Selasa, 12 Januari 2010

MAK CHAK DALAM KENANGAN 1

Jumaat 10.30mlm aku mendapat panggilan dari mertua mengatakan MAK CHAK telah tenat dan sekarang berada di Hospital RAJA PERMAISURI BAINUN,Ipoh..
Mak chak adalah mak sedara my wife. Kakak sulong kepada mak mertua aku.
Pada bulan November tahun lepas dia jatuh kerusi dan mengalami retak tulang belakang, 5 minggu selepas itu terus diserang ANGIN AKHMAR pula.. Dan yang terbaru doctor mengatakan kedua dua BUAH PINGGANG telah ROSAK akibat KENCING MANIS yang tinggi.
Setelah mendapat panggilan itu, Aku dan famili pun bersiap untuk ke Ipoh pada malam itu juga. kami berangkat ke Ipoh jam 11.45 malam.
Tiba di Ipoh jam 4.30pg kerana aku Drive tak laju. Kalau ada rezeki untuk bertemu maka akan bertemu juga, kalau dah tak ada rezeki nak jumpa aku redha sahaja.

Tiada ulasan: