Rabu, 30 Mac 2011

RAKAMAN EPISOD AKHIR TOM TOM BAK

Masih lagi cer tentang Rakaman Tom Tom bak... Ini yang last... Rakaman episod terakhir. Pada kali ini anak anak buah aku dari N.Sembilan berkesempatan untuk joint menyaksiakan rakaman tom tom ini.. Kebetulan pada masa tu Kakak sulong aku datang kerumah aku. Princess E'sya memberi pose khas untuk peminat peminat Tom Tom bak. E'sya, Airiel, Amira Nur'Aleeya dan Amira Nur'jazmina

memberi pose di Set Tom Tom Bak.

Bersama Apiq dari Rancangan kanak kanak (Gang Bas Sekolah). E'sya tak suka dia sebab dia kata Apiq tu Jahat.. Sayang...itu cuma watak dia didalam Gang Bas Sekolah ajelah...... Diluar dia sangat baik dan penuh budi bahasa. Seronoknya anak anak daddy ni.....!!!

Ini adalah episod terakhir Rakaman Tom Tom Bak.. Insyaallah akan disiarkan pada bulan Mei @ Jun 2011 nanti.. Lihat Prince AIRIEL duduk di Pangkuan pengacara No 1 Malaysia siapa lagi kalau bukan Pak Nil (Aznil Hj Nawawi)

Ahad, 27 Mac 2011

RAKAMAN TOM TOMBAK SIRI 8

Masih lagi cerita tentang Rakaman tom tom bak tapi kali ini siri 8 pula..kali ini aku usaha sendiri untuk pergi.. Lagipun masa siri ke 7 luck E'sya dia sendiri dapat offer untuk datang ke rakaman seterusnya.Memandangkan E'sya & Airiel dah bersemangat so aku terpaksa meluangkan masa membawa dia ke Studio Finas di Petaling Jaya.
Lagipun rakaman ni dijalankan sewaktu cuti sekolah so cuti sekolah kali ni XTVT E'sya & Airiel terisi jugalah dengan Program ini.


RAKAMAN RANCANGAN TOM TOM BAK SIRI 7


16 March 2010.. Sekolah E'sya (Q~Dess) ada buat rombongan ke Rakaman Rancangan Tom Tom Bak.

Memandangkan E'sya Deman cacar air jadi dia tak boleh joint..

Kesian aku tengok E'sya tak dapat joint sedangkan demam cacar air dia sudah sembuh..

Jadi sebagai seorang Daddy aku tak boleh biar dia frust sedangkan esya dah excited nak pergi rakaman itu.

Aku pun meminta bantuan seorang kawan untuk mendapatkan Pass untuk masuk rakaman Tom tom bak itu di Finas Petaling Jaya..

Al-Hamdulillah aku dapat pass itu dan bawa anak anak termasuk My Beloved wife pergi. Aku tengok E'sya & Airiel begitu excited sewaktu rakaman itu.

Iyalah biasa dia tengok di TV sahaja rancangan Tom tom Bak itu..

Tapi kali ini dapat tengok depan mata sendiri...

Live lagi..

Apatah lagi dia memang minat dengan Pak Nil (AZNIL Hj NAWAWI).

Sewaktu rakaman Tom tom bak ini artis undangannya ialah Hafiz (juara AF). Sewaktu Hafiz menyanyi dia telah menarik tangan Esya ke Pentas..

Tapi sayang sewaktu Rancangan sedang berlangsung tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman..

Frust betul aku...

Tapi tak apa sebab nanti akan keluar di TV ASTRO Ceria pada bulan Mei nanti.. So Jangan lupa saksikan Rancangan Tom tom bak

Setiap hari Ahad Jam 12.00 tengahari...!!!

E'sya bersama kawan kawan dari sekolah Q~dess merakam gambar diset rancangan Tom Tom Bak.

Airiel pun turut inter frame....!!!!

Isnin, 7 Mac 2011

DEMAM CACAR AIR.

Sedih...!!!!!
Aku tengok E'sya yang diserang DEMAM CACAR AIR...
Semalam 06 March 2011 Ahad sewaktu bangun pagi My Wife nak mandikan E'sya,
Bila buka baju ternampak tanda cacar Air itu dibelakang E'sya...
Tandanya macam terkena percikan Minyak PANAS yang dah mengelembung dan didalamnya ada air...!!!
Bila Check banyak tanda itu, di leher, tengkuk, dada dan Muka...
Aku pun Call Mak di kampung..
Mak suruh aku beri E'sya minum air kelapa..
Aku pun bergegas mencari kedai yg jual air kelapa...!!!! Malam mak Call tanya perkembangan E'sya...
Mak kata petua bila terkena demam cacar air ini.
jangan mengoreng didalam rumah so masak rebus rebus aje..,
jangan beri E'sya makan telur ayam,
dan makan benda berminyak,
jangan beri E'sya terkena Hujan..
jangan Pecahkan gelembung air tu,biar dia pecah sendiri..
Banyakkan minum air kelapa..
masalahnya E'sya tak suka minum air kelapa...
Kena Paksa baru nak minum...!!!
Hari ini 07 March...
Semakin banyak pula tanda Demam cacar air itu di seluruh badan E'sya.
So Esya pun aku tak benarkan ke Sekolah..
Nampak gayanya lamalah sikakak ni cuti dan aku sudah pun imform ke pihak sekolah.
Tak apalah sayang...
Biar kena cacar air ni sewaktu usia sebegini..
nanti bila dah besar dah tak kena lagi
Kesian aku tengok E'sya...
Tapi yang bagusnya biarpun dia tak kesekolah,
bila duduk rumah dia tetap juga mengadap buku sekolah dia..
Pembantu rumah aku Bibik Tuti yang memantau dia kat rumah..
Sayang....
Rajin rajin minum air kelapa...
Daddy doakan semoga cepat sembuh...
Nanti boleh pergi sekolah semula...!!!!

Khamis, 3 Mac 2011

E'SYA AND HOMEWORK

Seronok tengok sikakak ni semakin hari semakin ada perkembangan dalam pembelajaran.
kekadang tu kesian pula tengok dia..Setiap hari mesti ada Homework yang sekolah beri untuk disiapkan...Tak apalah sayang...Demi masa depan...!!!!!
Sejak bersekolah ni, Rutin harian Princess E'sya juga banyak berubah.. Pagi jam 6.45 sudah bangun tidur..Biarpun pada awal dulu agak "LIAT" untuk dia meninggalkan tilam dan bantal busuk dia tapi sekarang ni dah biasa..Bak kata pepatah orang tua tua "Alah bisa tegal biasa"
sudah lali....!!!!
Jam 7.30 pagi, melangkah ke Sekolah..samaada aku @ my wife akan menghantarnya ke sekolah.. Tengahari jam 12.30 akan sampai semula kerumah..Pembantu rumah aku akan menunggunya balik dari sekolah bersama Prince Aidid dan Princess Qaireen..

Balik sekolah, Mandi, Makan dan Minum susu + Milo sambil menonton kartun dichanel 613 dan terus lelap......!!!! Mungkin sebab bangun dah awal dan kepenatan sebab bermain disekolah bersama kawan kawannya.
Tekun sikakak menyiapkan kerja sekolah

Jam 4.30ptg, bangun tidur...Minum petang dan turun bermain dipadang bersama Aidid sehingga jam 6.45ptg... Kemudian mandi dan bersiap untuk membuat HOMEWORK...

Selesai buat Homework, tengok TV sebentar sambil Dinner...
Menonton sehingga jam 10 malam,
selepas tu minum susu dan masuk bilik untuk tidur....
Begitulah rutin harian My Princess E'sya semenjak bersekolah ini..Aku & My wife selalu menemani dia membuat Homework...