Ahad, 22 November 2009

MY WIFE KURSUS DI IPOH




12hb November (my birthday) aku bertolak ke IPOH. Esok my wife ada kursus di HOSP IPOH. malam itu kami sekeluarga sampai jam 12.00 malam. kami menginap di Hotel REGA LOUGE di tengah tengah bandaraya Ipoh, Perak.
My Wife Kursus di sana sehingga 14hb. So aku menginap 2 malam di hotel. Selepas my wife kursus kitaorang kerumah Abang Joe dan Kak Ayu (Cousin my wife)yang tinggal di Ipoh. Kedatangan kami disambut riang oleh mereka dan anak sulongnya Adam. My Princess memang suka berkawan ngan si Adam ni.
Dari pukul 3 ptg kami duduk disana sampailah pukul 10.00malam. selepas tu kami pun bertolak balik ke Sungai Petani kedah. Rumah siapa lagi kalau bukan rumah MERTUA aku. Esok ada kenduri di Kulim, Rumah mertua Ngah. kenduri AQIQAH anak ngah yang no 2 di RAFIQ dan BIRTHDAY IKHWAN RAIF anak sulong ngah.

MATRADE IDOL (FINAL)



05-November-2009 Jumaat.. Pertandingan akhir MATRADE IDOL'09 berlangsung di MATRADE HALL di MATRADE EXHABITION CONVENTION CENTRE.
Seramai 12 orang peserta berentap malam ini dari 3 katogeri. 5 dari katagoei solo, 5 dari katagori duet/berkumpulan dan 2 dari katagori LIVE BAND.
Aku dan rakan duet aku Saudara ZULKEFLI ABU BAKAR dalam katagori duet. Kami mempertaruhakan lagu irama Malaysia berjudul "LAGU ZAMAN" nyanyian dari Dato S.M Salim dan Jamal Abdillah.

Zul dan aku adalah penari KELAB KEBUDAYAAN MATRADE jadi kami pun mengunakan kelebihan kami dan menjemput 5 lagi kawan kawan dalam kelab tarian untuk mengiringi persembahan kami.
Dengan BASIC Tarian yang kami ada, latihan hanya 20minit sahaja dan selebihnya atas inisetif masing masing yang sudah biasa beraksi di atas pentas..
Al-Hamdulillah...Percaturan aku dan Zul serta bantuan dari rakan rakan yang sporting, Kami berjaya mengondol "ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK".
Dan kami diberi PENGHORMATAN untuk MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA DINNER MALAM MATRADE BULAN DISEMBER NANTI..

KISAH SEDIH







Aku dah tak ingat Tarikhnya...tapi yang aku ingat malam sebelumnya mak Call aku, beritahu yang WAN ESAH berada di Rumah Orang Tua-Tua. Aku pun terkejut juga mendengarnya..
Ohya.., Lupa nak beritahu WAN ESAH ini adalah MAK SEDARA mak aku..Kira NENEK SEDARA aku jugalah...Teringat lagi masa kecik2 dulu sehinggalah sebelum aku kawin setiap kali balik ke Kampung di Melaka aku PASTI menziarahnya..
Tapi setelah aku kawin, 7 tahun yang lepas, aku tak pernah bersua muka denganya lagi..Cuma dengar kabar berita yang dia sudah UZUR dan di serang sakit ANGIN AKHMAR.
Bila dah sakit cerita yang aku dengar, anaknya telah membawanya tinggal bersama di Kuala Lumpur tapi aku tak tahu macam mana nak contact..
Diam tak diam dah 7 tahun aku tak jumpa dia.. Dan kabar terbaru, anaknya telah menghantarnya tinggal dirumah orang orang tua (PRIVATE).
Bila dah tahu ceritanya aku tidak melenggahkan masa mencarinya di rumah orang tua tua yang di khabarkan.Aku call CAUSIN aku tanyakan tentang alamatanya. Iyalahkan...kalau NIAT yang baik Pasti ALLAH merestuinya dan aku pun jumpa tempat dia tinggal...Di taman tasik Titiwangsa, Kuala lumpur.
Setelah sampai, aku dan my wife serta anak anak pun memberi salam, dan kami di pelawa masuk. Hati aku tersentuh, menitis air mata aku dan MYy wife melihat keadaan Wan Esah. Sudah 6 bulan wan esah tinggal disana.
Hampir dua jam lebih aku duduk disana.Bila aku meminta izin untuk pulang airmata Wan esah pun bercucuran...tapi aku berjanji akan datang menziarahinya lagi.

Selasa, 17 November 2009

SALAM SEJAHTERA.....

Terlalu lama aku tidak entry story dalam blog ini, bukan apa kesibukan dengan tugasan harian menyebabkan aku tak ada masa untuk memasukan story disini..
Banyak story yang nak dikongsi dengan anda semua tapi masa yang tak mengizinkan.
antaranya story yang agak panas seperti:
1. Melawat seseorang di rumah orang tua tua.
2. pertandingan MATARADE IDOL 2009 (Nanti aku story)
3. INTRADE 2009.
4. My wife berkursus di Ipoh.
5. My Birthday...
Ada juga cerita cerita selingan dan akan menyusul...semuanya akan aku masukan dalam blog ini.
Tunggu sahaja bila aku ada kelapangan.
MAAF BANYAK BANYAK KEPADA PEMBACA SETIA BLOG MENITI TITIAN HASRAT YANG TERSAYANG.....