Khamis, 27 November 2008

BUAT SEKETIKA......

Hello kengkawan yg mengexplore BLOG saya ni..Saya minta MAAF BEBANYAK kerana buat masa sekarang ni sy tak sempat untuk mencoret cerita kerana kesibukan tugas dan waktu yang tidak mengizinkan....
Namun jangan RISAU dan KHUATIR kerana apabila semua dan keadaan telah mengizinkan saya akan mulakan semula coretan saya...
Berilah saya sedikit masa untuk bernafas lega dengan tanggungjawab kerja yang banyak ini...
Saya BERJANJI akan mula mencoret semula apabila keadaan telah pulih seperti sedia kala...
BERAPA LAMA...????? Itu saya tak pasti.....mungkin sebulan atau mungkin juga diawal tahun 2009
Namun apa yang pasti saya akan tetap akan mencoret juga disini....
untuk DULU...KINI...DAN SELAMANYA..........

Nantikan semula catatan saya yang akan datang dengan penuh cerita yang menarik........

Selasa, 18 November 2008

SHOW IN INTRADE'08











Penari lelaki kelab kebudayaan MATRADE


Inilah persembahan sewaktu DINNER INTRADE'08 oleh MATRADE DANCERS GROUP...
Sebanyak 7 tarian yang dipersembahankan pada malam itu untuk buyers dari oversea..
Memang memenatkan tapi kitaorang tetap ENJOY.. Rasa bangga pun ada sebab dapat menghiburkan odean.Disamping itu inilah masanya untuk kita menunjukan kepada Buyer dari oversea tentang kebudayaan dan warisan seni melayu didalam memertabatkan SENI MELAYU DI MATA DUNIA.






INTRADE 2008..

Alhamdulillah....
INTRADE'08 telah selamat MENUTUP TIRAI pada 16.November yang lepas.
Sekarang ni semua Staf MATRADE yang terlibat secara langsung boleh menarik NAFAS LEGA dan NYENYAK TIDUR...Iyalah INTRADE merupakan satu EVENT PERDAGANGAN YANG PALING BESAR dalam ASIA..
Banyak kenangan Pahit Manis yang dilalui sepanjang berlangsungnya INTRADE.Macam macam cerita didengar sewaktu mengendalikan lebih kurang 600 BUYERS dari luar negara..Pelbagai kerenah Buyer yang terpaksa dilayan dengan penuh kesabaran..Disamping itu Ramai juga pengunjung yang hadir menyaksikan EXHABITION INTRADE.
Apapun TANIAH dan SYABAS kepada semua warga MATRADE yang terlibat dalam menjayakan INTRADE'08 secara langsung ataupun tidak...
..BERSUA KEMBALI NANTI DALAM INTRADE 2009..

Khamis, 13 November 2008

INTRADE dan KLITF

Hari ini sudah selamatlah perasmian INTRADE'08 dan KLITF (Kuala Lumpur internasional trade forum) Bertempat di Dewan Utama MATRADE HALL jam 10.30pagi tadi...
Hampir 1000 orang memenuhi ruang didalam MATRADE HALL sewaktu acara OPENING CEREMONY yang telah diRasmikan oleh DATO'SRI MUHIYIDEEN YASSIN selaku MENTERI di KEM PERDAGANGAN DAN INDUSTRI LUAR MALAYSIA...
Mengikut perancangan awal sepatutnya dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi..Tapi atas sebab yang tak dapat dielak PM tidak dapat menghadirkan diri..
Manakala KLITF bermula jam 2.30ptg bertempat di MATRADE HALL juga.Ahli PANEL KLITF ialah TUN DR MAHATDIR MOHAMMAD, Chairman MATRADE TAN SRI DATO' SERI HALIM MAZMIN dan CEO MATRADE DATO'NOHARUDDIN NORDIN.
Banyak juga soalan yang dikemukakan oleh buyers dari negara negara luar dan company dari Malaysia sendiri.
Apapun memang kedua dua program ini adalah untuk menjana Ekonomi negara didalam bidang perdagangan...

12.NOVEMBER.............My Birthday...

Semalam 12.November.2008 merupakan ulangtahun kelahiran ku yg ke 34...
Al-hamdulillah...Syukur kepada Allah yang telah melanjutkan usia ku..Memberi ku kudrat untuk menjalani kehidupan didunia ini...
Apa yang tidak menyeronokan aku tidak dapat meraikanya bersama Isteri dan anak anak ku kerana kesibukan kerja..Tapi ucapan BIRTHDAY dari Isteri dan NYANYIAN lagu HAPPY BIRTHDAY dari anak ku E'sya melalui corong HANDPHONE membuat aku terasa cukup sayu..Terima kasih....
Satu kejutan juga aku terima apabila kawan kawanku dari AHLI KELAB KEBUDAYAAN MATRADE membuat SUPRISE PARTY...ketika seisi LATIHAN TARIAN untuk show sempena INTRADE'08...TERHARU sangat aku ketika itu... Terima Kasih KAK IMAH (Pengurus Kelab) yang menghadiahkan sebiji kek buat aku....
Kepada kawa2 yang memberi ucapan TERIMA KASIH banyak2 kerana mengingati HARI LAHIRku.... I LOVE YOU ALLS.....!!!!!

Selasa, 11 November 2008

AIDA dan AIDID..........



Inilah wajah ceria pengubat segala duka ku... Walau sepenat mana seharian berkerja....Bila sampai rumah disambut dengan Hilai Tawa putra dan puteri ku ini segala kepenatan terubat... Segala masalah terhapus rasanya.....
Aida dan Aidid... Ragam dan keletah kamu berdua buat Daddy dan Mummy rasa terhibur sangat... Daddy danMummy tak dapat nak gambarkan dengan kata - kata macam mana sayangnya kami pada kamu berdua..
Daddy love you forever and ever...............

Isnin, 10 November 2008



Inilah gambar sebelum kedua mertua saya berlepas ke Tanah Suci pada 03.November.2008..Gambar ini diambil di KOMPLEK JEMAAH HAJI BAYAN LEPAS, PULAU PINANG..Memang suasana pilu menyelubungi ketika itu..Namun kegembiraan terpancar diwajah kedua mertua ku..Maklumlah setiap orang memang mempunyai impian untuk menjadi TETAMU ALLAH.
Yang memakai jubah Hitam tu siapa lagi kalau bukan Puteri ku si AIDA SYADIENA ILLIESYA dan yang berbaju Belang tu pula putera ku AIDID AIRIEL SHAHREZA..Yang pakai singlet kuning tu anak buah ku MOHD IKHWAN RAIF..Inilah 3 0rang cucu kesayangan mertua ku...dan yang pasti AIDA SYADIENA tu merupakan cucu kesayangan mertua ku sbb dialah cucu tunggal perempuan...
Apapun ABAH & MAK bang long sekeluarga mendoakan semoga ABAH & MAK akan selamat menjalani Ibadah haji dengan Mudah..dan semoga mendapat HAJI YANG MABRUR...INSYAALLAH...
Kalau ada Rezeki dan umur yang panjang kita akan bertemu semula...AMANAH & PESANAN Abah & Mak tetap bang long ingati...

KESIBUKAN TERLAMPAU..........

Hai....Kepada semua...Sejak kebelakangan ni saya amat sibuk kerana terlibat dengan dua event yang besar..INTRADE '08 dan juga KLITF (Kuala lumpur internasional trade forum).
INTRADE '08 akan berlangsung pada 13hb hingga 17hb November.. INTRADE'08 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B Dato Sri ABDULLAH AHMAD BADAWI Jam 9.00 Pagi Bertempat di MATRADE HALL..Manakala KLITF pula akan di Rasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia TUN DR MAHADIR MOHAMMAD jam 3.00ptg di tempat yang sama.
Dijangkakan ramai Exporter dari seluruh dunia akan hadir pada kedua2 event ini... Boleh dikatakan disinilah ramai pedagang2 dari luar akan bertemu dengan syarikat2 dari Malaysia untuk urusan Pernigaan...
inilah salah satu bakti saya pada Negara Malaysia...Berkhidmat untuk MALAYSIA....

Rabu, 5 November 2008

STAF DARI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN



Inilah Staf MATRADE dari BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN. Bahagian yg paling ramai staf sbb dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan ini ada banyak unit-unit yang lain... Gambar ini di ambil sewaktu Bahagian kami menganjurkan Jamuan RUMAH TERBUKA sempena sambutan HARI RAYA AIDILFITRI 2008... Memang seronok bila sesekali dapat berkumpul seperti ini.... usik mengusik di iringi hilai tawa menambahkan lagi kemeriahan suasana...maklumlah Mood raya masih terasa lagi ketika itu.... Ditambahkan pula lagi PENGARAH KANAN kami En Jamaludin Hussain juga begitu sporting dan sangat friendly...Adakah tahun 2009 akan datang,detik meriah ini akan berulang lagi...???