Khamis, 15 Julai 2010

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Minggu lepas aku dapat Undangan majlis perkahwinan member satu Opis... Undangan dari Noorfadzilah binti Shaikh Abdul Majid atau nama manjanya Gee...
Majlis perkahwinan gee ini berlangsung pada Ahad 18 Julai 2010. Di Kuantan Pahang.. Aku memang teringin sangat pergi memeriahkan majlis ini. Tapi pada waktu itu nanti aku akan balik ke Kedah menjemput My Wife dan anak anak untuk balik balik ke KL.
Al-Hamdulillah...Akhirnya sahabat aku ini bertemu juga jodoh dengan Jejaka idamannya. Gee ini memang sempoi.. Dia juga baik dan rapat dengan My Wife..
Suatu ketika dulu aku memang rapat dengan dia.. Banyak kenangan dengan Gee ini.. Pergi kursus bersama di Kuantan.. Aku pernah bergandingan menjadi Pengacara majlis dengannya menjayakan satu program Hari Keluarga MATRADE di Desa Water Park pada tahun 2005.. Dia memang selamba dan Sporting...!!!
Dengar ceritanya lepas mendirikan rumahtangga nanti Gee akan berpindah ke MATRADE Johor. Maklumlah suaminya orang sana.. Pasti aku akan kehilangan kawan di MATRADE.
Apapun Gee... SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga menjadi isteri yang BAIK dan SOLEHAH... AMIN

Tiada ulasan: