Selasa, 21 Disember 2010

AIDA ERYNA QAIREEN

Diam tak diam,Sudah 6 bulan rupanya princess eryna sekarang ini.Sudah semakim Lasak semenjak dah meniarap ni..Sudah mengenal orang..Agak susah sikit bila dia sudah mengenal orang ini.
Badan pun berisi tetapi tetap agresif..Dah makan Bubur,kalau lapar lagi agresif dan melalak dengan kuat bila lambat diberi makan.
Pukul 7.00pagi sure dah bangun..So 30minit sebelum mandi untuk pergi kerja aku akan bermain & menggomol siembam ni..Penat bermain ngan aku,dia akan menanggis nak susu.Itulah kebiasaan setiap hari..
Princess Eryna ni memang tak banyak Ragam..
Senang sangat nak jaga dia
.
Akan menanggis bila lapar dan Pampersnya sudah penuh..
maybe dia tak selesa..


Dia ni agak rapat dengan Mummy berbanding dengan aku..Kalau dengan BIBIK lagilah dia suka coz masanya banyak bersama dengan BIBIK bila aku & my Wife pergi bekerja..Semenjak kehadiranya keluarga kami menjadi semakin Ceria.

1 ulasan:

sha a.s berkata...

comel la bang!!! (bukan pak dia laa...)