Rabu, 8 Februari 2012

RAGAM MANUSIA.

Hai semua pembaca budiman.
Lama sudah aku tak membuat entry dekat Blog ini.
Kiranya inilah entry pertama aku bagi tahun 2012 untuk blog lama ini.





RAGAM MANUSIA
Tajuk entry aku kali ini.
Bercerita tentang ragam manusia ini
memang banyak sangat.





LAGAK NGERI MEWAH..???
Ada yang hidup Sederhana tapi lagak macam hidup mewah.
padahal
Hutang keliling pinggang.
Muka tembok aje
bila hutang tak bayar...
kita ini biar nampak hidup Sederhana
tapi hakikatnya kita mewah.


Perasan Cantik / hensem..??
ini lagi satu..
Bagi aku Cantik tu bukan sekadar paras rupa aje.
tapi
hati tu ikhlas.
kerana keiklasan itu akan terpancar dimuka
membuatkan kita cantik dipandang..
Setakat TEPEK bedak sekilo kat muka
untuk menutup Jeragat
itu bukan cantik...!!!!
itu TEPONG KOMAK..




LAGAK NGERI BAIK...???
ini lagi satu..
berlagak baik mengalahkan MALAIKAT.
Padahal hati JAHAT.
Kalau hidup dizaman FIRAUN
sure Firaun ambik untuk dijadikan PENASIHAT beliau.




SUKA AMBIK KESEMPATAN..???

Yaaaa....!!!
ini lagi satu ragam manusia,
Suka ambik kesempatan pada orang lain.
Berbuat baik pada orang / rakan
pada hal ada MAKNA disebaliknya...
Habis dikikisnya sesiapa sahaja yang boleh dikudanya...
Bila dah tak boleh ditunggangnya KUDA itu
maka kuda itu akan di BUSUK SEBUSUKNYA..!!!
mulalah
Adegan
pergaduhan yang berpanjangan.
Bila dah gaduh semua yang Buruk akan keluar.
padahal masa berkawan dulu
kalau boleh nak TATANG kawan tu.
kalau boleh
kalau kawan tu berak nak di cebukkannya...!!!
Entahlah....
Banyak sebenarnya ragam manusia yang aku nak cerita disini.
Aku ni pun bukanlah baik sangat
ada juga yang tak berapa nak betul..
tapi kita hidup ini
kalau masih ada hati untuk berubah
menjadi baik
berubahlah perlahan lahan.
Dan perubahan itu biarlah ikhlas.


Entry ni
bukan nak tuju pada sesiapa
tapi kalau ada yang sentap / meraung
membacanya
harap maaf...