Gambar sewaktu perkahwinan aku dulu....


Rabu, 29 Oktober 2008
Selasa, 28 Oktober 2008
AKTIVITI RIADAH
Ini pula aktiviti Riadah MATRADE...Baju hijau sewaktu sukan AGENSI MITI..Matrade berjaya meraih banyak KEMENANGAN dalam pelbagai acara..Sukan ni berlangsung di PUSAT LATIHAN BSN,BANGI..Sekali lagi MATRADE telah berjaya merangkul JOHAN KESELURUHAN..Cayalah ATLIT ATLIT MATRADE yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengharumkan nama MATRADE.....
SENAM SENI ANJURAN KEKKWA
MATRADE CULTURE GROUP
Ini pula adalah kumpulan KEBUDAYAAN MATRADE..terdiri daripada staf MATRADE sendiri.. Kumpulan ini telah lama tertubuh dan atas dasar MINAT dan KOMITMEN yang tinggi Kump KEBUDAYAAN ini masih teguh berdiri... Sering juga membuat persembahan untuk event-event MATRADE. Selalunya untuk acara DINNER... Sebut sahaja HOTEL FIVE STAR di sekitar KL semuanya kami pernah beraksi....Sering juga memasuki pertandingan anjuran KEKKWA dan badan badan yang lain...Yang paling membanggakan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong.... Syabas dan Tahniah....
KUMPULAN KOIR MATRADE.
Kumpulan koir MATRADE ini juga sering di panggil utk membuat persembahan di sekitar KUALA LUMPUR..Kami juga pernah membuat persembahan di ISTANA KAYANGAN SELANGOR sempena Hari KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR.. Banyak juga kenangan pahit dan manis yang di lalui bersama kumpulan koir MATRADE ini...dan sehingga sekarang kumpulan koir MATRADE ini masih UTUH dan TEGUH.....
Bersama Bekas Menteri....
Ini pula gambar aku bersama dengan BEKAS MENTERI MITI siapa yang tak kenal beliau, Beliau juga merupakan KETUA WANITA UMNO....Tan Seri RAFIDAH AZIZ.. namun jodoh beliau untuk menjadi MENTERI di KEMENTERIAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA tidak panjang setelah Perdana Menteri Dato seri Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak memerlukan khidmat dan keparan beliau menjadi Menteri dalam bidang perdagangan walaupun pada PILIHANRAYA beliau menang...apa nak buat REZEKI setakat itu saja.......
Gambar ini sewaktu Dinner sempena ANUGERAH INDUSTRI PERINGKAT KEBANGSAAN.Bertempat di Genting Highland Convention Centre..kalau tak silap aku tahun 2006...
KENANGAN LALU.....

Sabtu, 25 Oktober 2008
25.oktober.2008
Kedua mertuaku akan berangkat menjadi tetamu Allah pada 01.11.2008 (Sabtu)...Penerbangan pertama menuju ke Mekah...
Aku sekeluarga mendoakan semoga kedua mertuku akan selamat sampai..dianugerahkan kesihatan yang baik...permudahkan segala urusan mengerjakan haji...dan selamat pulang semula ke Tanahair....
Khamis, 23 Oktober 2008
KENANGAN 2007
RAYA 2008
Perancangan awal nak beraya diutara tapi bila last minit My Wife tak dapat cuti so tukar plan beraya di rumah N.sembilan.
Aku tak kisah beraya dimana2 pun...sama aje...!!!!!
AIDA SYADIENA ILLIESYA BINTI SHAHADAN
AIDID AIRIEL SYAHREZA BIN SHAHADAN.
Amat senang menjaganya kerana tidak banyak kerenah...
Mudah tersenyum tapi bila dapat menangis ia akan melontarkan suaranya sekuat yg boleh...Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yg berani melontarkan suaranya bagi membela nasib rakyat ketika itu... INSYAALLAH.....
Mak & Ayah ku cakap, kalau aku nak tengok muka aku pada zaman BABY tengok aje si Airiel ni...Entahlah...
mak aku cakap...sepupu aku pun ramai yg panggil Airiel ni SHAHADAN JUNIOR....Iyalah...dah aku bapaknya so memanglah ada sikit2 iras2 aku...kah..kah..kah.....
Apapun aku memang sayang sangat dia...
Rabu, 22 Oktober 2008
Rentetan perkawinan.....
SWEETMEMORIES.......
perkenalan bermula pada tanggal 14.Febuari.2001 di Hospital Besar Seremban...Setelah mengenali hati budi kami mengambil kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada tanggal 16.Febuari.2002...Pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama sewaktu dialam pertunangan...6 bulan berikutnya kami pun bersetuju disatukan dengan ikatan yg sah dengan mendirikan Masjid pada tanggal 18.Ogos.2002..Dengan 2 kali lafaz sewaktu diijabqabulkan kami sah bergelar suami isteri..kenduri meraikan mempelai sebelah perempuan dilangsung bersempena kemerdekaan Malaysia iaitu pada tanggal 31.Ogos.2002 dan majlis menyambut menantu sebelah lelaki diadakan pada minggu berikutnya iaitu pada tanggal 07. September.2002... Inilah kenangan yg tak mungkin kami lupakan..Dan setiap tahun pada tanggal 18.08 kami akan meraikan sebagai memperingatai saat manis ini...Diam tak diam rupa-rupanya kami sudah 6 tahun melayari bahtera perkahwinan ini...Rasanya masih baru saja ianya berlalu... mungkin kerana kasih sayang yg disemai dan disiram dengan cinta membuatkan kehangatan ini masih terasa...semoga Bahtera perkawinan kami ini akan kekal sehingga ke akhir hayat......