Isnin, 6 Jun 2011

AL - FATIHAH.

Jam 7.45 Pagi,

03 June 2011 (Khamis).

Aku mendapat panggilan dari kak Ton memberitahu Ayahnya

ZAINUDDIN B.NAMIK

telah kembali kerahmatullah pada jam 5.30 pagi tadi.

Innalillah.....

SEBAK & BERGENANG airmata ku.

Kenangan bersama Arwah terimbas satu persatu didepan mataku.Arwah Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan PAK TUA oleh orang orang setempat ku adalah jiran aku.

Memang keluarga Aku dan keluarganya amat rapat & baik.

Seolah olah sudah seperti satu keluarga.
Aku memanggilnya "APAK"..

kami memang rapat.

berkongsi cerita, bertanya pendapat malah apak juga adalah tempat aku mengadu masalah.

Banyak kenangan bersama arwah..

Dari zaman aku kanak kanak, Remaja, Dewasa sehinggalah aku mendirikan rumahtangga.

Kiranya aku membesar didepan matanya.

Dan setiap kali aku pulang ke kampung jika ada kelapangan aku akan menzirahi arwah.

Ini kerana arwah sudah uzur ketika itu.



P/s : Maaf aku tak dapat nak teruskan coretan ini kerana masih terasa sebak....

Al - Fatihah buat APAK, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan

bersama orang orang yang beriman...Insyaallah......Amin...

2 ulasan:

wahida berkata...

alfatihah...semoga rohnya tenang di sana...amin...

chinta... berkata...

al-fatihah buat apak...semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman amin...