Jumaat, 18 September 2009

SALAM AIDIL FITRI






Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam di Dunia ini akan meraikan Hari kemenangan iaitu HARI RAYA AIDILFITRI setelah sebulan menjalani ibadah puasa.
Ramadhan akan berlalu, adakah kita akan dapat merasai dan melakukan ibadah rukun islam yang ke tiga ini ditahun hadapan..??? Walwahhualam....
Sekarang ini pun kemana sahaja kita pergi (Malaysia) akan terdengarlah lagu lagu sempena sambutan Hari Raya ini..Bahangnya sudah mula terasa..
Disamping keseronokan untuk meraikan AidilFitri SUDAHKAH ANDA MELALUKAN IBADAH RUKUN ISLAM YANG KE EMPAT IAITU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH...???
Jika belum membayarnya, masih ada waktu lagi untuk melakukan...
Di kesempatan ini, bersempena bulan Syahwal yang akan tiba Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada tuturkata,tingkah-laku dan coretan tinta yang menyinggung perasaan anda. Samaada disedari ataupun tanpa disedari. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan.
Disini saya sebagai ketua keluarga mewakili ISTERI TERCINTA dan ANAK _ANAK YANG TERSAYANG ingin MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Tiada ulasan: