
Seorang Guru yang Didikasi dan very friendly. Tidak GARANG tetapi TEGAS didalam mendidik pelajarnya. Suka juga berjenaka bersama kami ketika di Asrama. Satu perkara yang tidak mungkin aku lupakan,
Beliaulah yang telah mencungkil Bakat aku dalam bidang PIDATO dan BAHAS, Kumpulan bahas aku ketika itu berjaya antara kelas kelas, antara Daerah sehinggalah ke peringkat Negeri N.Sembilan (Disek Men Tengku Durah, Seremban anjuran GPMS.)
Terlalu banyak kenangan dan juga nasihat yang diberi untuk dijadikan pegangan dalam meniti kehidupan. Aku masih ingat lagi kata katanya dahulu "Apabila kamu semua telah meninggalkan alam persekolah, Nescaya kamu akan rindu akan zaman persekolahan..."
Memang benar kata kata Ustaz dan sekarang terbukti akan kata katanya itu.....
Ustaz TERIMA KASIH yang tak terhingga saya ucapkan kerana pernah mendidik saya satu ketika dahulu. HALALkan segala ILMU yang pernah dicurahkan.
Pernah memukul saya untuk menyedarkan saya dari kesilapan..Percayalah saya tidak pernah BERDENDAM walaupun sebesar Zarah.
Ustazlah antara pendidik saya yang paling dekat dihati saya.
TERIMA KASIH USTAZ...TERIMA KASIH ATAS SEGALA GALANYA. Dan DOA saya semoga USTAZ akan terus Suksess dan BAHAGIA bersama keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan