Rabu, 4 Februari 2009

MAKAN IKAN BAKAR



Masih lagi di BANDARAYA BERSEJARAH MELAKA..XTVT malam tu bebas so kami semua sepakat untuk ke UMBAI...Apalagi tak sah kalau ke Melaka tidak pergi menikmati IKAN BAKAR di UMBAI....
Apa MENU malam tu IKAN PARI BAKAR, IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA, KETAM GORENG, UDANG BAKAR dan SOTONG GORENG TEPONG..
memang puas hati menikmati makanan malam tu...Berapa RM...??? itu kena tanya pada PENGARAH KANAN EN ZAKARIA (Pakai baju kuning air)
TQ SO MUCH En Zack yang telah menaja makan malam kami...
AL-HAMDULILLAH.........................................

-Baju kuning - Pengarah kanan En Zakaria
-Baju merah - En Nazri Shamsudin
-Baju Biru - En Azman
-Baju Coklat - En Shaifudin
-Baju Pink - Pn Nafhatun.
-Aku.................??????

















TRIP KE MELAKA



28.January.2009... Aku bersama 5 orang pegawai MATRADE ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH kerana esok 29.january.2009 kami ada lawatan ke "AKADEMI KASTAM MALAYSIA" yang terletak di AYER KEROH.
Kami memulakan perjalan pada pukul 3.30ptg...Cuaca kurang baik kerana hari hujan so tak boleh nak pandu laju kerana keselamatan perlu juga dijaga... dalam pukul 7.00 kami pun sampai di Hotel dan terus check in....
Kami menginap di HOTEL AQUATORIAL MELAKA yang terletak di BANDA HILIR.
Hotel ni memang cantik,berdekatan dengan KOTA A FAMOSA.
No bilik aku 0931... View memang cantik kerana berhadapan dengan ISTANA LAMA MELAKA..
Harap- harap malam ni boleh juga bertemu HANG TUAH atau HANG JEBAT...
ha..ha...ha.......






BERANGGAN...........??????


My Princess ni Birthday dia bulan OGOS nanti tapi dah sibuk nak tiup lilin..Sebab siang tadi ada kawannya di TASKA di sambut BIRTHDAY disana so dia pun balik Rumah sibuk juga nak KEK.. Aku ni yang tak kuasa nak bising2 bila dia merenggek nakkan KEK.Aku pun pergilah beli KEK SECRET RECIPE satu slice aje....Barulah puas hatinya....

RESTORAN SRI AMAR



Jika semalam kitaorang makan di THE CHICKEN RICE SHOP hari ini 27.09.2009 kita dinner pula di RESTORAN SRI AMAR di KG MELAYU SUNGAI BULOH.. Boleh dikatakan disinilah selalunya tempat makan kitaorang kalau My Wife malas atau Tak sempat nak masak....
Restoran ni memang memenuhi citarasa kitaorang seisi keluarga...Harganya pula taklah berapa mahal..

TIME MAKAN





Setelah penat bermain aku pun bawalah my famili makan dekat "THE CHIKEN RICE SHOP"
Memang dah lama My Wife nak makan kat restaurant ni,Tapi aku tak ada kesempatan nak bawa...So sementara dah ada time cuti sempena Gong hi fat chai ni aku pun bawalah famili semua menikmati keenakan THE CHIKEN RICE SHOP ni......

Selasa, 3 Februari 2009

26.Januari.09 Xong Hi Fat Chai




Hari ini XONG HI FAT CHAI,aku cuti tapi My wife kerja..So aku duduk Rumah jaga My Prince dan My princess.Bosan pula duduk rumah,Pkl 3.30 ptg baru my wife balik..Aku pun nak menghilangkan bosan ajaklah my Wife pergi JAYA JUSCO Kepong..Saja jalan bawa anak..
Sampai kat sana My Princess nampak pula pusat permainan ni... so aku pun bawalah anak untuk bermain disitu...Hampir satu jam setengah juga melayan diaorang kat sini...tak apalah yang penting My Princess dan My Prince ENJOY...Dan aku pula hilang BOSAN


















































































Jumaat, 30 Januari 2009

HABIS KENDURI

Habis sahaja bab bertunang kami pun bergegas balik Rumah mak di Pasir Besar, Sampai rumah mak konon nak tidurkan Prince dan Princess tapi akhirnya semua sekali belayar....
sedar2 aje mak suruh makan malam... lepas makan malan kami pun beredar meninggalkan rumah mak...Rasa tak puas pula duduk sekejap umah mak..tapi kena balik juga walaupun esok cuti RAYA CINA tapi MY WIFE terpaksa berkerja...Tak apalah berkhidmat untuk masyarakat...
malam itu juga pukul 10.30 malam kami berangkat balik ke Sg Buluh.....
Alhamdulillah...pukul 1.00 pagi kami sampai.....

Majlis Pertunangan Along...



25hb Januari 2009 (Ahad) Jam 12.30T/hari Rombongan dari kami (PIHAK LELAKI) memulakan langkah menuju ke rumah pihak Perempuan..Rumah pihak perempuan pun sama tempat so kami jalan kaki sahaja..Senang jimat belanja....Cuaca pula masa tu redup bagaikan merestui akan majlis ini...
Pertunangan di ikat selama 2 tahun..Dengan Hantaran sebanyak RM10.0000...Serba satu..
Tak kisahlah sebab kalau hati dah suka berapa sahaja harga sanggup diterima...
Untuk Along Dan Nurul..SELAMAT BERTUNANG..
Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin..
banyakkan bersabar kerana di alam pertunangan ini banyak dugaan dan ujian...