Sabtu, 11 Jun 2011

EMMM.......... ALAHAI.....!!!!!

Aku rasa korang mesti tau apa dia benda ni...
Tapi Generasi zaman akan datang
sure
tak kenal dan tak merasa mendengar lagu dari benda ini...
iaitu CASSETTE @ TAPE....
Dulu, zaman aku muda remaja
bendalah salah satunya sumber untuk berhibur..
Dan harganya agak murah..
Nak dengar lagu guna radio rumah, Radio dalam kereta @ walkmen...
tapi bila dah ada CD benda ni dah kurang orang gunakan...
Sekarang ni nak dengar lagu boleh guna MP3, MP4 dan sebagainya.
Download aje di internet lagu apa yang korang suka...
Dah boleh dengar...
Dan cassette ni semakin hari semakin dilupakan....
Aku tunjukkan benda ni kat anak aku,
Diaorang pun tanya aku semula:
"APA ni, Daddy...???"
Aku pun katalah fungsi cassette ni kat dia
tapi
aku tak boleh nak putarkan tape ni nak beri dia dengar sebab
aku tak ada Radio yang boleh memutarkan tape ni,
nak pasang dalam kereta pun..
kereta aku dah guna radio yang moden
tak ada tempat untuk aku memutarkan tape ni.
Kesian anak aku....!!!!!
Inilah namanya putaran kehidupan.
dan zaman semakin maju...
Kalau zaman kita dulu,
kita tak merasa nak dengar lagu dari
"PIRING HITAM"
sekarang ni
Generasi baru pula tak merasa
nak dengar lagu dari Cassette...!!!!
Cassette ni dah boleh dikira barang ANTIK....!!!!!

1 ulasan:

..::SangRatoo::.. berkata...

weh...adehh..teringat..malam² selalu tunggu kul 9 nak rakam lagu dengar radio..hehehhe