Sahabat...
Gembira mendengar khabar berita darimu.
Hati nak sangat berbicara dengan mu..
Al-hamdulillah....
Terima kasih kerana sudi menjawab panggilan dari aku.
Biarpun siapalah sangat aku ini..
hanya kawan sahaja...
tapi ketahuilah
aku bukan sahaja sahabat untuk diwaktu bergembira
tapi
aku juga adalah sahabat diwaktu kau dihimpit kesukaran dan kesusahan.
Gembira mendengar suara mu dari corong talifon.
Biarpun suara mu agak serak kerana kurang sihat
namun
masih kau gagahi juga melayan panggilan ku.
Aku bukan nak jadi penyibuk.
bukan untuk menambah lara
tapi
sekadar ingin berkongsi masalah.
Memberi dan meniup semula semangat dirimu
agar
kau tahu bukan semua ingin menjatuhkan mu
kerana masih ramai yang diluar ini menyokong mu.
Masih ramai orang disekeliling menyayangi mu.
Sebenarnya disebalik kegembiraan hati ku
dapat berbicara dengan mu
jauh disudut hati ini ada perasaan sedih menyelubungi.
sedihhhh,,
mengenangkan nasib yang menimpa diri mu.
sedih kerana ada insan insan yang pernah menjadi sahabat mu satu ketika dulu
bergembira dan berbuih mulut menceritakan nasib malang mu.
Biarkan sahaja mereka mereka ini
menari atas rentak kesedihan mu.
Doakan supaya suatu hari nanti
mereka ini akan mendapat petunjuk dan hidayah.
sahabatku...
Jangan cepat melatah dan melenting.
ini dugaan dari Allah..
Biarlah Allah menguji kita dengan KESUSAHAN
kerana Jika dia menguji kita dengan KESENANGAN & KEKAYAAN
takut nanti kita akan terus Alpa dan terlupa kepada-NYA.