Selasa, 28 Oktober 2008

AKTIVITI RIADAH



Ini pula aktiviti Riadah MATRADE...Baju hijau sewaktu sukan AGENSI MITI..Matrade berjaya meraih banyak KEMENANGAN dalam pelbagai acara..Sukan ni berlangsung di PUSAT LATIHAN BSN,BANGI..Sekali lagi MATRADE telah berjaya merangkul JOHAN KESELURUHAN..Cayalah ATLIT ATLIT MATRADE yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengharumkan nama MATRADE.....
Baju hitam pula sewaktu sukan dalaman MATRADE...Ianya berlangsung di STADIUM KAMPUNG BARU,KUALA LUMPUR...Sukan dalaman ini antara staf MATRADE sahaja..Macam sukan masa sekolah dulu..ada rumah rumah...macam kumpulan aku pula namanya KUMPULAN LEKIU...Banyak juga acara yang kami menang...jangan tak caya kumpulan kami ini juga berjaya merangkul JUARA KESELURUHAN....

SENAM SENI ANJURAN KEKKWA


Ini juga salah satu aktiviti yang aku ikuti...PROGRAM SENAM SENI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN KEKKWA pada awal tahun 2008...Ianya berlangsung di DATARAN MERDEKA....Seronok sangat sebab semua agensi kerajaan menghantar wakil..Termasuk juga dari sektor SWASTA, Budak2 Sekolah Rendah dan menengah,IPTA dan IPTS...Hampir 40 ribu membanjiri Dataran Merdeka seawal pagi lagi hinggalah tengahari...Biarpun terpaksa bersenam dalam bentuk tarian hampir 1 jam tak terasa kepenatannya....Ada LINTAS LANGSUNG juga dipancar ke TV menerusi program SELAMAT PAGI MALAYSIA oleh RTM dan MALAYSIA HARI INI oleh TV3...

MATRADE CULTURE GROUP



Ini pula adalah kumpulan KEBUDAYAAN MATRADE..terdiri daripada staf MATRADE sendiri.. Kumpulan ini telah lama tertubuh dan atas dasar MINAT dan KOMITMEN yang tinggi Kump KEBUDAYAAN ini masih teguh berdiri... Sering juga membuat persembahan untuk event-event MATRADE. Selalunya untuk acara DINNER... Sebut sahaja HOTEL FIVE STAR di sekitar KL semuanya kami pernah beraksi....Sering juga memasuki pertandingan anjuran KEKKWA dan badan badan yang lain...Yang paling membanggakan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong.... Syabas dan Tahniah....

KUMPULAN KOIR MATRADE.

Inilah Barisan AHLI KOIR MATRADE yang sering memberi saingan terdekat kepada kumpulan koir KEBANGSAAN sewaktu COMPETATION..Ahli kumpulan koir MATRADE ini terdiri dari 26 orang..Guru Vokalnya pula ialah PN SITI HAJAR ISMAIL... Siapa yang tak kenal dengan cikgu Siti Hajar..Guru Vokal bagi rancangan realiti hiburan AKADEMI FANTASIA ..bermakna saya sama guru dengan juara AF musim pertama sehingga ke 4 dan ke 6..
Kumpulan koir MATRADE ini juga sering di panggil utk membuat persembahan di sekitar KUALA LUMPUR..Kami juga pernah membuat persembahan di ISTANA KAYANGAN SELANGOR sempena Hari KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR.. Banyak juga kenangan pahit dan manis yang di lalui bersama kumpulan koir MATRADE ini...dan sehingga sekarang kumpulan koir MATRADE ini masih UTUH dan TEGUH.....

Bersama Bekas Menteri....



Ini pula gambar aku bersama dengan BEKAS MENTERI MITI siapa yang tak kenal beliau, Beliau juga merupakan KETUA WANITA UMNO....Tan Seri RAFIDAH AZIZ.. namun jodoh beliau untuk menjadi MENTERI di KEMENTERIAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA tidak panjang setelah Perdana Menteri Dato seri Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak memerlukan khidmat dan keparan beliau menjadi Menteri dalam bidang perdagangan walaupun pada PILIHANRAYA beliau menang...apa nak buat REZEKI setakat itu saja.......

Gambar ini sewaktu Dinner sempena ANUGERAH INDUSTRI PERINGKAT KEBANGSAAN.Bertempat di Genting Highland Convention Centre..kalau tak silap aku tahun 2006...

KENANGAN LALU.....

Kenangan sewaktu berlangsungnya OIC,IDB di PICC putrajaya...Kalau tak silap tahun 2005..Sewaktu ini aku bertugas sebagai penyambut tetamu di Booth tourism Malaysia...Inilah salah satu Foto yang akan menjadi kenangan sebelum Perdana Menteri yang ke 5 ni berundur dari tahta utama kerajaan Malaysia....

Sabtu, 25 Oktober 2008

25.oktober.2008

Sewaktu coretan ini aku berada di Sungai Petani,Kedah......Balik rumah mertuaku kerana esok ada kenduri...Kenduri Kesyukuran dan Doa selamat...Maklum sahajalah Kedua dua mertuaku telah mendapat seruan utk menunaikan IBADAH HAJI...
Kedua mertuaku akan berangkat menjadi tetamu Allah pada 01.11.2008 (Sabtu)...Penerbangan pertama menuju ke Mekah...
Aku sekeluarga mendoakan semoga kedua mertuku akan selamat sampai..dianugerahkan kesihatan yang baik...permudahkan segala urusan mengerjakan haji...dan selamat pulang semula ke Tanahair....

Khamis, 23 Oktober 2008

KENANGAN 2007


inilah rakan rakan sewaktu buat show di Dinner INTRADE'07 di PWTC..

RAYA 2008

Gambar sewaktu dipagi raya pada tahun 2008...
Perancangan awal nak beraya diutara tapi bila last minit My Wife tak dapat cuti so tukar plan beraya di rumah N.sembilan.
Aku tak kisah beraya dimana2 pun...sama aje...!!!!!

AIDA SYADIENA ILLIESYA BINTI SHAHADAN


INILAH KESAYANGAN KU.....
Setelah 4 tahun menanti akhirnya Allah memakbulkan juga permintaan ku dengan menganugerahkan penyeri rumah kami...
namanya AIDA SYADIENA ILLIESYA BINTI SHAHADAN.
Lahirnya pada tanggal 20.Ogos.2006..(2 hari selepas tarikh perkahwinan ku). Tempat kelahirannya Hospital Besar Kuala Lumpur...
Nama manjanya E'sya tapi bila balik utara famili sana panggil dia BALKISS...
Lahir awal dari yg dijangkakan...kiranya BABY PRAMATANG..Sewaktu baru 7 bulan dia dah tak sempat2 nak tengok dunia...Sewaktu menunggu detik kelahirannya hatiku berdebar..Perasaan ketika itu tidak dapat nak ku gambarkan dengan kata2..Hanya Allah saja yang tahu...Maklum sajalah anak sulong..Al-hamdulillah segala-galanya selamat...
Sekarang ni usianya sudah 2 tahun...Seronok melihat telatah dan kerenah dia ni...Balik kerja walau sepenat mana pun tetap juga akan melayan kerenahnya..
E'sya memang suka MELAWA...BERGAYA..dan Kalau pergi shoping complex pasti akan minta beli KASUT BARU..
setakat ni Koleksi kasut dia memang banyak..ada berbelas pasang...Biasalah ANAK DARA memang suka menghias diri...
Pantang juga mendengar lagu....pasti akan buka STEP...Ikut sapa...??? Entahlah... Suka juga tengok karton.. klu tengok TV dengan dia kena sabar sbb banyak sangat soalan..
E'sya...Nanti daddy beli kilang kasut.....HA..ha..ha......................!!!!

AIDID AIRIEL SYAHREZA BIN SHAHADAN.

Inilah Putera Kebanggaanku.... Namanya AIDID AIRIEL SYAHREZA BIN SHAHADAN.Lahirnya pada 08.03.2008...Bertempat di Hospital Sungai Buloh,Selangor. Ketika itulah Rakyat Malaysia sedang menghadapai PILIHANRAYA untuk menentukan Kerajaan Malaysia...
Amat senang menjaganya kerana tidak banyak kerenah...
Mudah tersenyum tapi bila dapat menangis ia akan melontarkan suaranya sekuat yg boleh...Mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yg berani melontarkan suaranya bagi membela nasib rakyat ketika itu... INSYAALLAH.....
Mak & Ayah ku cakap, kalau aku nak tengok muka aku pada zaman BABY tengok aje si Airiel ni...Entahlah...
mak aku cakap...sepupu aku pun ramai yg panggil Airiel ni SHAHADAN JUNIOR....Iyalah...dah aku bapaknya so memanglah ada sikit2 iras2 aku...kah..kah..kah.....
Apapun aku memang sayang sangat dia...

Rabu, 22 Oktober 2008

Rentetan perkawinan.....



SWEETMEMORIES.......

perkenalan bermula pada tanggal 14.Febuari.2001 di Hospital Besar Seremban...Setelah mengenali hati budi kami mengambil kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada tanggal 16.Febuari.2002...Pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama sewaktu dialam pertunangan...6 bulan berikutnya kami pun bersetuju disatukan dengan ikatan yg sah dengan mendirikan Masjid pada tanggal 18.Ogos.2002..Dengan 2 kali lafaz sewaktu diijabqabulkan kami sah bergelar suami isteri..kenduri meraikan mempelai sebelah perempuan dilangsung bersempena kemerdekaan Malaysia iaitu pada tanggal 31.Ogos.2002 dan majlis menyambut menantu sebelah lelaki diadakan pada minggu berikutnya iaitu pada tanggal 07. September.2002... Inilah kenangan yg tak mungkin kami lupakan..Dan setiap tahun pada tanggal 18.08 kami akan meraikan sebagai memperingatai saat manis ini...Diam tak diam rupa-rupanya kami sudah 6 tahun melayari bahtera perkahwinan ini...Rasanya masih baru saja ianya berlalu... mungkin kerana kasih sayang yg disemai dan disiram dengan cinta membuatkan kehangatan ini masih terasa...semoga Bahtera perkawinan kami ini akan kekal sehingga ke akhir hayat......

KELUARGA KU YANG TERSAYANG


Nama: SHAHADAN BIN BAHARUDIN.


Isteri: AZLIENA BINTI ABD AZIZ.


Puteriku: AIDA SYADIENA ILLIESYA BINTI SHAHADAN.


Puteraku: AIDID AIRIEL SYAHREZA BIN SHAHADAN.

Puteri Bongsu: AIDA ERYNA QAIREEN BINTI SHAHADAN

INILAH KELUARGAKU...INILAH KECERIAN HIDUPKU...SEMOGA KEBAHAGIAN INI AKAN TERUS BERKEKALAN SEHINGGA KEAKHIR HAYATKU......

Mulanya disini

Segalanye coretan kisah hidupku akan aku luahkan disini...