Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA

Ahad 20 June 2010 " SELAMAT HARI BAPA" ucapan ini aku tujukan kepada My Father HAJI BAHARUDIN BIN HAJI LEMAN dan My Fathet in-law HAJI ABDUL AZIZ BIN AWANG.. Dan juga kepada semua kaum lelaki yang berstatus bapa, ayah, daddy,abi dan sebagainya....!!!Inilah pic Haji baharudin... Gambar ini telah wujud sewaktu aku belum lahir lagi di dunia ini.
inilah satu satunya gambar kenangan abah dan emak yang sangat aku sayang dan simpan sebaiknya....!!!

Abah... Terima kasih diatas segala pengorbanan mu selama ini dalam membesar dan mendidik kami 6 beradik dengan sebaiknya.. Abah...saya memang sayang dekat abah... Sangat mengagumi abah.. sangat menghormati abah.. Abah seorang yang Rilex dan cool.. abah adalah contoh terbaik untuk saya jadikan idola dalam kehidupan rumahtangga saya. Dulu Memang abah garang dan tegas .itulah sebenarnya tanda kasih sayang abah kepada kami semua....
Sebagai seorang anak lelaki didalam keluarga memang saya akui abah lebih sayang kepada saya. Segala permohonan dan permintaan saya abah cuba tunaikan.. dan hanya satu sahaja harapan abah kepada saya supaya saya menjadi seorang insan yang baik... Saya bangga menjadi anak abah...
Kini abah sudah tua, sudah berusia 72 tahun.. Didalam abah mengharungi sisa sia hidupnya kini, Segala penyakit sudah ada pada abah.. Kesihatan abah sentiasa terganggu sejak kebelakangan ini, Apapun sebagai anak, saya sentiasa berdoa supaya abah sentiasa sehat rasanya saya tidak mahu kehilangan abah, kerana abah adalah pendengar dan penasihat saya yang terbaik sekali......!!!

Ini pula adalah My Father in-law... Bekas anggota polis..Seorang yang TEGAS dan GARANG terhadap anak anak...
Abah juga panggilan saya kepadanya... Abah hampir 10 tahun sudah B.long menjadi menantu abah.. Biarpun hanya hampir 10 tahun b.long mengenali abah tetapi percayalah B.long menyanyangi dan menghormati abah seperti abah sendiri.. Miskipun pada awalnya B.long agak sukar memahami karektor abah tapi sekarang b.long cukup faham dan masak dengan sikap abah..
Abah seorang yang penyayang terhadap anak anak dan juga menantu menantu yang lain. B.long akui memang abah menyanyangi b.long agak lebih kerana B.long adalah satu satunya menantu sulong dan merupakan menantu tunggal lelaki abah... TERIMA KASIH ABAH....
Abah juga merupakan seorang pendengar dan penasihat yang baik untuk anak anak dan menantu..!!! B.long tahu abah inginkan yang terbaik dari kami semua didalam melayari kehidupan berkeluarga, kerana itu abah tidak pernah jemu memberi nasihat dan pandangan kepada kami.TERIMA KASIH SEKALI LAGI ABAH....!!!!
Sesungguhnya aku merasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang abah dan seorang bapa mertua yang tidak pernah jemu mencurahkan kasi sayang kepada aku....
HJ BAHARUDIN dan HAJI ABDUL AZIZ.. YOU ARE THE BEST FATHER IN THE WORLD..!!!
I LOVE YOU SO MUCH....!!!!!


Tiada ulasan: