Isnin, 27 Julai 2009

KEMBALI BERBICARA......

Hai,
Apa khabar kepada semua pembaca Blog saya..
Agak lama juga saya tidak menitip bicara di Blog saya ini..
Banyak perkara PAHIT MANIS disepanjang BULAN JULAI ini...
Tetapi kesibukan kerja dan kesuntukan masa membuatkan saya tiada kesempatan untuk menitip cerita untuk dikongsi bersama anda...
Lagipun dibebani dengan MASALAH FAMILI yang masih belum menemui jalan penyelesaian.
Namun saya percaya setiap MASALAH itu pasti ada penyelesaiannya cuma Cepat atau lambat sahaja kekusutan akan terlerai....
Saya pun sudah malas nak memikirkan dengan serius permasalahan ini kerana kalau terlalu fikir sehingga buntu namun jalan penyelesaiannya juga masih belum diketemui..
Saya Hanya mampu berdoa kepada yang maha esa agar segalanya akan kembali seperti sediakala..
Dan seandainya penyelesaian permasalahan ini berakhir dengan KEPAHITAN, saya terpaksa AKUR dengan kehendak Ilahi....
Kepada pembaca blog saya...
INSYAALLAH selepas ini saya akan cuba sedaya upaya menitip cerita didalam blog MENITI TITIAN HASRAT ini....
SEE YOU ON THE NEXT ENTRY................

Tiada ulasan: