Isnin, 28 September 2009

SALAM AIDULFITRI....

Hari ini aku sudah mula berkerja semula,setelah hampir 9 hari bercuti sempena AIDIL FITRI.
Semalam baru sampai Rumah di Sg Buloh, Al-Hamdulillah perjalanan lancar sahaja dari Kedah ke Selangor.
Tahun ini TURN beraya bersama KELUARGA MERTUA di Sungai Petani Kedah. Selama bercuti selama itulah aku berada di Kedah. Insyaallah..Jumaat ini (02-10-2009) baru balik bersua dengan MAK ABAH di Pasir Besar, N.Sembilan.. Biarpun berjauhan dari Keluarga di N.S namun setiap hari kami berhubung..
Kepada SAHABAT yang datang atau yang ingin berkunjung kerumah aku di N.Sembilan MAAF seadanya kerana tiada BERKESEMPATAN untuk BERSUA di hari Mulia. TERIMA KASIH juga atas tanda ingatan dan kesudian untuk beraya dirumah aku walaupun aku tak ada..
Insyaallah... RAYA AIDUL ADHA nanti kalau diizinkan tuhan aku beraya di N.Sembilan. Jika tidak pun jika ada umur dan rezeki RAYA AIDULFITRI tahun hadapan aku beraya di NEGERI SEMBILAN..
APA PUN RASANYA TIDAK TERLEWAT LAGI AKU DAN FAMILI MENGUCAPAKAN SALAM AIDULFITRI KHAS BUAT PEMBACA BLOG MENITI TITITAN HASRAT...

Tiada ulasan: