Khamis, 14 Januari 2010

MAK NGAH DI HOSPITAL.

Rabu 13-01-10 jam 7.00pg, Mak ngah Call my wife. minta dan berharap sesangat My wife boleh temankan dia untuk buat KIMO di Hospital Kajang pada 14-01-10 Khamis.
Aku kata pergi ajelah coz takut apa apa terjadi menyesal pula. So my wife pun minta cuti pada 14hb tu.
Mak Ngah ini adalah mak sedara My wife, Adik kepada Allahyarhamah mak chak. Dia mengidap penyakit KANSER PAYUDARA.. Setelah membuang sebelah payudaranya kini dia menjalani rawatan KIMOTRAPI pula..
Ada kisah sedih tentang makngah ngan anak anaknya. Tapi tak perlulah aku catatkan di sini.
Pagi Khamis Jam 7.00pg,Selepas menghantar my princess dan Prince ke Taska.Aku hantar pula My wife ke Hospital Kajang. Aku lewat sikit masuk pejabat hari ini. Tapi tak mengapalah sebab rasanya orang sakit lebih penting apatah lagi saudara sendiri.
Sampai kajang jam 10.00pagi. Aku sempat ziarah mak ngah sebentar sahaja sebab aku nak kepejabat pula.My wife tinggal di Hospital Kajang menjaga mak ngah..
Petang selepas habis waktu kerja aku bergegas balik ke Rumah Sg Buloh untuk ambik putera puteri aku di Taska.
Selepas ambik anak di Taska aku ke Kajang untuk menjemput Isteri tercinta. Mak ngah pun dah selesai KIMO dan dibenarkan balik.
Aku pelawa mak ngah untuk tinggal dengan aku untuk beberapa hari memandangkan Mak ngah tinggal sorang diri tapi mak ngah menolak pelawaan aku. So aku pun menghantar mak ngah balik kerumahnya di cheras. Pukul 12.30 tengah malam baru aku sampai rumah.
Kesian My Wife keletihan apatahlagi sekarang ini kandungannya dah masuk 4 bulan. Tapi aku tak berkira sangat,Hati aku puas biarpun agak terkejar kejar hari ini. BERKORBAN sedikit demi seorang ibu saudara.

Tiada ulasan: