in, kitaorang pun berehat sebentar, mandi, segarkan badan..Sambung pula berjalan ke PERKAMPUNGAN PERTUGIS. Cadangnya nak Dinner disitu tapi kebanyakanya kedai disitu NON HALAL. Jadi malam itu kami ke UMBAI. Apa lagi makan ikan bakar ajelah..

Sempat posing dulu sementara menanti makanan sampai....

Antara makanan yang kami order...
Selesai menjamu selera, berjalan disekitar Medan Ikan Bakar Umbai. sehingga pukul 12 malam.
kemudian balik ke hotel untuk berehat kerana esok kami nak meneruskan lagi perjalanan..

Khamis, 18 Februari 2010

TRIP KE MELAKA 2

14. Febuari 2010, Selepas Chek out dari hotel, Jam 10.30pg..Kami menuju ke Banda Hilir.. Tempat pertama yg di cari ialah kedai makan. kami singgah makan di Restoren INDORI. Masakan kampung dan Nasi Padang. Boleh tahan juga masakan di restoren ini, Harganya juga agak berpatutan.


Selepas perut diisi kami terus ke Bangunan Merah, dan My Princess teringin menaiki BECA yang telah dihias cantik. So kami pun naik Beca sehingga ke kota AFamosa. Bayaran yang dikenakan untuk satu Beca Rm 15.00.sempat juga berposing di hadapan kota A famosa.
Selepas itu kami berpusing pusing di sekitar Banda Hilir. Menikmati keindahan tamadun sejarah Tanah Melayu.
Penat berjalan, kami menaiki Boat di Muara Sungai Melaka. Cuaca agak panas juga. Tapi itu semua kami tak hiraukan sebab Keseronokan mengatasi segalanya.
Tambang yang dikenakan setiap seorang RM 10.00. Tapi bersempena tahun baru cina, sesiapa yg lahir pada tahun HARIMAU diskaun 50%. Aku lahir tahun Harimau so dapatlah diskaun.
Selepas menikmati keindahan Persekitaran Muara Sungai Melaka, Kami pun bersiap untuk pulang, Sebelum meninggalkan Bandar Melaka kami sempat singgah di Ayer Keroh, Kali ini untuk membeli cenderahati sebagai kenangan.
Sekali lagi My Princess teringin menaiki KERETA LEMBU pula. Bayaran yang dikenakan pula agak murah, untuk sebuah kereta lembu hanya Rm 10.00 sahaja.
Punyalah seronok my Prince naik kereta lembu, seolah olah macam dia naik kereta lembu yg di bawa oleh Raju dalam cerita UPIN dan IPIN. "Sapi.....Goooo....!!!! jerit My Princess keringannya.
Setelah selesai semuanya, kami pun bertolak ke Alor Gajah Melaka pula. Kali ini untuk merasai keenakan KUIH UDANG ALOR GAJAH yang terkenal. Tak sah sekiranya ke Melaka tidak mencuba merasai keenakan KUIH UDANG ALOR GAJAH. (Maaf Gambar Tak sempat dirakamkan atas sebab sebab tertentu). Dalam pukul 8.00 malam kami bertolak meninggalkan MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. sampai di Sungai Buloh Jam 11.00 malam..
Seronok dan terasa puas hati segalanya berjalan dengan lancar.

Jumaat, 5 Februari 2010

AIDID AIRIEL SHAHREZA TAK SIHAT.

Aku lewat lagi ke ofis hari ini kerana My Prince masih tak berapa Sihat. Suhu badan pun tinggi,
Sudah bawa ke KLINIK dan Air kelapa dah beri, Tapi Panasnya tak surut juga lagi..So my Wife pun bawa ke KLINIK STAF di Hospital Sg Buloh, Klinik ini khas untuk Staf2 yang berkerja di Hospital Sg Buloh aje..
Senang sikit ada KLINIK STAF ni, Tak perlu ke UNIT RAWATAN PESAKIT LUAR. Kalau dekat sana sure kena tunggu lama sebab ramai orang. Klinik ini terletak di Tingkat 8, Hospital Sungai Buloh. Ianya juga menempatkan WAD kelas 1.Sampai di KLINIK STAF, Doktor meminta supaya Darah Airil diambil untu pemeriksaan.
Cuak juga aku, iyalah manalah tau kena demam denggi atau deman yang sewaktu dengannya.
Nafas Airiel juga berbunyi. doktor juga menyarankan supaya Dada Airil di X'Ray.. Sekali lagi aku rasa tak sedap hati lagi..
Sewaktu menunggu result darah dan result X'ray airil di tempatkan di MINI WAD. Suhu Airiel diambil dan bacaannya 39d'c. Agak tinggi..
Airil hanya baring dan lemah serta lesu.. Kesian aku tengok my prince dalam keadaan begitu.
Dalam 30 minit, doctor memanggil kami untuk mengetahu keputusan DARAH dan X'ray.
Keputusan darah semua OK.. Aku jadi lega...
Bila tengok result X'ray pula, Doktor mengatakan ada jangkitan di paru paru sebelah kiri Airiel tetapi tidak serius..
Sebelum balik airiel dibekalkan ubat Antibiotik untuk membunuh kuman di paru parunya itu. Dan doktor berpesan seandainya masih kurang sihat, Bawa jumpa doctor semula dan kemungkinan My Prince akan admid wad..


Rabu, 3 Februari 2010

KELEBIHAN BISMILLAH....

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.
Sebaik-baik perancangan manusia perancangan ALLAH mengatasi segalanya

03.02.2010 CUTI KECEMASAN


Hari ini aku tak pergi kerja sebab My Prince tak sehat. Diserang DEMAM CAMPAK. Hari Ahad itu hari dah bawa ke Klinik. Semalam Balik dari Taska Aku tengok ada tanda-tanda merah di badan, tangan dan leher.
Semalam selepas hantar My Princess Tuesyen di Kumon, aku pun Beli KELAPA MUDA. Sebelum tidur aku beri My Prince minum air. Memang susah nak beri dia minum air kelapa muda ni, tapi setelah dipujuk barulah dia nak minum...
Malam tadi sewaktu tido, My prince asyik merenggek sahaja.. Sehingga jam 4 pg aku masih tak boleh tido. Kesian my Prince may be badan dia tak sedap rasa kot.. Kita yang dewasa pun tak tahan kalau deman, inikan pula budak...
Pagi tadi sewaktu nak pergi kerja aku tengok semakin banyak tanda tanda merah di badan, belakang,tangan dan kaki. So akupun call opis beritahu aku cuti hari ini sebab tak sanggup nak tinggalkan my prince.

Isnin, 1 Februari 2010

MY PRINCE PULA DEMAM

4-5 hari yang lepas My Princess aku demam, Sekarang ni My Prince aku pula kena DEMAM.
Hari sabtu dan Ahad OK aje.. Ahad malam tu teteiba aje badan dia Panas.
My Prince ini kalau demam mesti nak berkepit aje dengan My Wife.. Ubat demam My Princess yang dulu masih ada lagi, itu yang diberi dulu kepada My prince..Kalau demam dia tak baik juga esok kenalah bawa ke Klinik.