Rabu, 30 Jun 2010

CUKUR RAMBUT ERYNA QAIREEN.

26 June, Sabtu lepas Rambut lebat Aida eryna Qaireen telah dicukurkan oleh ayah (Adik Ipar Aku). Picture ini pun my wife yang MMS kapada aku. Sebelum itu my wife dah tanya dengan saya dahulu sebab my wife nak saya ada @ tak sewaktu cukur rambut Qaireen.. Saya kata tak payahlah nak tunggu saya sebab saya pun tak berani sebenarnya nak cukur rambut baby ni...
So Ngah (ayah) yang cukurkan sebab dia yang berani.. Kebetulan ayah ada balik pula ke Sungai Petani...
Eryna Qaireen pula masa tu sudah 24 hari.. Qaireen ni baik juga ragamnya.. Al-Hamdulillah tak meragam waktu malam. Sama seperti Kakak E'sya dia dulu.
Oklah inilah cerita terbaru tentang My New baby...!!!!

Selasa, 29 Jun 2010

KEGEMBIRAAN

Lihat kegembiraan e'sya dan Aidid menyambut ahli baru dalam keluarga kami. Memang mereka berdua ini tak sabar sabar dengan kelahiran baby baru ini. Sewaktu masih dalam kandungan lagi kedua beradik ini selalu berkata kata di perut Mummynya...Pantang baby Qaireen ni berbunyi, kedua duanya akan berlari mendapatkan Qaireen kononnya nak memujuk.Tidur pun kalau boleh nak sebelah Qaireen. Harap harap mereka semua akan akrab sehingga besar nanti. Lagipun mereka hanya 3 beradik sahaja.E'sya sedang memangku Qaireen. E'sya ini memang dah nampak sifat penyayang dan bertanggungjawab terhadap adik, Maklumlah anak sulong..
Seronok dan Gembira aku melihat gelagat E'sya dan Airil menyambut baby Qaireen.

MIHAS DAH TAMAT

Last week dari 21 June hingga 27 June memang minggu yang sangat BZ dan memenatkan.. Iyalah sepanjang berlangsungnya MIHAS kerja pun bertambah.
Apapun 27 june yang lalu Tamat sudahlah MIHAS. Jumpa nanti di MIHAS 2011 di KLCC Convention Centre.. Pada 6-10 April 2011..
Bila dah Tamat MIHAS keadaan kembali seperti sedia kala. Rutin harian pun dah teratur semula, tak adalah nak terkejar kesana ke sini lagi.
Boleh sudahlah luangkan sedikit masa nak baca Blog kengkawan dan entry blog sendiri...

23 JUNE PERASMIAN MIHAS 2010

23 June 2010 perasmian MIHAS 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib bin Tun Razak di MATRADE Hall. Majlis berlangsung jam 3.00 petang. Memang ramai pengusaha/peniaga yang datang menyaksikan perasmian ini.
MIHAS sebenarnya sudah bermula pada 21 june, 2 hari sebelum tu sudah diadakan IBM. Program ini juga berlangsung di tingkat 2 menara MATRADE.Antara antara petugas yang gigih sewaktu perasmian.

NETWORKING RECEPTION MIHAS 2010

Salah satu Program sewaktu MIHAS ini ialah DINNER NETWORKING RECEPTION. Tarikhnya pada 23 June 2010. Selalunya aku dengan kengkawan dari Kelab Kebudayaan MATRADE akan membuat Show. Tetapi sejak 2 tahun ini kami semua dah tak larat nak buat show, Bukan apa banyak komitmen lain jadi terpaksa stop sementara waktu..Seronok juga majlis networking reception ni, bukan apa dapat juga berjumpa kengkawan dari bahagian lain.. Iyalahkan dah berlainan floor ni susah sikit nak jumpa.Lebih daripada Buyurs ni....!!!
Bekas bekas penari MATRADE yang dah Pencen.
Ramai lagi yang ada tapi ini antara yang selalu buat "KECOH"

Isnin, 21 Jun 2010

DAH MULA BZ.........!!!!

21 JUNE 2010...Minggu ini bermula dari hari ini MATRADE mulai sibuk kerana Event MIHAS (MALAYSIA INTERNASIONAL HALAL SHOWCASE) yang berlangsung di perkarangan MATRADE. Mihas bermula pada 23 JUNE sehingga 27 June (Rabu hingga Ahad). Namun IBM sudah bermula hari ini.. Buyurs dari Oversea juga sudah ramai yang hadir.
SELAMAT BERKERJA KITA SEKUATNYA DEMI MENJAGA NAMA BAIK MATRADE DAN JUGA NAMA MALAYSIA.... ( Kata kata dari Dzulkefli Mahmood)

GAMBAR TERBARU.....

Inilah gambar terbaru yang aku rakam bersama Isteri Tercinta. Ketika ini my wife dah 10 hari dalam Pantang... Kiranya gambar dia dalam pantang di Sg Petani, Kedah..
Ina adalah seorang isteri yang baik. yang memahami aku, seorang yang sabar, seorang yang penyayang, Rajin, Sporting.. Dalam soal kerjanya pula, dia seorang yg serius dan komited tentang kerjanya... seorang yang bertanggungjawab...!!!
Dari segi sebagai seorang ibu pula dia cukup prihatin tentang anak anak. Begitu mengambil berat tentang makan pakai anak... Yess...dia penuh sifat Keibuan...
Bagi aku banyak ciri ciri wanita @ Isteri idaman aku ada padanya... boleh dikatakan 90%.....
Bukanlah aku sekadar ingin memuji dia tapi itulah kenyataan dan realitinya... Aku berbangga menjadi Suami padanya dan merasa amat bertuah dapat memilikinya...
Sayang...percayalah abang tidak pernah memungkiri janji yang pernah kita buat dahulu... Kasih sayang abag terhadap ayang tetap tak pernah berubah... dan tiada siapa pun yang layak mengantikan tempat ayang di hati abang....!!!!
I LOVE YOU SO MUCH....!!!!

McD.....!!!! BUKIT RAHMAN PUTRA SG BULOH

Semalam 19hb (Sabtu) makan K.F.C di Kepong bersama Adik Ipar (Ady). Pergi makan dalam pukul 1.00am... Tetiba aje terasa nak makan KFC so pergilah KFC kepong yang beroperasi 24 jam... Lepas makan sembang dengan Ady tak sedar jam sudah 5.00am... Nasib baik esok hari minggu coz cuti... So kami pun berangkatlah balik.. 5.30am sampai rumah terus Zzzzzz......!!!!
Hari ini 20hb (Ahad) pergi makan Mc D pula di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh... Pergi pun dengan Ady juga...
Kami order makanan yang sama iaitu set Quater pounder large....!!!!Sambil makan sambil bersembang juga dengan ady... TQ ady sudi temankan B.long...!!!
ini pula pencuci Mulut...Ice cream.... Sedap jugalah....
Macam nilah aku...sejak isteri tak ada asyik makan kat luar aje... Makan pun tak teratur...!!!

Ahad, 20 Jun 2010

TERHARU....!!!!

Tengahari tadi E'sya call... Biasalah soalan dia yang pertama bila dia call "DADDY...Bila nak jemput Kakak....?" Solan pertamanya itu sudah membuat aku tersentuh...!!!
"Nanti daddy jemput kakak, adik,baby dan mummy" Balas aku...
"Daddy dah makan...??? kakak dah makan.. Mak tok suap, kakak ngan adik makan sup ngan nasi..." bicara e'sya lagi...
"Daddy tak makan lagi..." Balas aku...
"Nape daddy tak makan,Daddy masaklah, kan daddy pandai masak macam Mummy... Daddy kan HEBAT..." suara e'sya di corong talifon...
Masa tu, aku rasa nak balik aje Kedah, Nak peluk E'sya... Petah dan bijak bercakap...!!! Buat aku sayu aje....
"Daddy...Selamat Hari Bapa....Kakak sayang daddy...Kakak Rindu Daddy...!!!!" E'sya menyambung semula berbicara...membuatkan aku tak sedar airmata aku menitis...
"Terima kasih kakak...daddy pun sayaaaannggg kakak, sayang adik...sayang baby...sayang mummy...." balas aku....
"kalau Daddy sayang kakak, daddy baliklah umah mak tok, jemput kakak.....!!! Ujar E'sya lagi membuatkan aku terkelu untuk berkata..
"Nanti daddy baliklah, daddy work cari duit...nanti nak bayar kereta Alza kita...Kalau tak nanti Daddy jual aje kereta Alza tu...." jawab aku...
"Daddy jangan jual kereta Alza tu tau, itu kereta kakak, daddy kata daddy beli untuk kakak..."
"iyalah...daddy tak jual...tapi daddy kena work sebab nak bayar Alza tu.."jawap aku...
"Tak apalah daddy...Daddy tak payahlah balik umah tok wan, tak payahlah jemput kakak ,daddy work ajelah , nanti kalau daddy tak work kakak tak ada lagi kereta Alza....." sambung E'sya...
Itulah antara perbualan aku dengan My Frist Princess....Memang bijak berkata.. Lepas letak phone aku termenung.... dalam usia baru nak masuk 4 tahun E'sya dah bijak dan pandai menyusun kata....
Aku tak malu memberi pengakuan memamng aku menitis airmata...Aku rindu pada dia...Bayangkanlah setiap malam e'sya akan tidur diatas lengan kiri aku dan tangan kanan aku akan memeluk dia... Aku memang rapat dengan E'sya...!!!
Aku juga rasa amat terharu bila E'sya mengucapakan SELAMAT HARI BAPA kepada aku..
Aku berjanji akan menjadi seorang Daddy yang terbaik untuk semua anak anakaku..Dan aku akan pastikan anak anak aku mendapat perhatian yang terbaik juga dari aku....!!
Oklah...aku tak boleh nak meneruskan coretan ini kerana hati aku tengah hiba dan sayu...Wajah famili dikampung juga terbayang dimata ini....

SELAMAT HARI BAPA

Ahad 20 June 2010 " SELAMAT HARI BAPA" ucapan ini aku tujukan kepada My Father HAJI BAHARUDIN BIN HAJI LEMAN dan My Fathet in-law HAJI ABDUL AZIZ BIN AWANG.. Dan juga kepada semua kaum lelaki yang berstatus bapa, ayah, daddy,abi dan sebagainya....!!!Inilah pic Haji baharudin... Gambar ini telah wujud sewaktu aku belum lahir lagi di dunia ini.
inilah satu satunya gambar kenangan abah dan emak yang sangat aku sayang dan simpan sebaiknya....!!!

Abah... Terima kasih diatas segala pengorbanan mu selama ini dalam membesar dan mendidik kami 6 beradik dengan sebaiknya.. Abah...saya memang sayang dekat abah... Sangat mengagumi abah.. sangat menghormati abah.. Abah seorang yang Rilex dan cool.. abah adalah contoh terbaik untuk saya jadikan idola dalam kehidupan rumahtangga saya. Dulu Memang abah garang dan tegas .itulah sebenarnya tanda kasih sayang abah kepada kami semua....
Sebagai seorang anak lelaki didalam keluarga memang saya akui abah lebih sayang kepada saya. Segala permohonan dan permintaan saya abah cuba tunaikan.. dan hanya satu sahaja harapan abah kepada saya supaya saya menjadi seorang insan yang baik... Saya bangga menjadi anak abah...
Kini abah sudah tua, sudah berusia 72 tahun.. Didalam abah mengharungi sisa sia hidupnya kini, Segala penyakit sudah ada pada abah.. Kesihatan abah sentiasa terganggu sejak kebelakangan ini, Apapun sebagai anak, saya sentiasa berdoa supaya abah sentiasa sehat rasanya saya tidak mahu kehilangan abah, kerana abah adalah pendengar dan penasihat saya yang terbaik sekali......!!!

Ini pula adalah My Father in-law... Bekas anggota polis..Seorang yang TEGAS dan GARANG terhadap anak anak...
Abah juga panggilan saya kepadanya... Abah hampir 10 tahun sudah B.long menjadi menantu abah.. Biarpun hanya hampir 10 tahun b.long mengenali abah tetapi percayalah B.long menyanyangi dan menghormati abah seperti abah sendiri.. Miskipun pada awalnya B.long agak sukar memahami karektor abah tapi sekarang b.long cukup faham dan masak dengan sikap abah..
Abah seorang yang penyayang terhadap anak anak dan juga menantu menantu yang lain. B.long akui memang abah menyanyangi b.long agak lebih kerana B.long adalah satu satunya menantu sulong dan merupakan menantu tunggal lelaki abah... TERIMA KASIH ABAH....
Abah juga merupakan seorang pendengar dan penasihat yang baik untuk anak anak dan menantu..!!! B.long tahu abah inginkan yang terbaik dari kami semua didalam melayari kehidupan berkeluarga, kerana itu abah tidak pernah jemu memberi nasihat dan pandangan kepada kami.TERIMA KASIH SEKALI LAGI ABAH....!!!!
Sesungguhnya aku merasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang abah dan seorang bapa mertua yang tidak pernah jemu mencurahkan kasi sayang kepada aku....
HJ BAHARUDIN dan HAJI ABDUL AZIZ.. YOU ARE THE BEST FATHER IN THE WORLD..!!!
I LOVE YOU SO MUCH....!!!!!


SABTU 19 JUNE...

Minggu ini aku tak balik kampung pun sebab baru aje balik dari sana... Anak anak dan isteri kat Kedah... RINDU kat semua...!!!
Panggilan Talifon menjadi menjadi penghubung....!!!! Terubat sikit Rindu bila dengar suara Kakak E'sya... E'sya yang semakin Petah berkata memang meruntum hati dengan kata katanya...!!! Tabi memang tak cakap lama dengan dia sebab E'sya tak akan bercakap bila hati dia sudah sayu...
Dia akan pass phone pada Mummy dan dia buat hal dia sendiri... Keadaan itu dah kami fahami sangat...!!
Bila berbicara dengan My Prince pula ambil masa yang agak lama kerana Aidid ni kurang petah sangat berkata.. lagi pun kurang Faham selalu E'sya yang jadi jurucakapnya..!!!!
Sabtu aku tak pergi mana mana pun...Stay kat rumah, Kemaskan rumah..Buat kerja Rumah..
Iyalah hari cuti... Apa nak buat lagi...Selesai semua kerja rumah apa lagi mengadap FACEBOOK untuk megetahui dan berhubung dengan kawan kawan sekolah dulu...
Malam pula lepak rumah, Terasa pula nak makan K.F.C...jam sudah pkl 12.30am.. Start My Alza pergi ke KEPONG kerana disitu ada KFC 24 jam... Peeehhhh........Enak bangat sehh....!!!

Khamis, 17 Jun 2010

SEKARANG INI.........

Sekarang ini... Aku kesorangan di Kuala Lumpur sebab Isteri tercinta dan Anak anak tersayang berada di kampung di Sungai Petani, Kedah. Maklumlah isteri sekarang berada didalam pantang.
Sekarang ini...Rumah agak sunyi aje.. Terasa lain sesangat.. RINDU...Rindu...dan Rindu...Pada semua, rindu akan kebisingan riuh rendah suara My Princess dan My Prince.. Rindu nak gaduh berebut remote ASTRO dengan Princess, Rindu dengan GELAGAT my Prince yang agak aktif... Rindu nak bergurau dan menyakat my wife.. Aaahhh.........!!! Rindu segala galanya...!!
Sekarang ini... Panggilan talifon menjadi penghubung antara kami. SMS dengan My Wife sebelum tidur...Wah...Rasa macam kembali ke Zaman bercinta pula.Tapi jika call guna 3G tak boleh sebab My Princess dan My Prince akan menanggis bila tengok muka aku...Mungkin dia rindu kot....
Sekarang ini....weekend aku akan balik ke Sungai Petani, kedah jumpa my Famili, Kalau dulu weekend duduk rumah atau bawa famili berjalan...
Sekarang ini... semua kena buat sendiri. Sebelum ini baju kerja isteri yang sediakan, Makan, isteri yang masak dan hidangkan.. kini makan sorang sorang aje(Nasi Bungkus). Rumah pun kena kemas seorang diri, sebelum ini bibik yang buat semua kerja rumah..Sekarang basuh baju hantar DOBI, cuma kena sapu dan Mop lantai aje..itupun 2-3 hari sekali..
Bila sudah lama tak buat benda benda ini sekali kena buat rasa lain macam aje.. tapi tak mengapalah kerana semua ini hanya sementara aje, Penghujung bulan Julai nanti baru semua akan pulang semula ke KL.Semua akan menjadi seperti sedia kala...

Isnin, 14 Jun 2010

MAJLIS PERSANDINGAN OPISMATE

Sewaktu di Sungai Petani Kedah, aku sempat juga menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sepejabat aku. Dengan Hanya sekali lafaz sewaktu Majlis akad nikah kini sudah sah Ili Qistina menjadi milik Kapten Mohd Faisal. Sewaktu acara majlis nikah 11 Jun 2010 (Jumaat) berlangsung aku tidak dapat menghadirkan diri.
Pasangan Mempelai sedang bersanding di singgahsana yang sangat cantik. pada Sabtu 12 Jun 2010 di Rumah Qistina di Taman Ria Indah.

Cantik dan Anggun Qistina sewaktu hari persandingan. Busana silver menjadi pilihan.
Ini dia Suami Qistina Kapten Mohd Faisal bin Misni. Bertugas di TUDM Subang.

Sempat lagi memberi POSE istimewa kepada tetamu yang hadir...

Mempelai mengabadikan kenangan bersama keluarga Qistina.

Sahabat yang datang dari Kuala Lumpur...
Apapun aku ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Pasangan Pengantin.
Semoga sentiasa bahagia dalam melayari Bahtera perkahwinan.





WAJAH - WAJAH AIDA ERYNA QAIREEN

Wajah AIDA ERYNA QAIREEN satu jam selepas di lahirkan...
AIDA ERYNA QAIREEN BINTI SHAHADAN. DILAHIRKAN PADA 03 JUNE 2010 (KHAMIS) JAM 8.50PAGI. BERAT KETIKA DILAHIRKAN 2.69KG.TEMPAT DILAHIRKAN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. QAIREEN MERUPAKAN ANAK BONGSU DALAM KELUARGA KAMI.


PENGERAT KASIH SAYANG ANTARA KAMI.














Rabu, 9 Jun 2010

KEMERIAHAN MENYAMBUT CUCU BARU

Seronoknya mak aku menyambut kehadiran cucu terbarunya..cucu yang ke 19 (sebelah Aku) manakala kalau sebelah my wife cucu yang ke 5...
Mak Wan dan Mak tok (my mak mertua) membelek Qaireen.

Qaireen membuka matanya melihat Mak Wan dan Mak Tok...Atuk Udin pun tak lepas peluang mendukung Qaireen. Kata Mak First time Abah mendukung baby yang baru lahir sebab abah takut sebelum ini anak sendiri pun tak nak dukung sewaktu baru lahir tapi Qaireen abah berani pula nak dukung.. Apakah agaknya TUAH Qaireen ini...

Atuk udin tu berani berani takut aje tu....

Seronok menerima cucu baru tetapi Anak tetap juga di jaga...


Seronok dan Gembira bila tengok mak, abah dan mak mertua Happy sambut cucu baru. Tak ada yang lebih mengembirakan hati ini bila melihat kegembiraan diwajah - wajah mereka..
Bertuah rasanya diri ini kerana masih ada peluang berkongsi saat - saat gembira bersama Mak dan abah serta mertua. Dan terasa diri ini sangat - sangat bertuah kerana masih mendapat Kasih sayang dan perhatian serta nasihat dari mereka..

KEHADIRAN ORANG BARU

Al-Hamdulillah pada 03-06-2010 (Khamis) jam 8.50 pagi. My Wife selamat melahirkan baby girl seberat 2.69kg melalui pembedahan di Hospital Sungai Buloh.
My wife admited wad pada 02-06-2010 (Rabu)..Sewaktu sedang menunggu untuk ke Dewan Bedah, Masih mampu tersenyum tetapi didalam hati siapa yang tahu.Inilah Orang Baru dalam keluarga aku. Baby Girl seberat 2.69kg. Gambar 1 jam selepas dilahirkan.My Wife selepas keluar dari Dewan Bedah jam 12.00 tengahari. Masih lagi dalam keadaan separa sedar.My Wife dalam keadaan masih kurang bermaya dan menahan kesakitan.My wife and My New Baby.