SWEETMEMORIES.......
perkenalan bermula pada tanggal 14.Febuari.2001 di Hospital Besar Seremban...Setelah mengenali hati budi kami mengambil kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada tanggal 16.Febuari.2002...Pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama sewaktu dialam pertunangan...6 bulan berikutnya kami pun bersetuju disatukan dengan ikatan yg sah dengan mendirikan Masjid pada tanggal 18.Ogos.2002..Dengan 2 kali lafaz sewaktu diijabqabulkan kami sah bergelar suami isteri..kenduri meraikan mempelai sebelah perempuan dilangsung bersempena kemerdekaan Malaysia iaitu pada tanggal 31.Ogos.2002 dan majlis menyambut menantu sebelah lelaki diadakan pada minggu berikutnya iaitu pada tanggal 07. September.2002... Inilah kenangan yg tak mungkin kami lupakan..Dan setiap tahun pada tanggal 18.08 kami akan meraikan sebagai memperingatai saat manis ini...Diam tak diam rupa-rupanya kami sudah 6 tahun melayari bahtera perkahwinan ini...Rasanya masih baru saja ianya berlalu... mungkin kerana kasih sayang yg disemai dan disiram dengan cinta membuatkan kehangatan ini masih terasa...semoga Bahtera perkawinan kami ini akan kekal sehingga ke akhir hayat......