Aku ambik cuti pada 09 March,12 dan 13 March. Jumaat, Isnin,selasa di campur dengan Sabtu dan Ahad semuanya 5 hari untuk pulang ke Sungai Petani kedah, Rumah mertua..
Last aku balik kesana pada bulan Januari sewaktu Arwah Chak meninggal dunia.
Khamis 08 March selepas kerja aku bertolak ke Kedah dalam jam 8.00malam.. Memang biasa berjalan malam, selain suasana sejuk rasanya jalan malam lagi best...!!!
Perjalanan mengambil masa dalam 7 jam, ini kerana banyak kali berhenti, biasalah bawa anak anak ni, macam macam karenah...Aku pun tak drive laju kerana seronok menikmati angin malam. jam 2.00 pg kami sekeluarga selamat sampai...Al-hamdulillah....
Mertua aku tak tido lagi sebab EXCITED menunggu cucu-cucunya..My princess memang rindu sangat dengan Tok yan.. My prince pula sibuk nak jumpa Mak Tok.. E'sya memang agak lebih manja dengan Bapa mertua ku,si Airiel pula memang manja dengan Mak mertua aku.. Biasalah datuk, nenek ni memang sayang dan manjakan cucu lebih dari anak sendiri...
Sampai aje rumah mertua, Mak mertua biasalah dah sediakan Air untuk aku, katanya buang penat...!!!
Apapun Al-hamdulillah semuanya telah selamat sampai...