Selasa, 4 Ogos 2009

ABAH MASUK HOSPITAL....











Jumaat lepas selepas waktu opis hour aku bergegas balik rumah di Sungai Buloh kemaskan kain baju untuk balik ke kampung Negeri Sembilan...
Selepas kemas kain baju dalam pkl 9.00malam aku bertolak balik ke N9..Terasa lain aje kali ni balik sorang ke kampung....
dalam pukul 12.30 tengah malam aku pun tiba di Kg N9..Aku drive tak laju...Maklumlah tak ada apa yang penting sangat untuk dikejar...
Kepulangan aku disambut oleh MAK yang tak tidur lagi sebab menunggu aku..Sepanjang perjalanan kerap juga mak call tanya lokasi aku dimana....
Cadangnya esok 01.08.2009 aku dan mak serta abah nak ke TANAH MERAH MELAKA menghadiri kenduri kawin saudara mak disana..
pukul 9.00 pagi mak kejutkan aku suruh aku bawa abah ke Klinik untuk check coz abah tak sehat...Rupa rupanya malam tu abah dah dua kali rebah sebab pusing kepala...
Aku pun bawa abah ke klinik RAAMA Rompin...Doktor check BP abah..terlalu rendah iaitu 70/50..dan doktor sarankan abah dibawa ke Hospital dengan segera...
aku dan Mak pun hantarlah abah ke HOSPITAL TUANKU AMPUAN AMINAH,Kuala Pilah...sampai disana abah admit ward 3...Abah dimasukkan 4 botol air...tujuannya untuk menaikan semula tekanan darah abah...
Mak nak tunggu abah disana tapi abah kata tak perlu coz rasanya dah stabil sikit...
dan jururawat pun ada...so tak perlulah bimbang...
Aku pun balik ke pasir dalam pukul 4.00ptg.... Biarpun hati ni berat nak tinggalkan abah tapi abah yang tak mahu ditunggu....

Tiada ulasan: