Jumaat, 30 Januari 2009

HABIS KENDURI

Habis sahaja bab bertunang kami pun bergegas balik Rumah mak di Pasir Besar, Sampai rumah mak konon nak tidurkan Prince dan Princess tapi akhirnya semua sekali belayar....
sedar2 aje mak suruh makan malam... lepas makan malan kami pun beredar meninggalkan rumah mak...Rasa tak puas pula duduk sekejap umah mak..tapi kena balik juga walaupun esok cuti RAYA CINA tapi MY WIFE terpaksa berkerja...Tak apalah berkhidmat untuk masyarakat...
malam itu juga pukul 10.30 malam kami berangkat balik ke Sg Buluh.....
Alhamdulillah...pukul 1.00 pagi kami sampai.....

Majlis Pertunangan Along...



25hb Januari 2009 (Ahad) Jam 12.30T/hari Rombongan dari kami (PIHAK LELAKI) memulakan langkah menuju ke rumah pihak Perempuan..Rumah pihak perempuan pun sama tempat so kami jalan kaki sahaja..Senang jimat belanja....Cuaca pula masa tu redup bagaikan merestui akan majlis ini...
Pertunangan di ikat selama 2 tahun..Dengan Hantaran sebanyak RM10.0000...Serba satu..
Tak kisahlah sebab kalau hati dah suka berapa sahaja harga sanggup diterima...
Untuk Along Dan Nurul..SELAMAT BERTUNANG..
Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin..
banyakkan bersabar kerana di alam pertunangan ini banyak dugaan dan ujian...

SINGGAH SEBENTAR



Hari ini 24 januari.09, aku dan Famili balik KG Negeri Sembilan. Balik kerana nak hantar hantaran yang dibuat, malam ini pula ada kenduri dirumah kak ya di serting..Dalam perjalanan balik kami sempat singgah sebentar di HUTAN REKREASI ULU BENDUL.. Saja singgah coz My Princess sibuk nak mandi sungai....Dah lama juga sebenarnya aku tak datang Ulu Bendul ni...Selalu lalu aje coz nak cepat dan dah malam....
Agak agak dalam satu jam berada di Ulu Bendul ini kami pun meneruskan perjalanan ke rumah Kak Ya di Felda Serting Hilir...

Sibuk hal Hantaran


Tempat cincin Kotak duit


bekas Gula gula Potpuri
My Wife pula minggu ni sibuk membuat Gubahan Hantaran untuk Along (ANAK BUAH SEDARA AKU)..Ingin bertunang pada 25.Januari.09.. Semua sekali dalam 9 dulang...
Nak buat macam mana dah Kak Ya minta buat so terima ajelah....

BANGLE DAN CIN CIN



Sewaktu di Shah Alam tu aku sempat juga membeli sesuatu untuk My Prince Dan MY Princess.
My Prince aku belikan BANGLE SILVER harga dalam RM80.00 sahaja..
My Princess pula aku belikan juga CINCIN SILVER berharga Rm25.00..
Saja nak test E'sya tu boleh kekal atau tidak pakai cincin sbb kalau kekal bolehlah aku belikan CINCIN EMAS...Tapi sehingga aku menulis blog ini Cincin tu masih kekal terlekat di jari tengahnya...

RESTORAN SERI DELIMA


Inilah pintu masuk RESTORAN SRI DELIMA DI SECTION 19 SHAH ALAM

IKAN KERAPU MASAK STIM HALIA

IKAN KERAPU MASAK 3 RASA

SIESI MENGAGIHKAN MAKANAN


BACA DOA DULU

SUAPAN PERTAMA

APA LAGI YANG TAK KENA LAGI NI....????

SELESAI....ALHAMDULILLAH....
Sewaktu berkunjung ke rumah kak ya di Shah Alam.. Kak ya telah membawa kami makan di restoran Delima....Thanks you so much...











































MERTUA

Hampir seminggu mertuaku duduk rumahku.. Entah kenapa semenjak balik dari Mekah ini Bapa mertua ku agak susah juga untuk diajak bersiar- siar..kita ada Plan nak bawa mereka melihat KELIP-KELIP di Kg Kuantan,Kuala selangor.. tapi cadangan tu ditolak oleh abah...TENSION aje...Akhirnya plan bertukar ke Shah Alam mengunjungi Rumah anak menakannya..
rumah kakya di section 18 Shah alam.. ok jugalah... janji dia tak boring duduk memerap kat rumah aje...

Kunjungan mertua kerumah ku...

Pada tanggal 13hb Jan.2009 buat pertama kalinya Mertua ku mengunjungi rumah ku setelah balik dari menunaikan Haji pada bulan 12 tahun 2008.
Seperti biasalah kunjungannya disambut oleh kedua cucunya iaitu My prince dan princess aku.
agak lama juga mertuaku menetap dirumahku..adalah dalam 2 minggu.. Memang seronok sesangat apabila mertua ku ada dirumah ku...
Iyalah my Prince dan Princess aku tak perlu ke TASKA setiap hari apabila aku dan My wife pergi berkerja...Mak tok dan Tok yan dia akan menjaga dan melayan cucunya...
Thanks Abah dan Mak....

AGAK LAMA.........

Hai... Pembaca Blog aku yg setia... Agak lama juga aku tidak mencoret didalam blog aku ini.. Bukan apa...Banyak sangat Program Dan XTVT disamping tugas harian yang menyebabkan aku tak sempat untuk mencoret Blog ini..
Banyak juga cerita2 yang yang akan paparkan sepanjang aku tidak mencoret blog ini utk dikongsi bersama...
Anywhere Thanks kepada pembaca blog ku yang setia...

Khamis, 15 Januari 2009

KITA TENGOK..............!!!!!!!!


Alahai si E'sya... Sembahyang berjemaah ngan Mummy..
tapi kenapa pakai Gaun...????
Tak apa E'sya,Daddy Janji lepas ni Daddy akan carikan TELEKONG untuk E'sya..

HaPpY aNnIvErSaRy..


KHAS UNTUK MU ISTERI KU....... Inilah hadiah yang aku berikan kepada Isteri ku yang tercinta..Sempena dengan ulang tahun perkahwinan ku yang ke 6 pada 18.Ogos.2008 last years.. Diam tak diam rupa-rupanya sudah 6 tahun usia perkahwinan ku.PERFUME BERJENAMA ESCADA...Berharga dalam RM499.00 ini aku beli dekat SOGO..
Pening juga kepala Fikirkan apa yang nak di beri kepada my wife sempena ulangtahun perkahwinan aku ini..Nak beri Jam tangan dah ada 3 utas..Nak beri barang kemas dah banyaklah pula.. Last last aku pegi sogo dan lalu kat situ,salegirls perfume tu memberi aku menghidu bau wangian ini...ooohhhh..........!!!!!! Memang best dan harum Baunya... so tanpa berfikir panjang aku terus mendapatkannya sbg hadiah untuk my wife sempena anniversary perkahwinan ku..
Kepada My Wife...
Terima kasih kerana menjaga makan pakai aku selama ini...
Terima kasih kerana menjadi MUMMY kepada Prince dan Princess kita..
Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam mengharungi bahtera perkahwinan kita.
Terima kasih juga kerana sering menceriakan aku..
Sesungguhnya aku sangat menyayangi mu.....
Walau macam mana wangi pun Perfume Escada ini.Harum lagi kasih mu pada ku....
HAPPY ANNIVERSARY

GELAGAT DUA BERADIK....


Inilah gelagat My prince Dan My princess.. Yang atas kepala tu adalah Bola yang sepatut untuk memasukkan objek mengikut bentuknya...Tapi entah macam mana bola tu boleh pula dijadikan HELMET.... Nak jaga keselamatan kot......
terhibur hati melihat gelagat dua beradik ini...minta-minta biarlah keakrapan ni sampai mereka besar nanti..............

BIRTHDAY E"SYA 2 TAHUN.



Inilah Hadiah dari aku kepada My Princess sewaktu BIRTHDAY dia yang ke 2 tahun. Birthday E'sya ni pada 20.Ogos.2008..Dua Hari selepas ULANGTAHUN PERKAWINAN AKU. Sebuah dapur permainan dilengkapi alat alat memasak dan pinggan mangkuk. Dapur ini mengeluarkan bunyi mengikut apa yang diletakkan diatas hosenya..Contohnya kita letak Kuali iakan mengeluarkan bunyi seperti sedang mengoreng..Jika kita letak Cerek, ia akan mengeluarkan bunyi seperti Air sedang mendidih...
Hadiah ini aku beli dekat AMPANG PARK.. Kedai menjual barang permainan kanak-kanak " TOYS R US STAR ". Aku beli hadiah ini sehari sebelum Party Birthday dia. Harganya RM249.90
aje... Agak mahal...tapi demi my princess ini aku tak kisah..Janji dia suka..
Seronok sangat E'sya mengendalikan dapur dia ini...Sejak ada dapur ini kerjanya asyik memasak aje... Tak kisahlah....

Isnin, 12 Januari 2009

Selamat Malam Sayang.......


Selamat Malam Sayang....
Beginilah Manjanya My Princess dengan aku..
Setiap malam akan tidur bersama aku..
E'sya ni Memang lebih manja dengan aku jika nak di bandingkan
dengan Mummynya...
Sebelum Tidur akan bersembang dengan aku. MengAminkan doa tido yang aku baca..mengucup kedua pipi ku..Bersalam dengan aku dan Mummynya..
Tengok apa pula yang dipegang sewaktu tidur...Itulah BANTAL BUSUKNYA..Satu benda yang pasti ada sebelum dia melelapkan mata..kalau tak ada BANTAL BUSUKnya ini..Alamat susahlah My Princess ini untuk melelapkan matanya.....!!!

MANA LEBIH COMEL....??????

Sebelah Kiri AIDID AIRIEL SHAHREZA
Sebelah kanan AKU.
Anda VOTE mana lebih Comel, ADAKAH DADDY si AIRIEL lebih Comel atau PRINCE si SHAHADAN lebih Comel...???

MY PRINCE



Inilah Wajah MY PRINCE..Anak lelaki yang merupakan pewaris aku nanti...
Yang bakal akan mendoakan aku dan Isteriku bila aku sudah tiada nanti...
Doa dari anak lelaki adalah lebih af'dal jika nak di bandingkan dengan anak perempuan.
Didalam Islam pun ada mengatakan Apabila meninggal seseorang itu maka terputuslah segalanya kecuali tiga perkara iaitu:

i) Amal Ibadahnya.

ii) Amal Jari'ahnya.

iii) Doa anak yang soleh...