Rabu, 25 Februari 2009

ZOMM MALAYSIA

Hai...apa kabar semua..semoga sehat sejahtera hendaknya menjalani kehidupan.
Pejam celik - pejam celik dah nak masuk 3 bulan kita menempuh tahun 2009 ni.
kiranya dah nak masuk suku tahun...Cepatnya masa berlalu..
Bagaimana dengan AZAM tahun ini agak2nya masih terlaksana lagi atau masih HOLD lagi atau sedang dilaksanakan...???? Apa pun semangat yang kuat, itu yang penting....
Semenjak tahun 2009 ini aku belum pernah ambil cuti lagi, Samaada CUTI REHAT,CUTI SAKIT mahupun CUTI KECEMASAN..Iyalah kalau tak penting sangat aku rasa tak perlu ambil cuti..
Sebut tentang cuti ini tanggal 09.03.2009 (Isnin) nanti ada CUTI AM iaitu cuti sempena MAULIDUR RASUL.
Aku dah buat PLAN untuk membawa ANAK dan ISTERI pergi bercuti dalam MALAYSIA aje. (CUTI-CUTI MALAYSIA- ZOOM MALAYSIA) Destinasinya ialah TRENGGANU DARUL IMAN.
Insyaallah...Bertolak pada hari Jumaat 06 March dan balik pula pada 10.march (selasa).
Disana nanti aku akan menginap di DUNGUN area RANTAU ABANG. Stay rumah my best friend sapa lagi kalau bukan Si FARID.. (Nanti aku cite sapa FARID ni).
Sebenarnya aku tak beria-ria sangat nak ke TRENGGANU tapi Farid ni yang beria sangat suruh aku datang sana. Lagi pun awal bulan Januari dulu dia datang rumah aku kat Sg Buloh saja datang menziarahi aku sekeluarga (Lama juga tak jumpa dia hampir 6 tahun).. Jadi aku pun kiranya nak membalas semula kunjungan farid tu.
Minta minta apa yang aku plan ini akan menjadi sbb kita manusia hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.

Tiada ulasan: