Khamis, 31 Disember 2009

KEMALANGAN NGERI BAS SANI EXPRESS




Kenduri sudah selesai...Aku pun dah habis cuti..So bertolak balik ke KL semula. Bertolak hari Sabtu sebab aku nak pergi rumah adik aku (ATAM) di Parit Buntar Perak.Tido semalam disana.
Ahad aku bertolak ke Ipoh,Ziarah mak sedara my Wife yang diserang sakit Angin Akhmar.
Setiba di Ipoh, Lalu depan balai polis Ipoh,Terlihatlah aku BAS SANI EXPRESS yang terlibat dalam kemalangan yang meragut 10 nyawa penumpangnya.
Memang Ngeri tengok keadaan bas itu..Bau darah pun masih kuat lagi..
Kepada keluarga dan Saudara mara mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu diucapkan TAKZIAH.

Tiada ulasan: