
Mengajar aku subjek SAINS (seingat aku...). Salah seorang guru yang bergaya juga ketika itu. Seorang yang sangat baik dan jarang marah. Suka juga berjenaka ketika mengajar.
Kali terakhir aku jumpa dia pada tahun 1989. Selepas itu aku tak pernah jumpa malah tak pernah berhubung dengan beliau. Walaupun begitu aku tetap tidak pernah melupai beliau.Ketika kenduri kawin sahabat aku di Seremban kami bertemu kembali.
Cikgu Khadijah terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada saya. Halalkan segala ilmu yg pernah diberi. Sesungguhnya kenangan ketika bersama di SMAR Repah tetap segar diingatan saya.
Terima kasih Cikgu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan