Jumaat, 19 Februari 2010

TRIP KE MELAKA 1

Sabtu 13 Febuari 2010 Jam 2 ptg,Selepas Lunch di rumah, Aku dan famili bersama Mak Mertua serta Ady dengan Wifenya Tiela bertolak ke Melaka. Jalan Raya agak Sibuk sedikit sebab ramai yang ambil kesempatan pulang ke Kampung bercuti panjang bersempena Tahun Baru Cina. perjalanan biasa hanya mengambil masa 2 jam setengah tapi melangkaui 4 jam. Destinasi pertama kami ialah ZOO MELAKA yg terletak di Ayer Keroh. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam lebih di Zoo Melaka.

My Princess & My Prince seronok sesangat dapat melihat binatang secara live. Biasa tengok di TV sahaja.

Aksi aksi dari my prince dan Princess di Zoo Melaka.
Kesempatan diambil menunggang kuda. First Time my Princess dan Prince menunggang kuda.
Agak penat juga berjalan didalam Zoo ni. Tapi seronok melihat anak anak excited melihat binatang.
Berehat sebentar menghilangkan lengguh kaki.
Setelah habis berjalan di dalam Zoo. Jam 6.30ptg, Kami bertolak ke Banda Hilir pula. Sebelum sampai Banda Hilir di Semabok kami check-in Hotel LOTUS INN. Hotel ini biasa aje..Hotel2 yg lain sudah penuh..So ini aje hotel yang ada.
Selepas check in, kitaorang pun berehat sebentar, mandi, segarkan badan..Sambung pula berjalan ke PERKAMPUNGAN PERTUGIS. Cadangnya nak Dinner disitu tapi kebanyakanya kedai disitu NON HALAL. Jadi malam itu kami ke UMBAI. Apa lagi makan ikan bakar ajelah..

Sempat posing dulu sementara menanti makanan sampai....

Antara makanan yang kami order...
Selesai menjamu selera, berjalan disekitar Medan Ikan Bakar Umbai. sehingga pukul 12 malam.
kemudian balik ke hotel untuk berehat kerana esok kami nak meneruskan lagi perjalanan..