Jumaat, 29 Julai 2011

TINGGAL KENANGAN.....

Hai kengkawan...
Lama rasanya aku tak up date story kat sini...
Bukan apa aku lebih tertumpu pada blog aku yang satu lagi tu.
kali ini aku nak bercerita tentang Pentry di tingkat 19 SME CORP.
Siapa budak opis aku yang tak kenal dia tak taulah aku nak kata apa...!!!
Kini Usup dah tutup kedainya di tingkat 19 tu..
Bukan sebab tak LARIS
tapi bila S.M.E Corp berpindah dipejabat Baru 
maka Kontraknya dengan SME corp pun habislah.
INILAH USUP...TAUKEH PENTRY TING 19.
Pagi & tengahari selalunya Staf MATRADE yang lebih dari SME CORP.
Bukan apa, Harga dikedai usup ni agak berpatutan
jika nak dibandingkan dengan food court & cafe yang ada didalam opis aku.
Sebab tu dia jadi TUMPUAN..!!!
Lagipun Usup dan Stafnya MESRA PELANGGAN.
Ini dia dua pekerja Usup...
Entah jumpa atau tidak lagi mereka ini.
Lepas ni susahlah sikit member member aku nak makan.

Isnin, 4 Julai 2011

SEMOGA SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA....

Hari ini 04 - 07 - 2011 (Isnin).
Aku ke HOSPITAL  KUALA LUMPUR (HKL)
 bersama 2 sahabat dari Opis untuk menziarahi sahabat kami
NORZAITUL AKHMA
yang sakit tulang belakang,hari ini dia operation.
Jam 12.30 aku bertolak ke HKL dari opis.
Samapai di HKL kami terus ke WAD 2 ORTHOPEDIK.
tapi menurut Staff Nurse disitu Nazatul masih belum keluar dari dewan bedah.
Kami pun terus ke dewan bedah.
Didewan Bedah di Papan Penyata
tertera nama dia (No 3)
Status "RECOVER".
Maknanya dia telah selesai menjalani pembedahan
dan tengah proses untuk sedar semula.
Kami pun mengambil keputusan untuk menunggu sehingga dia keluar dari dewan bedah.
Kami menanti di Wad sahaja.
Jam 2.00pm barulah nazatul dibawa masuk ke wad.
Tapi keadaanya masih kurang sedar.
MAAF...MAAF BEBANYAK...!!!
Aku tak ambil gambar nazatul sebab dia tak "bertudung"
Sekiranya aku mengambil gambarnya dan menyiarkan di blog ini
aku tak mahu "DOSA" coz memaparkan auratnya.
lagipun aku tak mahu dia merasa AIB
 sekiranya gambarnya dalam keadaan sebegitu dipaparkan disini.
Lagipun aku tak mahu masukkan gambarnya tanpa Keizinan dari tuan empunya badan.
Buat NAZATUL
semoga Cepat Sembuh dan cergas seperti sedia kala.