Selasa, 28 September 2010

PAGI SYAHWAL.

Sememangnya setiap tahun aku akan bergilir gilir menyambut raya. Tahun lepas aku beraya dirumah mertua di Sg Petani kedah. Tahun ini aku beraya di Kg di Negeri Sembilan.Selepas sarapan pagi dan seisi bersalam salaman bersama keluarga kami akan Bergambar kenangan bersama keluarga tersayang.Famili ayung (Kakak Sulong) aku bergambar kenangan bersama Mak dan Abah. Tahun ini mereka memilih warna merah sebagai tema keluarganya.Famili angah bergambar kenangan bersama mak dan abah.Famili angah memilih warna hijau sebagai warna tema bagi keluarganya.Fami aku juga mengabadikan kenangan bersama Mak dan Abah. Warna hijau kulit kayu kami kenakan dipagi raya sebagai tema keluarga kami.
Adik aku Atam (Nani) beraya dirumah mertuanya di Taiping Perak. Memang kami jarang bersua dengan keluarga atam.. Maklum ajelah duduk berjauhan dan masing masing sudah ada keluarga sendiri.
Biarpun kami berjauhan antara satu sama lain namun kemesraan tetap terjalin dan tidak pernah luntur...

Tiada ulasan: