Jumaat, 5 Februari 2010

AIDID AIRIEL SHAHREZA TAK SIHAT.

Aku lewat lagi ke ofis hari ini kerana My Prince masih tak berapa Sihat. Suhu badan pun tinggi,
Sudah bawa ke KLINIK dan Air kelapa dah beri, Tapi Panasnya tak surut juga lagi..So my Wife pun bawa ke KLINIK STAF di Hospital Sg Buloh, Klinik ini khas untuk Staf2 yang berkerja di Hospital Sg Buloh aje..
Senang sikit ada KLINIK STAF ni, Tak perlu ke UNIT RAWATAN PESAKIT LUAR. Kalau dekat sana sure kena tunggu lama sebab ramai orang. Klinik ini terletak di Tingkat 8, Hospital Sungai Buloh. Ianya juga menempatkan WAD kelas 1.Sampai di KLINIK STAF, Doktor meminta supaya Darah Airil diambil untu pemeriksaan.
Cuak juga aku, iyalah manalah tau kena demam denggi atau deman yang sewaktu dengannya.
Nafas Airiel juga berbunyi. doktor juga menyarankan supaya Dada Airil di X'Ray.. Sekali lagi aku rasa tak sedap hati lagi..
Sewaktu menunggu result darah dan result X'ray airil di tempatkan di MINI WAD. Suhu Airiel diambil dan bacaannya 39d'c. Agak tinggi..
Airil hanya baring dan lemah serta lesu.. Kesian aku tengok my prince dalam keadaan begitu.
Dalam 30 minit, doctor memanggil kami untuk mengetahu keputusan DARAH dan X'ray.
Keputusan darah semua OK.. Aku jadi lega...
Bila tengok result X'ray pula, Doktor mengatakan ada jangkitan di paru paru sebelah kiri Airiel tetapi tidak serius..
Sebelum balik airiel dibekalkan ubat Antibiotik untuk membunuh kuman di paru parunya itu. Dan doktor berpesan seandainya masih kurang sihat, Bawa jumpa doctor semula dan kemungkinan My Prince akan admid wad..


Tiada ulasan: