Selasa, 25 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN


Syukur Al - Hamdulillah...
Diam tak diam kita akan menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.
Syukur kita masih bernafas dan Punyai Kekuatan untuk menjalani bulan yang penuh dengan KERAHMATAN lagi DIBERKATI..
Sebagai hambaNYA janganlah kita RUGI dengan keistimewaan yang terdapat disepanjang bulan ramadhan ini. MANFAATKAN dengan sebaik baiknya...
Kerana kita tak pasti lagi adakah kita akan dapat menikmati dan menjalani bulan yang amat istimewa ini di tahun hadapan...???
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DARI KAMI SEKELUARGA.

Rabu, 19 Ogos 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 07




Semalam 18.08.09 merupakan ULANGTAHUN PERKAHWINAN aku yang ke O7 tahun...
Diam tak diam dah 7 tahun aku mendirikan Rumahtangga.. Tapi rasanya macam baru aje...
Inilah tahun pertama aku menyambut anniversary berjauhan..maklum sahajalah wife aku sekarang berada di Australia kerana berkursus.
Aku menghadiahkan seutas JAM TANGAN ALBA untuk isteri kesayangan.
Harganya taklah berapa mahal dalam RM200 lebih sahaja...


Rabu, 12 Ogos 2009

BALIK UTARA JUMPA ANAK....

Tarikh o6 08 09 aku tengok KONERT JAMAL Di ISTANA BUDAYA. Tarikh 07 08 09 pula aku balik ke UTARA (Sg Petani) berjumpa nak anak- anak...
Aku ambik Time off, Dari Ofis aku minta tolong member hantar aku ke Hentian Duta.. Balik naik bas jam 12.30 tengahari.. Mula mula aku cadangkan untuk balik naik kereta tetapi memandangkan cost dia besar lagipun aku balik seorang aje so untuk menjimatkan segala galanya aku naik bas sahaja..
Jam 6.30 ptg aku sampai di Sungai Petani.. My Princess dan Acu (Adik ipar aku) pick-up di BUS STAND Sg Petani.
My Princess tak lepaskan tangan aku dan my prince pula sibuk nak dukung. Maklum ajelah RINDU.
My Princess mengadu nak gunting rambut sebab dia rimas,so malam itu juga aku bawa dia gunting rambut.
My PRINCESS TENGAH READY NAK GUNTING RAMBUT


My prince pula tunjukkan aku kasut dia dah Putus..Esoknya aku pegi cari sandle untuk my prince di Al-Ikhsan..RM80+++.

KASUT YANG DIBELI DI AL -IKHSAN


Hari Ahad tu aku balik naik bas jam 12.30tengah malam.Mertua aku hantar ke Bus stand. Sedih juga nak tinggalkan nak anak.Tapi tak mengapa aku akan balik setiap minggu sepanjang ketiadaan my wife..

Sempat poseing sebelum balik ke Kuala Lumpur


Ok my princess dan My Prince next week kita jumpa lagi....

KONSERT JAMAL ABDILLAH @ ISTANA BUDAYA




TARIKH 06 Ogos 2009 aku menyaksikan konsert JAMAL ABDILLAH di ISTANA BUDAYA. Konsert bermula jam 9.00 malam dan berlarutan sehingga 12.00 tengahmalam...
Memang BEST sesangat Konsert ini..
Aku terpukau dan terpegun dengan VOKAL BERHANTU Jamal ini...Biarpun aku membeli tiket RM75+++ tapi aku memang berpuas hati....
Disini aku up-loadkan beberapa keping gambar yang sempat aku rakam... sepanjang persembahan tidak dibenarkan membuat apa apa RAKAMAN...so faham- faham ajelah......

Khamis, 6 Ogos 2009

AHHH..........RINDUNYA.............


Semalam dalam pukul 11.30 malam aku terima satu MMS dari adik ipar aku yang berada di Sungai Petani....

Waktu itu aku dah nak tidur pun, Teringat juga pada MY WIFE. Sempat juga berbalas mesej dengan my wife yang berada di Australia...

Aku pun berbalas mesej juga dengan adik ipar aku, bertanyakan khabar My PRINCE dan PRINCESS aku...

Adik ipar aku pun MMS gambar dua beradik tu kat aku.....

Bila terpandang aje gambar tu terasa RINDU SESANGAT pada mereka.....

Tapi tak mengapa esok 07 08 o9 Jumaat aku balik Kedah...

Kepada my Prince dan princess, SABAR ye sayang.. nanti Daddy balik..kita jumpa.....!!!!!!
Aaahhhhhhhhhhhhhh........Rindunyaaaaa..........!!!!!!

Selasa, 4 Ogos 2009

ABAH MASUK HOSPITAL....











Jumaat lepas selepas waktu opis hour aku bergegas balik rumah di Sungai Buloh kemaskan kain baju untuk balik ke kampung Negeri Sembilan...
Selepas kemas kain baju dalam pkl 9.00malam aku bertolak balik ke N9..Terasa lain aje kali ni balik sorang ke kampung....
dalam pukul 12.30 tengah malam aku pun tiba di Kg N9..Aku drive tak laju...Maklumlah tak ada apa yang penting sangat untuk dikejar...
Kepulangan aku disambut oleh MAK yang tak tidur lagi sebab menunggu aku..Sepanjang perjalanan kerap juga mak call tanya lokasi aku dimana....
Cadangnya esok 01.08.2009 aku dan mak serta abah nak ke TANAH MERAH MELAKA menghadiri kenduri kawin saudara mak disana..
pukul 9.00 pagi mak kejutkan aku suruh aku bawa abah ke Klinik untuk check coz abah tak sehat...Rupa rupanya malam tu abah dah dua kali rebah sebab pusing kepala...
Aku pun bawa abah ke klinik RAAMA Rompin...Doktor check BP abah..terlalu rendah iaitu 70/50..dan doktor sarankan abah dibawa ke Hospital dengan segera...
aku dan Mak pun hantarlah abah ke HOSPITAL TUANKU AMPUAN AMINAH,Kuala Pilah...sampai disana abah admit ward 3...Abah dimasukkan 4 botol air...tujuannya untuk menaikan semula tekanan darah abah...
Mak nak tunggu abah disana tapi abah kata tak perlu coz rasanya dah stabil sikit...
dan jururawat pun ada...so tak perlulah bimbang...
Aku pun balik ke pasir dalam pukul 4.00ptg.... Biarpun hati ni berat nak tinggalkan abah tapi abah yang tak mahu ditunggu....

Isnin, 3 Ogos 2009

RINDU MENERPA....

Diam tak diam dah seminggu my wife berlepas ke Australia...
RINDU SIUT......Tapi apa nak buat sebagai Suami aku REDHAkan dia pergi untuk masa depan dia juga....
Aku tak pernah menghalang apa sahaja yang ingin dibuat demi memajukan diri dalam bidang yang di ceburinya..Sebagai suami memang aku sentiasa memberi galakan biarpun terpaksa berjauhan sebegini.....
Selain berjauhan dengan ISTERI TERCINTA aku juga berjauhan denhan ANAK ANAK KESAYANGAN ku...
MY PRINCESS dan MY PRINCE sekarang ini berada di Utara Tanahair tinggal bersama mertua aku disana buat sementara waktu...
KERINDUAN pada ISTERI dan ANAK ANAK memang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata..Lepas kerja Bila balik rumah selalunya aku disambut mesra oleh ISTERI dan KEJARAN dari anak anak,tapi sekarang ni,bila sampai rumah takada siapa pun yang menyambut....SUNYI aje rasanya....
Bila dah berjauhan begini paggilan talipon sahajalah sebagai pengubat RINDU...Aku dah tak kisah sangat akan cost panggilan....Biarlah bulan ini bil talipon aku mendadak naik aku tak kisah asalkan aku dapat berbicara dengan ISTERI di Autralia dan anak anak di Utara....