Jumaat, 27 Februari 2009

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Hari ini Jumaat, Hari last berkerja bagi minggu terakhir untuk bulan Febuari 2009.
Esok hari Sabtu Lusa hari Ahad so tak perlu dikatakanlagi sememangnya hari cuti bagi mereka yang berkerja dengan sektor keraja

an..
Kemana weekend ni nanti...??? Apa perancangan...?
Aku ni biasalah hari Sabtu atau minggu nanti agenda utama bawa Princess dan prince ke Taman Permainan..



Di Mana..???
Entahlah tak tahu lagi nak bawa ke Taman mana kali ini...
Banyak benda yang nak dibuat nanti..Nak pergi tengok Wayang bawa my Princess.. Nak beli barang Dapur dan keperluan harian..Pampers dan susu untuk permata hati aku juga kena beli.



Sudah GAJI....???
Gaji pun dah dapat so banyak benda yang nak disettlekan.Nasib baik hutang tak banyak, cuma CREDIT CARD aje. Itupun cuma RM200 aje.. Aku jarang gunakan credit card ni kecuali ketika perlu aje..
Bil - bil semua nak kena bayar..BIL ASTRO,BIL API dan BIL AIR..(WAJIB SETIAP BULAN).
Awal - awal dah tolak duit untuk simpanan TABUNG HAJI aku, TABUNG HAJI untuk My Princess dan My Prince serta My Wife.
Insuran untuk aku, Princess dan Prince juga dah tolak juga siap-siap.
Duit untuk Mak,Abah,mak mertua dan Pak mertua juga dah diketepikan.
Bila semua tu sudah ditolak BALANCE tu barulah untuk berbelanja..
Tapi Al-Hamdulillah setakat ini belum pernah mengeluh lagi..Nak kata KAYA tu tidaklah tapi SEDERHANA sahaja..
Apa pun yang penting cara kita MANAGE perbelanjaan kita..kata orang UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI..



Oklah apapun yang kita lakukan dihujung minggu pastikan semuanya selamat kerana MALANG TIDAK BERBAU.



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

Rabu, 25 Februari 2009

ZOMM MALAYSIA

Hai...apa kabar semua..semoga sehat sejahtera hendaknya menjalani kehidupan.
Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 3 bulan kita menempuh tahun 2009 ni.
kiranya dah nak masuk suku tahun...Cepatnya masa berlalu..
Bagaimana dengan AZAM tahun ini agak2nya masih terlaksana lagi atau masih HOLD lagi atau sedang dilaksanakan...???? Apa pun semangat yang kuat, itu yang penting....
Semenjak tahun 2009 ini aku belum pernah ambil cuti lagi, Samaada CUTI REHAT,CUTI SAKIT mahupun CUTI KECEMASAN..Iyalah kalau tak penting sangat aku rasa tak perlu ambil cuti..
Sebut tentang cuti ini tanggal 09.03.2009 (Isnin) nanti ada CUTI AM iaitu cuti sempena MAULIDUR RASUL.
Aku dah buat PLAN untuk membawa ANAK dan ISTERI pergi bercuti dalam MALAYSIA aje. (CUTI-CUTI MALAYSIA- ZOOM MALAYSIA) Destinasinya ialah TRENGGANU DARUL IMAN.
Insyaallah...Bertolak pada hari Jumaat 06 March dan balik pula pada 10.march (selasa).
Disana nanti aku akan menginap di DUNGUN area RANTAU ABANG. Stay rumah my best friend sapa lagi kalau bukan Si FARID.. (Nanti aku cite sapa FARID ni).
Sebenarnya aku tak beria-ria sangat nak ke TRENGGANU tapi Farid ni yang beria sangat suruh aku datang sana. Lagi pun awal bulan Januari dulu dia datang rumah aku kat Sg Buloh saja datang menziarahi aku sekeluarga (Lama juga tak jumpa dia hampir 6 tahun).. Jadi aku pun kiranya nak membalas semula kunjungan farid tu.
Minta minta apa yang aku plan ini akan menjadi sbb kita manusia hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.

Selasa, 24 Februari 2009

AIRIEL DI HOSPITAL SG BULOH




Gambar ini di ambil sewaktu aku membawa dia berjumpa doctor PAKAR di Hospital Sg Buloh. Ayen ni akan dibawa berjumpa dengan doctor pakar kanak kanak setiap 3 bulan. Bukan ada sakit apa pun tapi ada keistimewaan terhadap MY WIFE sebagai STAF NURSE untuk mendapat khidmat nasihat dari DOCTOR PAKAR KANAK KANAK..


Bagi aku tak apalah sekurang kurangnya kalau ada apa apa sakit boleh TRACE awal.. TAPI buat masa sekarang ini syukur Al-Hamdulillah tak ada sebarang penyakit pun dan tumbesaran normal seperti kanak kanak yang lain...

LEPAK

Tengoklah aksi MY PRINCE ini setelah penat bermain.Sekarang ni dah 11 bulan dan tak berapa minggu aje lagi genaplah setahun. Sekarang ini dah mula mengorak langkah untuk berjalan.. Biasalah sudah mula jalan jalan jatuh.. Bila dah penat dia akan panjat SOFA dan lepak sambil merehatkan diri...
Sekali pandang my prince ini macam ANAK CINA pula.. Dengan kulit putih dan berambut tegak, bermata sepet...

CERITA SERAM

Cuba tengok REAKSI dan EKSPRESI si E'sya sewaktu menonton movie seram kat TV.. Begitu asyik dan tekun sekali bila menonton...
Masalahnya FAHAM ke...????

MY MOM BIRTHDAY

Tanggal 22hb Febuari yg lepas adalah hari ULANGTAHUN KELAHIRAN Mak..

Semua adik beradik balik N.Sembilan berkumpul sempena Birthday mak.

Aku dan Famili tak balik coz My Wife tak cuti kena kerja pula... FRUST juga aku coz tak dapat balik meraikan BIRTHDAY mak..Nak buat macamana.. Aku cuma CALL mak UCAPAKAN SELAMAT HARI LAHIR..

My Princess pula NYANYIKAN lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU MAK WAN..

Tak apalah walaupun aku tak dapat balik meraikan BIRTHDAY mak bersama adik beradik yang lain tapi aku tetap ingat akan hari lahir mak..PRESENT untuk mak pun aku dah beli..

Sebuah beg dari kain cotton bercorak ala ala INGGERIS STYLE..Boleh mak isikan telekong sembahyang bila dia ke mana mana nanti...

Aku beli beg tu dekat LOVELY HOME SHOP di ALAMANDA PUTRAJAYA. Harganya boleh tahan jugalah tapi aku ada DISCOUNT sbb aku MEMBER bertaraf VIP.

Sudah lama jugalah aku menjadi member dan banyak jugalah barang dari LOVELY HOME ini yang aku beli untuk kegunaan sendiri dan sebagai PRESENT kepada member yang mendirikan Rumahtangga..


SEPETANG @ TAMAN METROPILITAN



21 Febuari tempohari aku bawa PRINCESS and PRINCE ke TAMAN METROPOLITAN KEPONG..
Taman ini terdapat TASIK iaitu bekas LOMBONG. Memang cantik Taman ini, bersih dan terjaga..
Ditaman ini juga FAMOUS dengan pengunjung bermain LAYANG - LAYANG.. Pelbagai jenis dan bentuk layang - layang ada dijual disini..
Ada juga yang datang untuk BERIADAH disini kerana pelbagai alatan senaman banyak disediakan dan masih dalam keadaan yang baik dan terurus..
Taman ini dibuka seawal pagi dan ditutup lebih kurang pukul 8.30 malam.Masuk adalah percuma.
Sudah banyak kali juga aku membawa Famili berkunjung di taman ini kerana persekitaranya aman dan damai.
Kalau nak datang ketaman ini pada weekend kenalah datang awal kerana boleh dikatakan agak sesak dan ada sedikit masalah untuk PARKING kenderaan.





Setiap petang my Wife akan membawa MY PRINCESS dan MY PRINCE untuk bermain di PLAYGROUND yang terletak di Bawah rumah aje... Tapi dengan syarat mesti tidur dulu kalau tidak tak merasa nak turun main...
Disinilah setiap petang anak anakku akan menghabiskan masanya dari pkl 5.00ptg sampailah pukul 6.30 ptg...
Kalau hari tak hujanlah, klu hujan maka princess dan prince akan tengok ajelah PLAYGROUND ni dari tingkap rumah....

SELAMAT MALAM....

Jam dah pulul 10 malam, Biasalah aku ngan Famili akan bersantai depan TV sambil baring-baring.. Agaknya My Princess dah mengantuk so dia pun angkatlah PILLOW dia nak bawa masuk dalam bilik..
Biasanya tugas aku mengangkat pillow tu tapi entah kenapa malam tu my princess ni pula yang ringan tulang membantu aku membawa pillow kedalam bilik...
RAJIN anak dara aku yang sorang ni........

Jumaat, 20 Februari 2009

GOOD MORNING MY PRINCE....

Selamat Pagi Sayang.....
Pic ni aku ambik pada 15.Febuari jam 9.30 am...
My Prince ini klu bangun tidur ikut MOOD...Klu mood dia OK bila sedar aje terus SENYUM.. kalau mood tak OK dia akan MELALAK TAHAP TARZAN PANGGIL HAIWAN..
Berbeza ngan My princess memang dari Dulu sampai sekarang ni kalau bangun tidur tak pernah nak MENANGGIS...Sedar sedar aje dia dah ada dekat RUANG TAMU....
Itulah perbezaan antara MY PRINCESS dan MY PRINCE aku bila bangun tidur.....

ISTERI..........





Agak kurang juga aku memaparkan cerita dan gambar My wife aku dalam Blog ini..Bukan apa aku sengaja taknak EXPOSE my wife.. Lagipun dia ada BLOG dia sendiri..Seorang yang HUMBLE orangnya (Bukan nak memuji tp Kenyataan). Berkerjaya, anak perempuan tunggal dalam 5 beradik (Mcm aku juga anak tunggal lelaki).Berkerja sebagai STAF NURSE sudah hampir 10 tahun..Insyaallah...Kalau ada REZEKI tahun depan dia akan jadi SISTER di Hosp Sungai Buluh..Aku rasa beruntung dan bertuah dapat memilikinya..Sebab bagi aku dia sudah cukup sempurna.THANKS Sayang kerana menjadi seorang Isteri yang Baik,Menjadi MUMMY yang sempurna kepada 2 orang permata hati kita..Menjadi MENANTU yang Bertanggungjawab keatas keluargaku..NAK TAMBAH LAGI KE AHLI KELUARGA KITA....???? Nanti-nantilah sbb rasanya si Ayin tu belum cukup besar lagi...Maybe Tahun depan kot....INSYAALLAH...

MAKAN @ SOLARIS..




Minggu lepas 14hb Sabtu..Aku bawalah My Famili pusing-pusing ronda KL.
Iyalah...Hari berkerja aku selalu sibuk dan Bila weekend inilah masa aku bersama mereka so aku pun kesian juga ngan my wife,my princess dan My prince asyik duduk rumah aje..
Aku pun tak tahu kemana nak bawa mereka bersantai..Ambik keputusan ronda ronda sekitar KL aje..Pergi pun dah petang sbb nak keluar awal cuaca panas..
Suka my Princess dan prince tengok bangunan tinggi dan bandaraya kl bermandikan cahaya.
So bila dah malam saya pun bawalah mereka makan dekat SOLARIS MONT KIARA.
My wife pun nak tengok dan tahu apa yang ada dekat Solaris tu..So aku pun bawalah....

Khamis, 19 Februari 2009

MERAJUK.............




Semalam my princess mengusik adiknya si Ayen sampai Ayen tu menanggis..


Aku pun marahlah dia.. Terus my princess ni merajuk.. Lari masuk bilik dan berkata


"Tak nak kawan...." Aku pun tanya "Tak nak kawan siapa...??"


My Princess pun jawab " TAK NAK KAWAN DADDY...!!!! "




Aku pun terkejut juga sbb sebelum ni dia tak pernah kata macam ni...


Maybe ini yang dia dapat sewaktu duduk beramai ramai di TASKA tu...


Nak ketawa juga aku bila tengok dia berperangai macam ni...


Tapi merajuk dia tak lama..Biasalah budak- budak....






Selasa, 17 Februari 2009

AL - FATIHAH




Hari Ahad 15.Febuari 2009, Kira kira jam 2 ptg aku terima satu SMS dari Staf MATRADE memberitahu Pengurus Kanan Unit CCD dari Bahagian Khidmat Pengurusan MATRADE Pn Wan Zini bt Jaafar telah dimasukan ke Hospital Ampang dan keadaannya Koma dan Kritikal.


Dengar ceritanya dia Menghidap BLOOD CANSER....


Setelah mendengar kabar cerita ini aku pun bersiap untuk menziarahinya di Hospital Ampang.


Dalam waktu bersiap tu aku pun terima Satu SMS yang berbunyi " Wan Zini telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..." Sms tersebut telah dihantar oleh Pengarah En Zakaria..


Aku dan My wife terus sahaja ke Hospital Ampang..Sebaik sahaja sampai disana, Jenazah Arwah telah dimasukan kedalam kereta Jenazah untuk dibawa balik ke Sg Buluh bagi urusan pengkebumian.


Aku pun patahlah balik semula ke Sg Buluh.Untuk memberi penghormatan kali yang terakhir untuk Arwah...Semoga Allah memcucuri Rahmat keatas Rohnya dan menempatkannya bersama golongan orang yang beriman....

Valentine's Day...............


Semua orang tahu setiap tahun pada 14.Febuari adalah hari VALINTINE' DAYs...
(Hari untuk Memperingati Kekasih).
Hari untuk kita memperingati orang yang kita sayangi..
Ini bukan BUDAYA kita..Dan adalah dilarang sama sekali dalam Islam untuk meRAIkanya.
Bagi aku setiap hari aku akan memperingati Orang yang aku sayangi..Tak perlu ada hari yang
khusus untuk memperingatinya...

Sabtu, 14 Februari 2009

SYADIENA


MY PRINCESS Namanya AIDA SYADIENA ILLIESYA. Lahir pada 20.08.2006.
Lahir ketika kandungan berusia 7 bulan...Beratnya sewaktu Lahir cuma 1.5kg aje..
26 hari duduk dalam INKOBUTER..
Sewaktu dia nak lahir macam macam perasaan aku dibuatnya..
Iyalah aku jadi takut bila Doctor mengatakan potensi untuk dia Hidup hanya 50 - 50 sahaja. Dan kalau hidup pun nanti samaada dia akan NORMAL @ sebaliknya..
Tapi Doctor tu bukan TUHAN..Al-hamdulillah akhirnya dia masih mampu bernafas meneruskan hidup dan BIJAK sekali seperti kanak - kanak yang lain...



Panggilan Manjanya E'SYA..kadang kadang panggil KAKAK...
Syadina tu bermakna MADU LEBAH..
Campuran nama aku dan my wife..
Shahadan dan Azlina maka jadilah SYADIENA.



Mertua aku di Sg Petani memanggilnya "BALKISS" ..
Dia adalah cucu perempuan pertama bagi mertua ku..
Mertua aku sangat sayang yang teramat pada Dia..
sehinggakan aku tidak dibenarkan Marah pada dia...
Emmm....Marah untuk mengajar tak apa....!!!!




Tapi bila balik rumah mak aku di Negeri Sembilan panggilannya akan berubah..
Dia dipanggil DIENA oleh sepupunya yang sudah ada 17 orang...
Tetap manja juga dengan MAK dan Abah...
Mungkin dia dianggap ISTIMEWA oleh keluarga ku di N.9 sebab dalam ramai2 Cucu mak aku dia seorang aje yang lahir 7 Bulan....

AIRIEL



Inilah My Prince aku..Siapa lagi kalau bukan AIDID AIRIL SHAHREZA..
Umur dia sekarang 11 bulan.. Bulan depan genaplah umur dia 1 tahun....


Lahir pada 08.03.2008 (Sabtu). Waktu ni sedang berlaku PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA.
Aku pun tak balik mengundi..Sebab kelahirannya ini adalah lebih dari segala-galanya.. Lahir di HOSPITAL SG BULOH...


Kita org panggil dia ini A'yen..My princess yang Mula mula dulu panggil A'yen sebab dia nak sebut AIRIEL tapi bunyinya jadi A'yen...



Sedap pula panggil A'yen..So kitaorang pun tukar panggil A'yen..Kalau balik Sg Petani Kedah Mertua ku panggil dia AIRIEL..Kalau balik N.Sembilan kat sana orang panggil dia AIDID..
Tapi bila dah Sekolah nanti maybe kawan kawan akan panggil dia SHAHREZA kot....
Inilah kelebihan ada nama panjang.....


Ini gelagat A'yen yang sekarang ni tengah lasak dan tak reti nak Duduk Diam...Ini dia nak jadi CICAKMAN kot.....
Dia inilah yang akan jadi PEWARIS aku nanti............

MY PRINCE


Ini pula hal My Prince..Sekarang ini suka mengemas...

Ini nasib baik dia boleh baring time nak tukarkan Pampersnya kalau tidak sampai BERSILAT dibuatnya untuk tukar Pamper dia.. Maklumlah tengah lasak bangat....

E'SYA......


Malam tu dah pukul 12 lebih...Tapi My princess ni dah puas tido siang so lewatlah dia tidur malam..Aku pun dok melayanlah dia..sampailah dia mengantuk....



Sejak Aku hantar My princess dan My Prince dekat TASKA STAR GARDEN, Hospital Sg Buloh ini banyak aku perhatikan perubahan pada MY Princess aku ini..
Nak Tido mesti akan baca Doa tidur dulu..Tapi dalam bahasa dia ajelah..yang clear dengar BISMI*^&^%*&((^&&*....AMIN.....


Tak kisahlah Janji dia tahu dan Mahu belajar...Sejuk hatiku bila lihat my princess aku ni dah mula Pratikkan apa yang diajar di Taska....Al-Hamdulillah.....

SELAMAT MALAM SAYANG......................

LAGI AKSI-AKSI DARI......


Tengok ajelah ragam dan telatah 2 beradik ini...
Ada saja yang dibuatnya.....

MY PRINCE DAN MY PRINCESS





Minggu ini memang aku sibuk..Dari 09.02.2009 hingga 14.02.2009 kerana intertain guest dari Dubai..Balik pun macam biasalah lambat...Pergi kerja anak-anak masih tidur..Balik kerja pun kadang kala aje anak-anak tu tak tidur lagi...Tapi tak apalah My Wife sentiasa menjaga dua-dua anak tu dengan baik...Thanks you so much Ayang...
Bila hari cuti,itulah ketikanya aku memberi sepenuh perhatian pada anak-anak..Kerenah dan telatah serta Ragamnya tu membuatkan penat berkerja seminggu itu hilang dan lenyap.... Melihat telatahnya itu membuatkan hati ini terhibur...



Khamis, 12 Februari 2009

KERINDUAN.....

Sejak kebelakangan ini entah kenapa aku teringat sesangat kawan- kawan aku yang dulu..Kawan2 zaman kanak-kanak, kawan-kawan dizaman sekolah Rendah & menengah.

Sahabat sahabat yang pernah tinggal bersama diHOSTEL SMAR REPAH,Tampin dan SMA ulu Gadong,Rembau..

Banyak kenangan PAHIT & MASIH dilalui bersama didalam meniti arus usia sewaktu bersama menimba ilmu dahulu..Andai kata ada MESIN PEMUTAR MASA sudah pasti Zaman persekolahan yang aku Pilih...Masih segar lagi kata-kata Ustaz Mansor "BILA KAMU SUDAH MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN DAN MASUK ALAM PERKERJAAN DIWAKTU ITU NANTI AWAK AKAN RINDU AKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN..."
Kini apa yang diucapkan oleh Ustaz Mansor itu memang benar 100%..

Aku memang RINDU...TERAMAT RINDU pada semua......Tapi apakan daya..SETIAP PERTEMUAN ITU BERSYARAT DAN PERPISAHAN ITU MUTLAK...

Kini segalanya hanya tinggal kenangan yang begitu indah...Sahabat sahabat semua ada kehidupan sendiri,Mengejar kejayaan dalam hidup..Mencari sekelumit kemewahan untuk keluarga yg dibina...Aku pasti dan Yakin semua merindui saat saat dulu....

MENINGGAL DUNIA..KAWIN..CERAI....

Petang semalam aku call Mak aku kat Kampung,sudah seminggu lebih aku tak call, RINDU jugalah pada Mak & Abah kat kampung tu...Bila dah lama tak sembang tu so banyaklah Hal yang dibualkan..Banyak topik yang dibuka..Ada juga perkabaran yang tak baik..
Atuk sedara aku yang tinggal di Port Dickson tu dah meninggal Dunia kerana sakit tua..iyalah dah berusia 80thn lebih...
Mak pun ada cakap My cousin (Atih anak ibu) akan kawin pada bulan March ni nanti..Tapi tarikhnya tak sure lagi..Al-hamdulillah....Akan bertemu jodoh juga cousin aku yg sorang ni...
Aku agak terperanjat juga bila Mak cakap ICAM (Best friend aku masa kat Johor) ada datang Rumah.Saja ziarah mak dan abah aku...Lama juga aku tak dengar cerita icam ni..sejak dia kawin tahun 2000 dulu terus senyap dan lenyap..Alih2 muncul aje...
mak kata dia datang sorang aje sbb baru aje bercerai dengan isterinya..Lagilah aku terkejut...!!!
Dekat nak satu jam juga aku bersembang ngan mak..Iyalah sbg anak lelaki tunggal banyak benda yang mak rujuk kat aku...sebelum apa apa yang keputusan nak dibuat..
Best juga jadi anak lelaki tunggal ni sbb apa apa mesti dapat kebenaran dan keputusan aku namun ada juga yg tak bestnya..(nanti-nantilah aku cite...)
Bila dah habis sembang dengan mak,aku pun duduk menung fikirkan kehidupan yang bakal dilalui..KEMATIAN,PERKAWINAN,JODOH semuanya ditangan yang maha esa..
Rasa bersyukur bila aku lihat diri aku yang masih ada MAK ABAH,ADIK BERADIK,ISTERI dan ANAK-ANAK yg sentiasa menjadi sumber inspirasi aku... Kiranya HIDUP AKU INI masih SEMPURNA.. AL-HAMDULILLAH

Rabu, 11 Februari 2009

MY PRINCESS


Gambar dirakamkan sewaktu pergi Bersantai di Taman tasik Kelana Jaya sempena cuti hari Thaipusam......

Wajah Ceria My Prince


Inilah wajah terbaru MY PRINCE..Gambar ini dirakamkan sewaktu aku membawa diaorang pergi bersantai di TAMAN TASIK KELANA JAYA pada 08hb Febuari.2009...

PETUA.....

Hari ini genaplah Satu bulan My Princess tidak menghisap PUTING KOPEK.. Kalau tidak puting kopek ini tak boleh hilang..Kalau hilang menjadi masalah kerana My princess akan gelisah dan merenggek nakkan puting kopek ini..
Kira ini macam CANDU dialah... Tapi sekarang tidak lagi...Aku meletakkan NESCAFE Yang di bancuh Pekat dan letakkan di Puting kopek dia ini.. Aku tunjukkan pada dia dan mengatakan bahawa yang HITAM itu adalah TAHI COCKROACH.. Dia jadi GELI dan tak mahu menghisap Puting kopek lagi...Berjaya juga tektik aku kali ini...
Tapi awal awal tu kesian juga tengok dia.. Iyalah macam orang hilang sesuatu...Tapi kita kena NEKAD..
Kepada yang ingin memberhentikan tabiat anak yang suka menghisap puting kopek ini..Cubalah cara ini... Insyaallah....menjadi....

Selasa, 10 Februari 2009


Inilah salah satu HOBI My PRINCESS iaitu membeli kasut.. Koleksi kasut dia sahaja dah berpuluh pasang... Aku pun tak tahu lepas ni kalau kasut kasut ini dah tak muat lagi....
Nak di beri pada orang terasa sayang pula...

CERIA BERSAMA....



Gambar bersama My Wife dan My Princess...My Prince time ini tengah tidur.....

My House




Buat pertama kalinya aku memaparkan
kediaman aku di
QUATERS HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR