Khamis, 25 Februari 2010

LAGI CERITA TENTANG SMAR REPAH...

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada laman web FACEBOOK. Biarpun ada yang mengatakan Facebook adalah Haram dan dikelolakan oleh YAHUDI. Tapi kalau tujuan kita baik rasanya tak salah..
Hari ini aku berjaya lagi menjejaki seorang lagi sahabat baik aku. NAEMAH MOHAMED (Anak Mudir). Walaupun dia adalah senior aku tetapi aku sangat rapat dengan dia, Ibarat seperti kakak dan Adik. Perwatakan Naemah pada ketika itu memang agak kasar. Tapi hati dia baik (Luaran tidak mencerminkan dalaman.. ) Tetapi sekarang aku tak pasti perwatakannya sebab sudah 20 tahun lebih tak jumpa.Terlalu banyak kenangan dengan dia sewaktu di sekolah SMAR Repah.
Sempat juga aku berchatting dengan Naemah di Facebook tadi. Sempat bertukar tukar no phone. Naemah sekarang berkerja sendiri di MUTIARA DAMANSARA dan tinggal di WANGSAMAJU. kesempatan berchatting dengannya aku bertanya juga akan kabar AYAHANDAnya. Ustaz Mohamed (Mudir). Al- Hamdulillah Mudir masih sihat lagi.
Aku juga bertanya tentang adiknya Fahimah (sebaya Aku). Dia tinggal bersama mudir di Tampin.
Kakanya Anisah juga tinggal di Tampin. Maaflah adik - adiknya yang dibawahnya kerana aku kurang rapat sangat dengan yang lain.
Dalam keseronokan berchatting, Tetiba hati aku TERHARU dan SAYU apabila Naemah mengatakan WAN masih ada lagi sihat dan tinggal bersama Mudir di Tampin. Tetiba sahaja WAJAH TUA WAN terimbas di fikiran ku. Usia Wan kini mencecah 88 tahun. Tetiba sahaja aku terasa amat RINDU dekat WAN.
Wan juga adalah orang yang terlalu rapat juga dengan aku diwaktu itu. Pada wan juga tempat aku bermanja dulu..Sakit, pening aku pada wan juga aku mengadu. Besar juga pengorbanan Wan itu, Bangun lewat pagi, Tatkala penghuni asrama masih enak dibuai mimpi, wan sudah memasak untuk sarapan bagi penghuni Hostel, selepas itu menyediakan makan tengahari pula, minum petang dan makan malam.. Ketika itu usianya dalam lingkungan 60tahun. Bayangkan ketika usia sudah senja Wan masih gagah untuk berkerja.
Tetapi mungkin ketika itu, pemikiran kita tidak berapa matang jadi kita kurang menghargainya.. tapi sekarang,Bila sudah dewasa ini barulah kita dapat rasakan akan pengorbanannya. TERIMA KASIH WAN..
Terdetik dihati aku, dalam waktu yang terdekat ini, diketika usia wan masih ada, aku ingin menjenggoknya di Rumah Mudir. Aku juga ingin bersua dengan Mudir, Insan yang pernah mendidik aku dan banyak mengajar aku tentang Agama dan Bahasa Arab.
Aku juga ada berangan angan untuk menziarahi ustaz Yahya, yang khabarnya sekarang ini telah uzur. Ustaz Yahya tinggal di Kg Sri Repah..
Aku pasti akan pergi mendapatkan semua.. kerana semua itu adalah insan insan yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu kepada aku.
JASA MU TETAP DI KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

Tiada ulasan: