Selasa, 28 Julai 2009

MY PRINCESS @ Studio Photo

Sebelum mula shooting kena touch up dulu biar nampak VOUGE......
Senyuman manis dari MY Princess
Ala - ala PARI PARI DARI KEYANGAN
MANJANYA ANAK DADDY NI.......
SCANE KEDUA ALA - ALA HAWAI
SEKSINYA ANAK SAPALAH NI...........?????
GELEK GELEK PERSIS PENARI HAWAI......
KECIK KECIK NI TAK APALAH LAGI PAKAI MCM INI,DAH BESAR
NANTI...JANGAN TAU......
SCANE KE 3 NI...TAK TAHU NAK KATA PULA....KALAU IKUT KAN TEMANYA
COWBOY
TAPI NAMPAK MACAM ALA - ALA TARZAN PULA.....WHATEVER........!!!!!!
PANDAI JUGA MY PRINCESS AKU INI BERGAYA WAJAH WAJAH CERIA MY PRINCESS
SCENE KE 4.. EVENING DRESS
PANDAI KE MAIN TU...????

Inilah antara wajah wajah dan aksi MY PRINCESS sewaktu seisi photo shoot....













Isnin, 27 Julai 2009

KESEORANGAN.....

Aku sekarang ini keseorangan...
Pada 24 julai 2009 Isteri kesayangan aku telah berlepas ke Australia.

Flight jam 9.30 malam...
Pukul 6.00 ptg kitaorang dah berangkat ke KLIA bersama BAPA DAN MAK mertua dan 2 orang adik Ipar aku...
My wife menjalani kursus disana selama satu bulan.. Sewaktu menunggu turn untuk check in bagasi di KLIA



My Wife bersama familinya sewaktu di KLIA




MY PRINCE DAN MY PRINCESS DAH BORINGLAH NI.............. Sempat lagi my princess menghisap susu menghilangkan dahag
25 julai 2009 jam 11 pagi mertua aku bersama MY PRINCE dan MY PRINCESS
bertolak balik ke Sungai Petani Kedah....
Tinggallah aku keseorangan aje sekarang ini...Bila dah berjauhan dengan MY WIFE dan MY PRINCE serta MY PRINCESS ini aku jadi sunyi pula.....
Tapi tak mengapalah...setiap minggu aku akan balik ke Sungai Petani,Kedah berjumpa dengan kedua dua buah hati aku...
Sekarang ini setiap hari aku akan call my wife dan kedua buah hati aku itu untuk melepaskan rindu..Tak dapat melihat wajahnya tak mengapalah asalkan mendengar suaranya sudah cukup buat aku tang sedang keseorangan ini.....


Aksi MY PRINCE dan PRINCESS aku sewaktu di KLIA
Beginilah kemesraan dua beradik....

Lagak My Prince sewaktu bergurau.........

KEMBALI BERBICARA......

Hai,
Apa khabar kepada semua pembaca Blog saya..
Agak lama juga saya tidak menitip bicara di Blog saya ini..
Banyak perkara PAHIT MANIS disepanjang BULAN JULAI ini...
Tetapi kesibukan kerja dan kesuntukan masa membuatkan saya tiada kesempatan untuk menitip cerita untuk dikongsi bersama anda...
Lagipun dibebani dengan MASALAH FAMILI yang masih belum menemui jalan penyelesaian.
Namun saya percaya setiap MASALAH itu pasti ada penyelesaiannya cuma Cepat atau lambat sahaja kekusutan akan terlerai....
Saya pun sudah malas nak memikirkan dengan serius permasalahan ini kerana kalau terlalu fikir sehingga buntu namun jalan penyelesaiannya juga masih belum diketemui..
Saya Hanya mampu berdoa kepada yang maha esa agar segalanya akan kembali seperti sediakala..
Dan seandainya penyelesaian permasalahan ini berakhir dengan KEPAHITAN, saya terpaksa AKUR dengan kehendak Ilahi....
Kepada pembaca blog saya...
INSYAALLAH selepas ini saya akan cuba sedaya upaya menitip cerita didalam blog MENITI TITIAN HASRAT ini....
SEE YOU ON THE NEXT ENTRY................

Rabu, 1 Julai 2009

MOOD TAK ADA.....

Memang diakui aku memang tak ada MOOD nak ENTRY STORY kat BLOG ini buat seketika waktu...

STORY dan GAMBAR memang banyak...

Apatah lagi aku baru aje bercuti dari 25hb June hingga 30 June...

01 Julai (Hari ini) baru aje masuk kerja semula....

Cuti pulang ke KEDAH sbb ada KENDURI di samping itu pergi MENENANGKAN FIKIRAN sbb aku rasa sekarang ini BERSERABUT SANGAT...

Iyalah sekarang ini sedang menghadapi MASALAH BESAR DALAM KELUARGA...

Tapi tak perlulah aku nak ENTRY kan MASALAH FAMILI aku ini...

Nanti bila aku dah kembali SEGAR dan MOOD pun dah ada...

INSYAALLAH aku akan terus ENTRY STORY dekat blog aku ini.....

MAAF....MAAF.....DAN MAAF.......................................!!!!!!

Selasa, 23 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA.................

Satu....
Kasih nan abadi,
Tiada tandingi,
dia yang satu...
Dua...
Sayang berpanjangan..
Membawa ke Syurga..
Kasihnya Ibu..
Tiga..
Lapar dan dahaga,
Rela berpayahan,
Setianya Ayah...
Empat...
Mudah kau ketemu..
Berhati selalu,
Beza antara Kasih dan Kekasih...
Ibu,
Ku ingat dahulu...
Menyisir rambut ku, Kemas selalu..
Ayah,
Menghantar ke sekolah,
Bergunalah ilmu bila dewasa....
sayang...
dengar lagu ini,
untuk kau sandarkan buat pedoman,
jangan manis terus di telan,
pahit terus di buang,
itu bidalan..harus kau renungkan...
Andai...kau beroleh bahagia..
ingat itu bukan untuk selamanya..
Andai kau dalam sengsara.
ingat itu bukan untuk selamanya,
Hidup ini sementara....
(Lagu Nyayian: ARIS ARIWATAN)


Malam Sabtu lepas sewaktu balik dari Kenduri rumah kawan di Tg Malim.
Dalam pukul 12 lebih..Aku pasang radio Sinar Fm..Aku memang suka dengar Radio sinar
Sebab memutarkan lagu lagu Nostalgia, Pelbagai kenangan akan terimbas semula di kotak Fikiran.
Tetiba DJ yg bertugas itu memutarkan lagu 1234 nyayian Aris Ariwatan..
Entah kenapa tetiba aje HATI AKU TERASA SAYU dan HIBA aje..
Terbayang Wajah tua MAK DAN ABAH...
Bait bait lagu itu membuatkan aku teringat dan terasa amat RINDU kepada MAK & ABAH di KG.
Apatah lagi sekarang famili aku sedang menghadapi masalah besar..
Kepada ABAH sempena HARI BAPA ini UCAPAN TERIMA KASIH yang TAK TERHINGGA diatas segala PERHATIAN dan PENGORBANAN MU SELAMA INI...
Walaupun kita agak KURANG RAPAT, KURANG MESRA tetapi ANAK MU INI tetap MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI DIRI ABAH..dAN ANAK MU INI JUGA DAPAT RASAKAN JAUH DISUDUT HATIMU PUNYAI PERASAAN SAYANG YANG MENEBAL TERHADAP ANAK-ANAK MU.....

Khamis, 18 Jun 2009

LAMA DAH TAK TAK MENGARANG...............

Firstly aku nak minta maaf kepada pembaca blog aku...
Sudah lama aku tak entry cerita didalam blog ini...
Bukan tak ada cerita, tapi kesibukan kerja dan kesuntukan masa
membuatkan aku tak sempat nak mengadap blog....
Banyak cerita yg ingin di kongsi antaranya:
1. MANDI SUNGAI..
2.MY BEST FRIEND DAPAT ANAK SULONG..
3.KENDURI KAWIN SAHABAT LAMA DI TRENGGANU..
serta banyak lagilah story yg tak sempat utk aku paparkan disini.....
Lagi pun buat masa sekarang ini, FIKIRAN AKU TAK BERAPA TENANG..
Aku Ada satu PROBLEM yang TERLALU BESAR...
Setiap hari dok memikir...memikir dan terus memikir.............!!!!
Aarrrrggggghhhhhhhhhh..................!!!!!!!
TENSION..!!!!!!

Khamis, 4 Jun 2009

KE GENTING HIGHLAND SEMPENA CUTI SEKOLAH




















Jumaat 29.Mei.2009.
Kak ya dari serting sampai dirumah aku bersama anak bongsunya dan anak angkatnya...Dia sampai jam 5.30 ptg.. Aku masih kat opis lagi... Jam 8.00 mlm baru aku balik....
Jam 9.30 malam pula adik Ipar aku dari Ipoh sampai rumah aku juga....Pukul 10.00 pula adik ipar aku yang tentera tu pula sampai...Dia singgah sebentar saja coz dia nak balik Kedah... Kira riuh juga rumah aku sekejap.....
malam tu aku bawa diaorg semua pusing satu Kuala Lumpur untuk menikmati keindahan malam Bandaraya Kuala Lumpur.....Pkl 2.30 pagi barulah sampai rumah.......

BERGAMBAR DIHADAPAN PUSAT SAINS NEGARA..
Sabtu 30 mei .09..
Jam 10.oo pagi...Kami bertolak ke GENTING HIGHLAND...
DALAM CABEL CAR...
Naik di GOH TONG..........

KAK dan Anak anak naik Cabel car..
GAMBAR SEKITAR PERCUTIAN DI GENTING HIGHLAND.
Pukul 6.30ptg baru turun dari Genting.....
Dari Genting Highland terus ke Putra jaya pula...
menikmati keindahan di waktu malam di Putra Jaya.....
Tapi sebelum tu singgah dahulu bergambar
di depan pintu masuk ZOO negara...
Gambar di depan pintu Zoo Negara....
Dah bergambar di depan ZOO NEGARA,
Teruskan perjalan ke PUTRA JAYA......


Sudah puas duduk di Putra Jaya...So kita orang pun beransur meninggalkan Putra jaya..
Sampai rumah pukul 2.00 pagi...
Penatnya tak usah cakaplah....
Tapi tak mengapa janji seronok menghabiskan masa bersama keluarga.....

Isnin, 1 Jun 2009

SELAMAT BERCUTI.......

Hari ini dah mula cuti semesta sekolah....
Cuti sekolah ini agak panjang iaitu 2 minggu...
So bila dah cuti panjang ini,maka ramailah yang ambil kesempatan
untuk membawa keluarga bercuti....
Apa pun SELAMAT BERCUTI.
Dan kepada KENGKAWAN YANG INGIN MEMBAWA FAMILI BERCUTI,
BERHATI -HATI DIJALAN RAYA..
Semoga percutian ini membawa seribu kemanisan dalam kehidupan......