Jumaat, 22 Januari 2010

ANAK SEDARA JALANI PEMBEDAHAN.

20.Januari anak sedara (Anak adik aku NANI) menjalani pembedahan di Hospital Taiping.
Mohd khairul Syakirin Dzil Ikhram berusia 4 tahun. Tua 2 bulan dari my princess.
Sebab itu mak dan abah pergi sana. Menjalani pembedahan jam 8.30pg.
Aku suka kat dia ini sebab MULUT dia agak petah bila bercakap..
Malam Sebelum pembedahan dia sempat call aku,
Dia kata "Pak teh, Adik ada kat Hospital ni, Pak teh tak datang ke..?? kalau pak teh tak datang tak apalah, nanti adik suruh Umi ambik gambar adik dan beri pada pak teh...
Maaflah adik (panggilan manja dia) Pak teh tak dapat nak datang ziarah. Apapun nanti kita jumpa pak teh beri HADIAH..OK...
Al-Hamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar..

Tiada ulasan: