Isnin, 3 Ogos 2009

RINDU MENERPA....

Diam tak diam dah seminggu my wife berlepas ke Australia...
RINDU SIUT......Tapi apa nak buat sebagai Suami aku REDHAkan dia pergi untuk masa depan dia juga....
Aku tak pernah menghalang apa sahaja yang ingin dibuat demi memajukan diri dalam bidang yang di ceburinya..Sebagai suami memang aku sentiasa memberi galakan biarpun terpaksa berjauhan sebegini.....
Selain berjauhan dengan ISTERI TERCINTA aku juga berjauhan denhan ANAK ANAK KESAYANGAN ku...
MY PRINCESS dan MY PRINCE sekarang ini berada di Utara Tanahair tinggal bersama mertua aku disana buat sementara waktu...
KERINDUAN pada ISTERI dan ANAK ANAK memang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata..Lepas kerja Bila balik rumah selalunya aku disambut mesra oleh ISTERI dan KEJARAN dari anak anak,tapi sekarang ni,bila sampai rumah takada siapa pun yang menyambut....SUNYI aje rasanya....
Bila dah berjauhan begini paggilan talipon sahajalah sebagai pengubat RINDU...Aku dah tak kisah sangat akan cost panggilan....Biarlah bulan ini bil talipon aku mendadak naik aku tak kisah asalkan aku dapat berbicara dengan ISTERI di Autralia dan anak anak di Utara....

Tiada ulasan: