Isnin, 13 Jun 2011

BACK TO NORMAL.............

Hai...

Selamat pagi semua.

Hari ini 13 JUNE 2011 (Isnin).

Minggu ke 3 dalam bulan bulan June.

Hari ini Adik - Adik , Anak - Anak kita sudah mula bersekolah

semula setelah 2 minggu bercuti.

Bila sudah start sekolah semula,

SURE pasti adik adik Ataupun anak anak kita yang agak

LIAT

untuk bangun pagi ni.

Maklumlah dah sedap 2 minggu bangun Lambat...!!!

Dan apabila dah mula semula seisi persekolahan

jalan raya juga KEMBALI kepada keadaan ASAL iaitu "JAM"

Bagi penguna jalan raya / Highway Plus dari arah utara (jalan aku setiap hari untuk ke opis)

Selamat mengharungi semula

"JAM"

setelah agak lenggang selama cuti sekolah bermula..Keadaan jalan raya selepas keluar dari Plaza Tol di jalan Duta.

Sabtu, 11 Jun 2011

EMMM.......... ALAHAI.....!!!!!

Aku rasa korang mesti tau apa dia benda ni...
Tapi Generasi zaman akan datang
sure
tak kenal dan tak merasa mendengar lagu dari benda ini...
iaitu CASSETTE @ TAPE....
Dulu, zaman aku muda remaja
bendalah salah satunya sumber untuk berhibur..
Dan harganya agak murah..
Nak dengar lagu guna radio rumah, Radio dalam kereta @ walkmen...
tapi bila dah ada CD benda ni dah kurang orang gunakan...
Sekarang ni nak dengar lagu boleh guna MP3, MP4 dan sebagainya.
Download aje di internet lagu apa yang korang suka...
Dah boleh dengar...
Dan cassette ni semakin hari semakin dilupakan....
Aku tunjukkan benda ni kat anak aku,
Diaorang pun tanya aku semula:
"APA ni, Daddy...???"
Aku pun katalah fungsi cassette ni kat dia
tapi
aku tak boleh nak putarkan tape ni nak beri dia dengar sebab
aku tak ada Radio yang boleh memutarkan tape ni,
nak pasang dalam kereta pun..
kereta aku dah guna radio yang moden
tak ada tempat untuk aku memutarkan tape ni.
Kesian anak aku....!!!!!
Inilah namanya putaran kehidupan.
dan zaman semakin maju...
Kalau zaman kita dulu,
kita tak merasa nak dengar lagu dari
"PIRING HITAM"
sekarang ni
Generasi baru pula tak merasa
nak dengar lagu dari Cassette...!!!!
Cassette ni dah boleh dikira barang ANTIK....!!!!!

Isnin, 6 Jun 2011

AL - FATIHAH.

Jam 7.45 Pagi,

03 June 2011 (Khamis).

Aku mendapat panggilan dari kak Ton memberitahu Ayahnya

ZAINUDDIN B.NAMIK

telah kembali kerahmatullah pada jam 5.30 pagi tadi.

Innalillah.....

SEBAK & BERGENANG airmata ku.

Kenangan bersama Arwah terimbas satu persatu didepan mataku.Arwah Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan PAK TUA oleh orang orang setempat ku adalah jiran aku.

Memang keluarga Aku dan keluarganya amat rapat & baik.

Seolah olah sudah seperti satu keluarga.
Aku memanggilnya "APAK"..

kami memang rapat.

berkongsi cerita, bertanya pendapat malah apak juga adalah tempat aku mengadu masalah.

Banyak kenangan bersama arwah..

Dari zaman aku kanak kanak, Remaja, Dewasa sehinggalah aku mendirikan rumahtangga.

Kiranya aku membesar didepan matanya.

Dan setiap kali aku pulang ke kampung jika ada kelapangan aku akan menzirahi arwah.

Ini kerana arwah sudah uzur ketika itu.



P/s : Maaf aku tak dapat nak teruskan coretan ini kerana masih terasa sebak....

Al - Fatihah buat APAK, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan

bersama orang orang yang beriman...Insyaallah......Amin...

Ahad, 5 Jun 2011

BAU OH BAU............!!!!!

Entry aku ni bukanlah nak memalukan sesiapa
tapi ini adalah kenyataan dalam kehidupan kita seharian.
Aku nak tanya engkauorang semua,
Jawablah dengan JUJUR :
"ADAKAH ANDA SELESA BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG
YANG MULUT BERBAU
ATAU
BADANNYA BERBAU...???"
Jawab seiklas iklasnya.....!!!!!
Aku memang pantang akan adanya manusia yang
"MULUT BERBAU"
&
"BAU BADAN".
Aku rasa korang semua pun setuju akan apa yang aku katakan...
Samaada si Mulut berbau ini perasan atau tidak MULUTNYA berbau entahlah....
Tapi bagi aku,aku selalu Check bau mulut aku...!!!
Takut juga woi...!!!
Sebagai langkah berwaspada,
picture kat bawah ni adalah antara barang penjagaan mulut & gigi aku.
kalau aku pergi outstation barang barang ni adalah yang pertama dalam beg.
Kepada anda semua rajin rajinlah check bau mulut
takut sewaktu berkomunikasi ada yang tak selesa dengan kita.
Yang ini pula antara barang barang untuk mengelak dari bau badan.
Ini satu lagi hal iaitu
BAU BADAN.
Jangan tak tau..
Bau badan ni bukan sahaja untuk
mereka yg bersize besar
tapi
ada juga yang size badan kecil...
make-up cantik di muka..
Dressing mengalah artis popular
namun bila rapat
"MELETOP"
bau badan mengalahkan BABU JUAL CARPET...!!!
TOLONGLAH...
Jagalah Mulut & Badan.
Elakkan dari anasir anasir berbau...!!
ada juga cara
"TRADISIONAL"
untuk menghilangkan bau badan.
gunakan:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LIMAU KASTURI @ LIMAU NIPIS.
Tonyohkan pada
KETIAK serta sendi sendi anda setiap kali mandi.
INSYAALLAH..
MUJARAB....!!!!!