Ahad, 31 Januari 2010

SEISI MENGIMBAU KENANGAN LALU...




Semalam aku ke Kajang.Bertemu dengan sahabat lama yang telah 20 tahun tak jumpa. Mula mula dalam 9 orang tapi atas sebab sebab yang tak boleh di elakan hanya kami sahaja yg bertemu.
Sani, Nuar dan Kamal. Nuar dan Kamal sanggup datang dari Seremban.
berjumpa jam 9 malam berlarutan sehingga 1.00pagi.. Dari medan selera Sate Kajang sehingga ke perkarangan masjid Kajang kami bersembang.
Keseronokan dan kegembiraan tak dapat nak katakan..Banyak cerita silam sewaktu si sekolah Men Agama Rendah Repah diimbas semula.
Ramai juga kengkawan lama yang masih dicari. tapi Al-hamdulillah ada juga yang masih dapat dihubungi. Dan ada juga yang tak dapat dikesan.

Tiada ulasan: