Selasa, 23 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA.................

Satu....
Kasih nan abadi,
Tiada tandingi,
dia yang satu...
Dua...
Sayang berpanjangan..
Membawa ke Syurga..
Kasihnya Ibu..
Tiga..
Lapar dan dahaga,
Rela berpayahan,
Setianya Ayah...
Empat...
Mudah kau ketemu..
Berhati selalu,
Beza antara Kasih dan Kekasih...
Ibu,
Ku ingat dahulu...
Menyisir rambut ku, Kemas selalu..
Ayah,
Menghantar ke sekolah,
Bergunalah ilmu bila dewasa....
sayang...
dengar lagu ini,
untuk kau sandarkan buat pedoman,
jangan manis terus di telan,
pahit terus di buang,
itu bidalan..harus kau renungkan...
Andai...kau beroleh bahagia..
ingat itu bukan untuk selamanya..
Andai kau dalam sengsara.
ingat itu bukan untuk selamanya,
Hidup ini sementara....
(Lagu Nyayian: ARIS ARIWATAN)


Malam Sabtu lepas sewaktu balik dari Kenduri rumah kawan di Tg Malim.
Dalam pukul 12 lebih..Aku pasang radio Sinar Fm..Aku memang suka dengar Radio sinar
Sebab memutarkan lagu lagu Nostalgia, Pelbagai kenangan akan terimbas semula di kotak Fikiran.
Tetiba DJ yg bertugas itu memutarkan lagu 1234 nyayian Aris Ariwatan..
Entah kenapa tetiba aje HATI AKU TERASA SAYU dan HIBA aje..
Terbayang Wajah tua MAK DAN ABAH...
Bait bait lagu itu membuatkan aku teringat dan terasa amat RINDU kepada MAK & ABAH di KG.
Apatah lagi sekarang famili aku sedang menghadapi masalah besar..
Kepada ABAH sempena HARI BAPA ini UCAPAN TERIMA KASIH yang TAK TERHINGGA diatas segala PERHATIAN dan PENGORBANAN MU SELAMA INI...
Walaupun kita agak KURANG RAPAT, KURANG MESRA tetapi ANAK MU INI tetap MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI DIRI ABAH..dAN ANAK MU INI JUGA DAPAT RASAKAN JAUH DISUDUT HATIMU PUNYAI PERASAAN SAYANG YANG MENEBAL TERHADAP ANAK-ANAK MU.....

Khamis, 18 Jun 2009

LAMA DAH TAK TAK MENGARANG...............

Firstly aku nak minta maaf kepada pembaca blog aku...
Sudah lama aku tak entry cerita didalam blog ini...
Bukan tak ada cerita, tapi kesibukan kerja dan kesuntukan masa
membuatkan aku tak sempat nak mengadap blog....
Banyak cerita yg ingin di kongsi antaranya:
1. MANDI SUNGAI..
2.MY BEST FRIEND DAPAT ANAK SULONG..
3.KENDURI KAWIN SAHABAT LAMA DI TRENGGANU..
serta banyak lagilah story yg tak sempat utk aku paparkan disini.....
Lagi pun buat masa sekarang ini, FIKIRAN AKU TAK BERAPA TENANG..
Aku Ada satu PROBLEM yang TERLALU BESAR...
Setiap hari dok memikir...memikir dan terus memikir.............!!!!
Aarrrrggggghhhhhhhhhh..................!!!!!!!
TENSION..!!!!!!

Khamis, 4 Jun 2009

KE GENTING HIGHLAND SEMPENA CUTI SEKOLAH




















Jumaat 29.Mei.2009.
Kak ya dari serting sampai dirumah aku bersama anak bongsunya dan anak angkatnya...Dia sampai jam 5.30 ptg.. Aku masih kat opis lagi... Jam 8.00 mlm baru aku balik....
Jam 9.30 malam pula adik Ipar aku dari Ipoh sampai rumah aku juga....Pukul 10.00 pula adik ipar aku yang tentera tu pula sampai...Dia singgah sebentar saja coz dia nak balik Kedah... Kira riuh juga rumah aku sekejap.....
malam tu aku bawa diaorg semua pusing satu Kuala Lumpur untuk menikmati keindahan malam Bandaraya Kuala Lumpur.....Pkl 2.30 pagi barulah sampai rumah.......

BERGAMBAR DIHADAPAN PUSAT SAINS NEGARA..
Sabtu 30 mei .09..
Jam 10.oo pagi...Kami bertolak ke GENTING HIGHLAND...
DALAM CABEL CAR...
Naik di GOH TONG..........

KAK dan Anak anak naik Cabel car..
GAMBAR SEKITAR PERCUTIAN DI GENTING HIGHLAND.
Pukul 6.30ptg baru turun dari Genting.....
Dari Genting Highland terus ke Putra jaya pula...
menikmati keindahan di waktu malam di Putra Jaya.....
Tapi sebelum tu singgah dahulu bergambar
di depan pintu masuk ZOO negara...
Gambar di depan pintu Zoo Negara....
Dah bergambar di depan ZOO NEGARA,
Teruskan perjalan ke PUTRA JAYA......


Sudah puas duduk di Putra Jaya...So kita orang pun beransur meninggalkan Putra jaya..
Sampai rumah pukul 2.00 pagi...
Penatnya tak usah cakaplah....
Tapi tak mengapa janji seronok menghabiskan masa bersama keluarga.....

Isnin, 1 Jun 2009

SELAMAT BERCUTI.......

Hari ini dah mula cuti semesta sekolah....
Cuti sekolah ini agak panjang iaitu 2 minggu...
So bila dah cuti panjang ini,maka ramailah yang ambil kesempatan
untuk membawa keluarga bercuti....
Apa pun SELAMAT BERCUTI.
Dan kepada KENGKAWAN YANG INGIN MEMBAWA FAMILI BERCUTI,
BERHATI -HATI DIJALAN RAYA..
Semoga percutian ini membawa seribu kemanisan dalam kehidupan......