Ahad, 31 Januari 2010

SEISI MENGIMBAU KENANGAN LALU...




Semalam aku ke Kajang.Bertemu dengan sahabat lama yang telah 20 tahun tak jumpa. Mula mula dalam 9 orang tapi atas sebab sebab yang tak boleh di elakan hanya kami sahaja yg bertemu.
Sani, Nuar dan Kamal. Nuar dan Kamal sanggup datang dari Seremban.
berjumpa jam 9 malam berlarutan sehingga 1.00pagi.. Dari medan selera Sate Kajang sehingga ke perkarangan masjid Kajang kami bersembang.
Keseronokan dan kegembiraan tak dapat nak katakan..Banyak cerita silam sewaktu si sekolah Men Agama Rendah Repah diimbas semula.
Ramai juga kengkawan lama yang masih dicari. tapi Al-hamdulillah ada juga yang masih dapat dihubungi. Dan ada juga yang tak dapat dikesan.

Khamis, 28 Januari 2010

DEMAM

Sesampai aje di Pintu Rumah, Aku tengok my princess tengah baring depan TV. Perkataan yang keluar dari mulut dia "DADDY, KAKAK DEMAM..."Sepatutnya my princess ke sekolah KUMON. Tapi memandangkan kesihatan dia tidak memuaskan so tak pergilah dia.
Kesian pula aku tengok dia.. My Princess ni kalau DEMAM akan diam dan senyap serta buat hal sendiri.. Mulut pun terkunci...Dia ni JARANG sangat Demam tapi klu Demam agak teruk sikit..
Dia bukan macam sesetengah budak bila demam akan merenggek nak perhatian, tapi E'sya tak macam tu, kita pula yang kesian tengok dia...!!!
Nasib baik my wife NURSE so dia tahu apa nak buat..TERMOMETER untuk sukat suhu memang ada so my wife yang akan pantau segalanya..
Risau juga bila tengok anak kurang sehat ni.. Iyalahkan sekarang ni Demam ada macam macam jenis.. Minta minta dijauhkanlah....

SAHABAT LAMA

Mohd Kamal bin Abu Hassan. Kawan sekolah aku dulu, Sekarang ini menetap di Seremban, N. Sembilan Darul Khusus. Bertugas di Majlis perbandaran Sepang.
Last jumpa dia sewaktu aku bersekolah di SMA Repah Tampin N.Sembilan tahun 1989.
Sekarang ini ada juga 5-6 orang sahabat di sekolah SMA Repah yang dapat aku hubungi semula.
Semoga persahabatan yang pernah terjalin satu ketika dulu akan bersambung semula setelah hampir 23 tahun terputus...

SABTU....HUTAN LIPUR AMPANG.

AKSI MY PRINCESS & MY PRINCE DI HUTAN LIPUR AMPANG.
SERONOK BERENDAM
GAYA GAYA DARI MY PRINCE
Sabtu petang Mak dan Abah nak pergi ke BUKIT BELACAN,AMPANG. Nak jumpa kawan lama dia. So lepas makan tengahari kitaorang bergerak kesana.
Kebetulan disana ada HUTAN LIPUR AMPANG so aku pun bawalah anak anak mandi manda disana. Sementara mak dan abah bersembang dengan kawan lamanya itu. Kawan yang sudah hampir 15 tahun tak jumpa..
My prince & My princess memang seronok sakan dapat berendam..

PAGI SABTU....PASAR...

Pagi sabtu my wife sibuk nak kepasar besar Sg Buloh.Nak beli lauk utk makan tengahari sebab mak dan abah akan sampai dari rumah nani di Parit Buntar, Perak. Tengah pilih sayur..
E'sya dan Aidid pun turut sibuk juga.
Apa sayur nak ambik lagi ni...!!
Ini dia kegemaran saya...Dah jumpa....!!!!!

Sabtu, 23 Januari 2010

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.

Ucapan TAKZIAH kepada seluruh keluarga kerabat diraja Johor dan seluruh rakyat negeri Johor .
AL -FATIHAH

Jumaat, 22 Januari 2010

ANAK SEDARA JALANI PEMBEDAHAN.

20.Januari anak sedara (Anak adik aku NANI) menjalani pembedahan di Hospital Taiping.
Mohd khairul Syakirin Dzil Ikhram berusia 4 tahun. Tua 2 bulan dari my princess.
Sebab itu mak dan abah pergi sana. Menjalani pembedahan jam 8.30pg.
Aku suka kat dia ini sebab MULUT dia agak petah bila bercakap..
Malam Sebelum pembedahan dia sempat call aku,
Dia kata "Pak teh, Adik ada kat Hospital ni, Pak teh tak datang ke..?? kalau pak teh tak datang tak apalah, nanti adik suruh Umi ambik gambar adik dan beri pada pak teh...
Maaflah adik (panggilan manja dia) Pak teh tak dapat nak datang ziarah. Apapun nanti kita jumpa pak teh beri HADIAH..OK...
Al-Hamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar..

Khamis, 21 Januari 2010

BERSAMBUNG SEMUA IKATAN YG LAMA TERHENTI.

Hari ini biarpun dalam keadaan susah hati sebab kehilangan wallet tapi ada juga berita gembira yang aku terima.
Dalam kesibukan aku menguruskan untuk membuat IC tengahari tadi aku dapat panggilan dari seorang sahabat lama sewaktu aku di sekolah Men agama Repah Tampin (1987-1989).
Semenjak dari tahun 1989 sehinggalah kehari ini (23 tahun) aku tak mendengar cerita dia, tetiba hari ini dapat call dari dia.
Thanks you ANUAR coz call dan ingatan awak kat aku, Bila dah dapat contact Nuar, aku pun tanyalah no phone sahabat baik aku, KAMAL ABU HASSAN.
Ptg tadi aku call KAMAL, seronoknya dapat sembang dengan member lama, apatah lagi dah 23 tahun tak dengar cerita, banyak cerita dibualkan. sempat juga kamal bercerita tentang masalahnya pada aku... Aku memang ada cari Kamal tapi tak ketemu..Rupanya kamal pun ada juga berusaha untuk menjejaki aku..Akhirnya dapat balik berhubung semula..
Hari ini aku berbicara semula dengan kengkawan yg sudah hampir 23 tahun tak bersua,
Anuar, Kamal, Ahmad Sherwani dan Azlan.. Bila dapat berhubung semula dengan kengkawan di Repah ini, Teringat dan terimbas kembali zaman itu dan terasa rindu sesangat saat saat itu.
Tapi apakan daya semua itu tidak akan berulang kembali... Hanya kenangan yang indah terpahat dan terpatri di hati...

KEHILANGAN....!!!!!

Semalam 20hb Januari. Aku kehilangan WALLET. Rasanya tercicir dijalanan sewaktu balik dari kerja @ mungin tercicir sewaktu aku hantar My Princess ke sekolah KUMON.
Kad pengenalan, Lesen memandu, ATM kad dan kad Kredit semua ada kat dalam tu... Jenuh satu rumah aku cari tapi hasilnya menghampakan.
Hari ini 21 Januari, Aku ambik cuti untuk settle semuanya.. First sekali aku call bank untuk block semua akaun aku. Lepas tu pergi Jabatan Pendaftaran Negara di Kepong untuk buat kad pengenalan baru, Selepas tu aku ke JPJ di MAJU JUNCTION pula untuk buat LESN MEMANDU. Sebelum balik singgah MAYBANK WISMA SIME DARBY untuk buat kad ATM yang baru. Kad Credit pula satu minggu waktu berkerja akan siap..
Apa nak buat dah takdir Atau aku yang cuai..???

Isnin, 18 Januari 2010

MEDICAL CHECK-UP.

Hari ini 18hb bawa my wife ke KLINIK KESIHATAN SG BULOH sbb my wife nak medical check-up kandungannya yang dah masuk 4 bulan.

Tiba di hospital jam 8.15 pagi. Puas menunggu untuk berjumpa doktor, Jam 10 lebih baru my wife di panggil. Aku dah angin aje satu badan sebab lama menunggu. Rasanya waktu jumpa doktor sekejap aje tapi waktu menunngu lebih lama...MY WIFE SEWAKTU MENGAMBIL TEKANAN DARAH.




RAMAI YANG MENUNGGU LAMA UNTUK MENANTI GILIRAN DI PANGGIL.

MAK ABAH...

Pagi sabtu mak call , Dia kata Isnin nanti nak ke Rumah Atam di Parit Buntar perak kerana anaknya akan masuk Hospital Taiping pada 19hb dan 20hb akan Operation. So mak & abah nak ada sana ajelah.. Iyalah nenek dan atuk mana yang tak sayang cucu.
Mak & Abah datang naik kereta dari N.sembilan pastu naik KERETAPI dari Sg Buloh ke Parit Buntar so kereta parking di rumah aku,
Entah macamana tengahari tu mak & abah ubah rancangan pula. Mak & abah datang umah aku hari sabtu,dalam pukul 6.30ptg mak & Abah sampai. Tidur semalam rumah aku.Mak Dan Abah sewaktu di railway stationAhad,17hb hantar mak & abah ke Station keretapi.sepatutnya keretapi pkl 9.50mlm tapi ada train problem so mak & abah bertolak jam 11.00 malam.
Isnin 18hb jam 5.30pg mak & abah dah selamat sampai di Parit Buntar Perak. Berapa lama mak & abah disana tak pasti lagi....MY PRINCE DAN MY PRINCESS BERGAMBAR DENGAN ATUK DAN MAK WAN.SEMPAT LAGI MY PRINCE DAN MY PRINCESS BERPOSING.
MY PRINCESS BERSAMA ATUK
MY PRINCE BERSAMA ATUK JUGA...
MAK WAN PUN SEMPAT JUGA BERGAMBAR DENGAN MY PRINCESS
MY PRINCE JUGA NAK BERGAMBAR NGAN MAK WAN.

Jumaat, 15 Januari 2010

GERHANA MATAHARI HARI INI

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada Jumaat ini, bermula pada pukul 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 4.26 petang.Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.Jakim juga melalui Cawangan Falak akan mengadakan solat sunat kusuf di masjid-masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada pukul 3.45 petang.Selain itu, katanya aktiviti cerapan juga akan diadakan di keempat-empat masjid tersebut dengan kerjasama seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.Jakim menjadikan Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi utama bagi menunaikan solat sunat kusuf, aktiviti cerapan dan pameran.Di samping itu, katanya orang ramai juga dijemput mendengar ceramah berhubung fenomena itu yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula pada pukul 2.45 petang iaitu sebelum solat sunat kusuf disempurnakan.Ceramah yang akan mengupas tajuk Fenomena Gerhana Matahari itu akan disampaikan oleh Dr Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Jakim juga menyeru semua masjid dan surau di negara ini agar dapat mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat sunat kusuf.

Khamis, 14 Januari 2010

MAK NGAH DI HOSPITAL.

Rabu 13-01-10 jam 7.00pg, Mak ngah Call my wife. minta dan berharap sesangat My wife boleh temankan dia untuk buat KIMO di Hospital Kajang pada 14-01-10 Khamis.
Aku kata pergi ajelah coz takut apa apa terjadi menyesal pula. So my wife pun minta cuti pada 14hb tu.
Mak Ngah ini adalah mak sedara My wife, Adik kepada Allahyarhamah mak chak. Dia mengidap penyakit KANSER PAYUDARA.. Setelah membuang sebelah payudaranya kini dia menjalani rawatan KIMOTRAPI pula..
Ada kisah sedih tentang makngah ngan anak anaknya. Tapi tak perlulah aku catatkan di sini.
Pagi Khamis Jam 7.00pg,Selepas menghantar my princess dan Prince ke Taska.Aku hantar pula My wife ke Hospital Kajang. Aku lewat sikit masuk pejabat hari ini. Tapi tak mengapalah sebab rasanya orang sakit lebih penting apatah lagi saudara sendiri.
Sampai kajang jam 10.00pagi. Aku sempat ziarah mak ngah sebentar sahaja sebab aku nak kepejabat pula.My wife tinggal di Hospital Kajang menjaga mak ngah..
Petang selepas habis waktu kerja aku bergegas balik ke Rumah Sg Buloh untuk ambik putera puteri aku di Taska.
Selepas ambik anak di Taska aku ke Kajang untuk menjemput Isteri tercinta. Mak ngah pun dah selesai KIMO dan dibenarkan balik.
Aku pelawa mak ngah untuk tinggal dengan aku untuk beberapa hari memandangkan Mak ngah tinggal sorang diri tapi mak ngah menolak pelawaan aku. So aku pun menghantar mak ngah balik kerumahnya di cheras. Pukul 12.30 tengah malam baru aku sampai rumah.
Kesian My Wife keletihan apatahlagi sekarang ini kandungannya dah masuk 4 bulan. Tapi aku tak berkira sangat,Hati aku puas biarpun agak terkejar kejar hari ini. BERKORBAN sedikit demi seorang ibu saudara.

Rabu, 13 Januari 2010

MAK CHAK DALAM KENANGAN 4

Malam dalam pukul 10 lebih, My wife dapat berita mengatakan keadaan mak chak semakin tenat. Jam 11.20 malam Mak chak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kelilingi oleh anak dan menantunya. Jenazah di mandi dan di kafankan oleh pihak Hospital Ipoh. Jam 3.00 pagi jenazah dibawa balik ke Taman Ria,Sungai Petani. Jam 5 pagi jenazah sampai di perkarangan rumah.
Pukul 9.30 pagi Jenazah dibawa ke Kampung semeling. Disembahyangkan di Masjid Kg Semeling. Pukul 10.30 Jenazah dikebumi di Tanah perkuburan yang terletak bersebelahan Masjid.Tanah Perkuburan Islam Kg semeling, Sg Petani kedah.

Inilah Pusara Allahyarhamah Che Robiah binti saad.
Pukul 11 lebih segala urusan pengkebumian selesai. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan menempatkan rohnya bersama golongan orang yang beriman. Amin.. Al-Fatihah.

Selasa, 12 Januari 2010

MAK CHAK DALAM KENANGAN 3


Petang tu bertolak ke Taiping. Dan kami bermalam di Hotel Sri Malaysia. Ini kerana jika Mak Chak meninggal dunia kami akan terus balik ke Sungai Petani. Jika keadaan semakin Stabil esoknya aku bercadang untuk bawa my Princess dan My Prince ke ZOO Taiping. Dan sebelum Pulang ke Sg Buloh singgah semula ke Ipoh.Makan malam pula di MEDAN SELERA berhampiran Balai BOMBA Taiping. Seronok my Princess bertemu AYAH LANG dan Ibu. Pengatin Baru yang masih dialam HONEYMOON.Dan sewaktu makan inilah dapat kabar berita dari Ipoh,mengatakan doktor telah memberhentikan segala peralatan yang dipasang pada MAK CHAK kerana harapan agak tipis.
Aku berdoa agar segala galanya di permudahkan..

MAK CHAK DALAM KENANGAN 2


HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH PERAK


WARD 8, ICU. TINGKAT 8.
Setiba di Ipoh jam 4.30 pg, aku terus ke Rumah Kak Ayu (anak Chak). Memandangkan anak - anak sedang lena tidur kesian pula nak terus ke hospital.
So pagi tu tidur sebentar di rumah kak ayu, jam 12.00 T/hari baru kami semua ke Hospital.
Mak chak di masukkan di WARD 8 (ICU) Tingkat 8, memandangkan keadaannya yang KRITIKAL dan Tidak STABIL.
Duduk di Hospital Ipoh sehingga jam 7.00mlm. Memandangkan keadaan mak chak yang kritikal aku ambil keputusan untuk stay di Taiping.

MAK CHAK DALAM KENANGAN 1

Jumaat 10.30mlm aku mendapat panggilan dari mertua mengatakan MAK CHAK telah tenat dan sekarang berada di Hospital RAJA PERMAISURI BAINUN,Ipoh..
Mak chak adalah mak sedara my wife. Kakak sulong kepada mak mertua aku.
Pada bulan November tahun lepas dia jatuh kerusi dan mengalami retak tulang belakang, 5 minggu selepas itu terus diserang ANGIN AKHMAR pula.. Dan yang terbaru doctor mengatakan kedua dua BUAH PINGGANG telah ROSAK akibat KENCING MANIS yang tinggi.
Setelah mendapat panggilan itu, Aku dan famili pun bersiap untuk ke Ipoh pada malam itu juga. kami berangkat ke Ipoh jam 11.45 malam.
Tiba di Ipoh jam 4.30pg kerana aku Drive tak laju. Kalau ada rezeki untuk bertemu maka akan bertemu juga, kalau dah tak ada rezeki nak jumpa aku redha sahaja.

Selasa, 5 Januari 2010

REZEKI DARI ALLAH.....

Berita ini saya dah tahu 3 bulan yang lalu.. Tapi sengaja aje aku rahsiakan dulu. Sekarang ni kandungan my wife dah nak masuk 4 bulan. Perut pun dah mula membesar... Insyaallah...Kalau ada rezeki bulan 5 nanti akan adalah orang baru dalam keluarga aku. Happy sesangat rasanya.. Lelaki mahupun perempuan aku tak kisah yang penting sempurna dan sehat.

Isnin, 4 Januari 2010

KUMON (Pusat Perkembangan Minda Kanak - Kanak)


02 Januari 2010 Sabtu. Jam 3.30pm bawa My Princess ke KUMON (Pusat Perkembangan Minda Kanak Kanak) di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Daftar dan bayar yuran untuk my princess belajar di situ. My Princess ambil 2 subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Mathmetik. Satu matapelajaran RM120.00. Kelas 2 kali seminggu. satu seisi 2 jam.
waktu seisi Orentasi nampak OK aje....

Beg dan barangan sekolah my princess, Semua baru biar dia ada semangat nak ke sekolah. Nampak gayanya My Princess macam Excited.