Jumaat, 17 April 2009

HAPPY BIRTHDAY.......



15.o4.09 itu hari adalah hari jadi KAK IMAH..
Dia adalah antara kawan yang baik aku di ofis.aku pun dah anggap dia macam kakak..Apa sahaja masalah aku kat ofis aku selalu berkongsi dengan dia...
Kek yang agak menggiurkan tu adalah sumbangan dari En Khairul Anuar yang telah hampir 2 tahun bertugas di seo polo,BRAZIL..
Manakala CUP CAKE tu pula datang dari anak sedaranya.....
Dear kak Imah....
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE....????
Semoga dipanjangkan Umur dan dimurahkan rezeki....
serta tabah dan ceria selalu mengharungi cabaran dalam kehidupan...
Insyaallah.....AMIN............


Jumaat, 10 April 2009

PICNIC DI SG TUA (08-04-2009)


















Lama juga aku tak entry cerita aku sewaktu aku pergi bawa Famili PICNIC...
Aku pergi 08.04.2009 (Rabu)..
Keluar rumah jam 9.30 pagi..Pergi summit borang dekat KWSP Kepong dulu..
Lps tu baru pergi ke Sg Tua.. Seronok sungguh My Princess dan My Prince..
Iyalah dah lama aku tak bawa diaorang pergi picnic... sebab tu dia excited sangat..
Lama juga kat situ sampai ptg... Al-Hamdulillah cuaca juga baik ketika itu..
Pkl 5.30 ptg barulah kitaorang balik...
Tapi tak terus balik singgah juga dulu taman layang- layang (Taman Metropolitan Kepong).
Pukul 7.30 ptg barulah sampai rumah...
Penat memanglah penat tapi aku rasa puas hati sebab tengok My princess dan My prince gembira......

AIRIEL DAN MAK WAN....



Last Week selepas selesai duty di HOTEL HILTON PJ aku bergegas balik kampung di N.Sembilan coz my cousin melangsungkan perkawinan di Palong satu.
My cousin NORHAFIZAH (Atih) bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya orang Johor.
Dinikahkan pada 03.04.09 (Jumaat) selepas Asar.dan Majlis persandingannya diadakan pada 04.04.2009 (Sabtu) dan 05.04.2009 majlis sebelah pihak lelaki pula..
Aku dari Sg Buloh jam 12.00T/hari dan sampai jam 2.30 ptg..Nasib baik kenduri tak habis lagi.. tapi aku tak kisah yang penting aku sampai dan dapat meraikan majlis tu..
My wife dan anak anak dah balik dulu pada 03.04.2009 (Khamis) malam.
Aku tak sempat nak ambil gambar pengantin coz sibuk melayan saudara mara yang amat jarang dapat bersua muka..So time kenduri inilah aku mengambil kesempatan untuk bersembang....
Apapun masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Atih dan pasangannya...

Rabu, 8 April 2009

CUTI REHAT................

Hari ini 08.04.2009 (Rabu) aku ambil cuti coz nak berehat..
Dah lama aku tak ambik cuti...
Cadangnya nak bawa anak dan my wife pergi berkelah..
iyalah..my princess tu sibuk sangat nak PICNIC..Kesian pula aku...nak tunggu weekend takut pula my wife tak cuti..
So aku rasa Hari inilah hari yang sesuai nak pergi PICNIC..My wife kerja malam so hari ini dah start cuti selama 3 hari...Lagipun time orang berkerja inilah senang nak picnic coz orang tak ramai....
Apapun yang pasti aku akan masukkan cite aku picnic ni nanti.
Kat mana..???
Nanti ajelah coretan aku kat Blog ni kemana aku bawa my family picnic....
TUNGGU...........................!!!!

Selasa, 7 April 2009

MY PRINCESS DAN MY PRINCE



Agak lama juga aku tidak memaparkan kisah MY PRINCE dan PRINCESS kesayangan aku ini.
My PRINCESS sekarang ni semakin hari semakin PETAH bercakap..Semakin banyak DOA2 yang telah di ketahui semenjak belajar di TASKA...
My PRINCE juga sekarang ini sudah semakin CERDIK dan Faham Bahasa.. Tapi TABIAT menanggisnya itu yang masih tak berubah....
Apa pun dengan kehadiran kedua dua anakku memang telah banyak merubah HIDUP aku di samping menceriakan dan melengkapkan alam rumahtangga aku...
AL-HAMDULILLAH..........

GELAGAT AIRIEL.....


APA DAH JADI NI....??????
Tengok ajelah gelagat My PRINCE aku ni......

Sekarang ni dah sebulan lebih pandai berjalan...Kata orang "BARU DAPAT KAKI"
tapi MASIH LESEN "L" lagi...
Macam ZOMBIE KAMPUNG PISANG pun ada juga.....
Nak di marah masih kecil dan LAWAK pula PERANGAINYA.....

Isnin, 6 April 2009

KERJA....OH...KERJA...!!!!!!



Memang lama aku tak menaip di BLOG ini,Iyalah KESIBUKAN KERJA dan WAKTU antara penyebab aku tak dapat mengadap BLOG ini...
Last week aku duty pula di HOTEL HILTON PETALING JAYA..
Kalau tak silap aku seramai 14 orang staf MATRADE duduk berkampung disana. Check in pada 29.03.2009 dan check out 04.04.2009..
Sewaktu disana aku bertemu dengan SAHABAT lama TARMIZI. Tapi sayang dia dah last day waktu tu..Klu tidak boleh jugalah bersembang panjang... Sudah lama juga tidak bertemu dengan TARMIZI ini..Hampir 19 tahun juga tak pernah bersua dengan dia... setelah selesai EXAM SPM tahun 1991 memang tak pernah jumpa langsung...
Berbeza PARAS RUPA dia klu nak di bandingkan sewaktu zaman sekolah dulu...Iyalah dulu AWAL REMAJA sekarang ni dah BERSTATUS SUAMI DAN BAPA.....!!!!!!!

Rabu, 1 April 2009

APRIL FOOL.....!!!!!!!

APA ISTIMEWANYA APRIL FOOL....?????
Hari ini 01.04.2009...Hari APRIL FOOL...
Mana datangnya HARI APRIL FOOL ini...???
Adakah dengan memperdayakan orang dan melihat orang terkena dengan GURAUAN yang MELAMPAUI itu BUDAYA KITA......????????
MENTERTAWAKAN orang yang kita kenakan itu ADAKAH ELOK...????

FIKIRLAH....Akan perasaan yang orang yang terkena itu setelah tahu dia DI PERDAYAKAN dan DI TERTAWANKAN...???

BERGURAU itu BOLEH tapi jangan MELAMPAUI dan MENYINGGUNG PERASAAN orang...Walaupun NAWAITU itu untuk BERJENAKA.....!!!!